Agaknya apakah ulasan yang bakal dilontarkan oleh Ketua Pemuda UMNO Permatang Pauh, Mohd Zaidi Mohd Said yang mana misi dan visinya pada perhimpunan UMNO yang lalu telah dinafikan oleh bosnya yang baru. Beliau yang sebelum ini melontarkan kesalnya semasa berucap pada perhimpunan pemuda yang lalu dan cuba menyalahkan Pak Lah kerana membebaskan DSAI dan secara tidak langsung cuba mempengaruhi bakal pemimpin baru bertapa isu ISA masih lagi relevan dan perlu dipertahankan.
Namun hari ini bosnya sendiri Dato Seri Najib Tun Razak mengambil suatu pendekatan lain yang lebih mengejutkan dengan membebaskan 13 tahanan ISA serta mengambil kelonggaran berjanji akan mengkaji isu ISA ke arah penghapusan penggunaannya. Hal ini menjadi satu tamparan kepada Ketua Pemuda UMNO Permatang Pauh itu yang sebelum ini berapi-api mempertahankannya di sini yang akhirnya dipadamkan sendiri oleh bos barunya. Harap Mohd Zaidi perlu berusaha bermati-matian mempertahankannya (ISA) kerana semua orang kampung dan seluruh negara telah pun mengetahui misi dan visi yang dibawa oleh Pergerakan Pemuda Permatang Pauh.
Kulat: Kesian kepada Ketua Pergerakan Pemuda Umno Permatang Pauh, kerana membawa misi dan visi yang hampir basi.
2 ulasan:
Assalamualaikum anakku Cendawan Melayu,
ISA masih relevant lagi jika perlu dan TERPAKSA atau DARURAT.
Kita tak tahu dalam keadaan tidak menentu, pembanjiran warga asing yang berlambak dan bertambah biak di negara kita sekarang macam macam boleh berlaku.
Kadang kadang yang tak dijangka boleh berlaku dan masa tu kita Perlu ISA. Cumalah BIARlah KENA pada TEMPATnya dan pihak berwajib tidak bolehlah sewenang-wenangnya menggunakannya.
salam Makcik
Saya sangat bersetuju dengan pendpat Makcik iaitu Penggunaan ISA BIARlah KENA pada TEMPATnya memang harapan semua rakyat Malysia sebegitu tapi sekiranya dihapuskan terus lebih baik dengan digantikan suatu akta yng lebih adil..
Catat Ulasan