Perubahan dalam UMNO sudah bermula. Presiden UMNO yang baru, Dato Seri Najib Tun Razak telah menyatakan bahawa UMNO perlu 'berubah' kalau tidak mahu 'rebah'. Maka visi itu kini menjadi misi utama UMNO selepas berakhirnya perhimpunan yang lalu sebagai fokus utama yang perlu ditangani oleh UMNO. Justeru reform dalam UMNO itu secara tidak langsung akan mengheret sama kepimpinan UMNO yang lain yang tidak mendapat kepercayaan ahli2 UMNO sendiri. Ini termasuklah kepada mereka yang tewas yang memegang jawatan utama dalam kabinet Pak Lah.
Kepimpinan negara kini telah berubah. Baru tidak sampai beberapa jam, PM Malaysia yang ke 6 itu telah membuat beberapa 'kejutan'. Tindakannya itu selari dengan hasrat reformnya dalam UMNO dan Kerajaan. Antara kejutan lain yang akan dinantikan oleh rakyat ialah rombakan kabinet tidak lama lagi. Ramai yang menunggu siapakah pemimpin yang akan membawa misi dan visi yang sama digalas oleh Najib. Adakah mereka pemimpin dikalangan yang berjaya sewaktu pemilihan jawatan UMNO atau Najib akan terikat kepada acuan lama yang memilih kepentingan kedudukan politik idividu yang akhirnya muka2 lama itu nanti akan turut sama berada 'selesa' dalam bahtera Najib.
Keputusan pemilihan UMNO yang lalu menyaksikan beberapa kejutan kekalahan semua empat Menteri Besar yang bertanding dan dua menteri Kabinet. Keempat-empat Menteri Besar yang tewas ialah Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Dr. Md Isa Sabu; Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman; Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hassan dan Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob dan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam. Tiga menteri Kabinet yang tewas ialah Menteri Pelancongan, Datuk Seri Azalina Othman Said, Menteri KKLW, Tan Sri Muhammad Mohd Taib dan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Abdul Samad. Turut gagal pada pemilihan MT ialah bekas Ketua Pergerakan Puteri UMNO yang juga Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Noraini Ahmad. Dua Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Johari Baharom dan Datuk Hassan Malek turut tewas.
Kulat: Justeru Dato Seri Najib kini sudah boleh berkira-kira untuk memilih barisan kabinetnya yang terbaik untuk membawa misi dan visi reformnya dalam UMNO dan khususnya halatuju cabaran negara Malaysia itu sendiri. Adakah bahtera Najib itu nanti akan dibarisi dengan krew kepimpinan baru atau krew lama yang sebelum ini 'indah khabar dari rupa'. Kesemua krew lama kecuali Dato Sharir Samad sehingga hari ini dilihat seperti masih berminat untuk terus berada dalam kabinet sekurang2nya sehingga PRU13. Mereka juga seperti berharap bahawa Najib akan terus memilih mereka berada dalam barisan reform yang baru. Sama2lah kita saksikannya.
5 ulasan:
Salam sdr. kulat.
Kalau dah di kalangan ahli UMNO pun gagal mendapat kepercayaan, inikan pula rakyat seluruhnya.
Kalau DS Najib nak pakai lagi dia orang nih, rasanya tidak patut. Ahli UMNO sendiri pun dah tunjukkan jalan keluar. Mereka akan menjadi liability kepada UMNO nanti.
saya sokong kenyataan mountdweller,
mereka semua telah ditunjukan jalan keluar oleh ahli UMNO sendiri. so buat ape lagi Najib perlu menambahkan bebanan penumpang yg tidak disukai dalam bahtera beliau.
Tuan Kulat
Mereka semua adalah krew pilihan Pak Lah yang WAJIB DIREFORMKAN. Ramai pemimpin muka2 baru yang lebih muda sedang menanti di luar sana. Sapa tahu mereka mampu dan memiliki KARISMA seperti yg diharapkan Oleh Najib.
PENDEK KATA MEREKA SEMUA DAH BOLEH UCAPKAN SELAMAT TINGGALKAN 'JAWATAN DAN KUASAKU'
Mereka semua ni mempunyai visi lama yang harus digantikan visi baru.
kalau benar bagai dikata Najib mesti membuat reform keseluruhannya termasuklah pentadbiran kerajaannya, Oleh itu kuda2 tu yang dah kaya raya tu eloklah digantikan dengan muka2 baru yang baru nak kaya. he he he..
Catat Ulasan