Sabtu, 11 April 2009

KES ALI RUSTAM DISAMAN DITANGGUH, HAKIM BERI AMARAN, ALI RUSTAM KATA TAK TAHU

Bekas CEO Hospital Southern, Abdul Hamid Mustapah

Sebutan kes saman malu bekas CEO Hospital Southern (kini dikenali Hospital Putra) yang dikemukakan terhadap Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam ditangguhkan pada bulan September tahun ini. Plaintif, bekas CEO Hospital Southern itu, Abdul Hamid Mustapah berasa hampa berikutan Ketua Menteri Melaka itu gagal menghadirkan diri alasan tidak sihat.

Bagaimanapun Hakim yang mengendalikan kes tersebut memberi amaran agar ianya tidak lagi ditangguh dan mengingatkan kepada peguam Datuk Mohd Ali Rustam agar jangan mengambil mudah perkara tersebut kerana ianya boleh membebankan mahkamah. Ketua Menteri Melaka itu disaman RM10 juta yang difailkan di Mahkamah Kuala Lumpur akhir 2005 oleh Abdul Hamid yang mendakwa Datuk Ali memfitnahnya serta keengganan beliau memohon maaf kepada plaintif.

Datuk Seri Mohd Ali Rustam
Abdul Hamid mendakwa Ketua Menteri Melaka itu memfitnahnya dengan menuduh beliau mengarahkan kakitangan hospitalnya supaya tidak memberi rawatan kepada bekas Exco, Datuk Ab Rahman Ab Karim dan isteri bekas Setiausaha Kerajaan Negeri ketika itu, Datuk Ahmad Roslie Johari selain menuduhnya membuat penipuan akaun hospital tersebut. Sementara itu, Datuk Seri Mohd Ali Rustam pulak berkata beliau langsung tidak tahu menahu mengenai saman tersebut dengan memberi alasan tiada siapa yang memberitahunya mengenai kes saman berkenaan.

Kulat: Ketidakhadiran Ketua Menteri Melaka itu sekiranya alasan beliau tidak mengetahuinya mungkin boleh dimaafkan kerana kesibukan tugasnya sebagai ketua kerajaan. Akan tetapi yang tidak boleh dimaafkan sudah tentulah pembantu2 khasnya yang dipertanggungjawabkan menyemak segala urusan kerja2 bossnya. Adakah pembantu2nya kini seolah2 malas atau sudah tidak ada mood kerja selepas beliau tidak lagi memegang jawatan penting dalam UMNO pusat. Harap Ketua Menteri Melaka perlu membuat sesuatu seperti kewujudan Menteri KPI yang bertanggungjawab menilai prestasi kerja Menteri setiap 6 bulan. Harap kali ini beliau bolehlah lihat prestasi pembantu2nya yang lalai bekerja seperti apa yang berlaku menyebabkan beliau hilang hak bertanding Timbalan Presiden UMNO tempoh hari. Wallahua'alam
sumber maklumat: SHedisiMelaka&NS082009 (Rabu)

3 ulasan:

Harimau-Menaip berkata...

Bro,

Apa punya alasan lah KM hang tu. Saja ngelat tu. Dahlah terkena tindakan sebab ehem-ehem...

kulatlapok berkata...

salam Harimau:

Dulu diorang kata dioarang berdua ni peh kamcing habis bro.. entah ngapa.. langit tak selalu cerah bro..

Baba berkata...

yang aku tahu datuk ali ni kalau dia baik dengan sesorang tu.. dia akan dapat apa saja jawatan untuk kawannya, tapi kalau dia dah tak suka nilah jadinya....agaknyalah.
hamid ni pun kena gak tengok apa yang dah dia buat menyebabkan datuk ali jadi tak suka.

Malaysia oh Malaysiaku


RAKYAT YANG BERHAK MENERIMA PEMBANGUNAN