Isnin, 13 April 2009

JAMIL KHIR BAHAROM SUDAH NAMPAK KEINDAHAN BN & UMNO?

Senator Mejar Jeneral (B) Datuk Jamil Khir Baharom kini sudah mula tertarik dengan kerajaan BN dan UMNO sejak dilantik menjadi Menteri di Jabatan Perdana Menteri. " Saya melihat satu keindahan dalam kerajaan BN dan UMNO yang mampu melihat rakan2 turut berada di luar untuk berkongsi kek yang sama bukan untuk dimakan tetapi untuk bekerja" demikian kata2 ikhlas seorang yang pertama kali bergelar menteri semasa diwawancara dalam sebuah akhbar milik kepimpinan kerajaan baru. Datuk Jamil Khir Baharom dilantik sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang bertanggung jawab menjaga hal ehwal agama Islam dalam Kabinet baru Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Namun yang pastinya cabaran dan tuntutan tugas dan tanggungjawab yang amat berat menanti beliau bukan sahaja dari tekanan politik tetapi turut juga melibatkan NGO. Rakyat mengharapkan agar Menteri baru ini benar2 ikhlas serta dapat memberi penjelasan dengan adil demi menjaga dan memelihara kepentingan agama Islam itu sendiri terutama mengenai beberapa pemasalahan dan kekeliruan yang timbul membabitkan hukum2 agama Islam di negara ini. Rakyat tidak mahu terjadi sepertimana menteri2 terdahulu yg gagal menangani isu-isu yang timbul secara ilmiah tetapi bekerja lebih kepada terhutang budi serta menjaga kepentingan politik mereka.
Kulat: Teringat dahulu semasa aku melihat program 'Forum Perdana', antara ahli panel yg terkenal waktu itu ialah Ustazah Datuk Dr. Mashitah. Ramai yg tertarik dengan hujah2nya selain perwatakannya yg menarik. Namun apabila dia berarah angin menjadi orang politik, nadanya terus berubah dan adakalanya beliau gagal memberi hujah yang berilmiah bila ditekan dari pihak pembangkang menyentuh bab2 agama malah mengelirukan pula. Apakah Menteri baru ini juga akan berubah nadanya? Sama2lah kita tunggu aksinya menagani isu2 yang berkaitan dengan Islam di negara ini. Wallahua'alam.

10 ulasan:

BHM berkata...

Salam ziarah...

http://aspirasi-baru.blogspot.com

ASPIRASI BARU - "Menyusuri Transformasi, Menterjemah Aspirasi"

classmate berkata...

cube pi chek pasal anak lelaki dia yg jahat mcm setan tu. pi tarbiah anak sendirilah. satu sekolah tahu.

Master Yoda berkata...

Salam Tok Cendawan...

Tepat sekali ape yg Tok katakan...

Harap2 nye biar mati menegakkan kebenaran , bukannya hidup demi menegakkan "benang yg basah"

kulupSakah berkata...

classmate,
aku ada dengar tu..

tugas kedua- tegur isteri pm tutup aurat!

Unknown berkata...

Aduh..... sakitnya perutku kerana ketawa!

kulatlapok berkata...

salam blogger semua

salam Tuan Kulup..

Jamil Khir semasa diwawancara berkata: "Sebagai anggota tentera tentunya saya orang yang do it or die. Maknanya semangat patuh dan disiplin itu begitu mendalam" Justeru nampaknya beliau akan akur dengan perintah ketuanya (Najib) walaupun tidak menegur soal tudung? Wallahualam

Tanpa Nama berkata...

Bagi tahu Jamil Khir tu. ia lah do it or die untuk membodek Najib. Itu semua orang tahu. Jangan pakai lah pangkat mej jeneral tu sebab kawat pun tak tahu sama lah macam dulu ada bekas jeneral KAGAT yang di lantik jadi menteri, akhir nya habuk pun tarak. Standard mentaliti Jamil Khir ni setaraf prebet sahaja yang Pak Turut.
Sudah lah Jamil Khir, dalam tentera pun tak mampu nak buat apa, inikan satu Malaysia. Jangan berlagak sebagai bekas tentera kalau ilmu tentera pun cetek kecuali yang ilmu membodek sahaja yang ada. Kamu pun macam anai anai dalam UMNO.

AyahandaKL berkata...

Saya melayari blog2 yg berkait dengan tuntutan menutup aurat dan mendapati kebanyakan komen selalu saja berbunyi agak 'keras'.

Saya hairan, tidak adakah sesiapa yg terfikir yg dakwah paling berkesan adalah dakwah secara halus & berlemah lembut?

Terlalu ramai manusia yg menghukum manusia lain seperti mereka adalah manusia sempurna tetapi terang2 saya lihat dari gaya bahasa mereka sendiri pon tidak mencerminkan budi bahasa yg dituntut Islam.

Saya lihat cara pendakwah Muslim dari Barat lebih menarik berbanding 'pendakwah' Melayu Islam. Pendakwah Muslim dari Barat menceritakan betapa nikmatnya kejadian Allah, betapa manisnya 'embrace' Islam in total dgn bahasa yg penuh sopan & halus.

Fikir2lah sendiri...

kulatlapok berkata...

salam blogger:

1. Anony..15:23 ..pandangan anda iu adalah hak suara anda..no komen.

2. Ayahanda KL... Petikan kata2 Datuk Khir " SAYA LIHAT KEKUATAN KITA ADALAH AGAMA YANG BERTUNJANGKAN AKIDAH MAKA INI YG AKAN BERJALAN DALAM KONTEKS NEGARA HARI INI".

Sejauh mana akidah yg terperlihara yg dimaksudkan oleh beliau kita tunggu dan saksikan bagaimana cara beliau dapat menyelesaikan persoalan itu serta keseimbangan antara tuntutan agama dengan gejala duniawi hari ini.

Kalau kita lihat negara Hadhari hari ini lebih banyak avktiviti2 yg bertunjangkan hiburan yg tidak dikawal malah banyak pula diluluskan serta budaya artis negara ini terutama melibatkan artis2 muslim seolah2 berada di negara barat.

Akidah dalam konteks yg bagaimana yg akan dilaksanakan oleh Menteri Agama yg baru ini sama2 kita tunggu dan saksikan. Pandangan Ayahanda KL itu juga sesuatu yg perlu diambil perhatian terutama golongan pendakawah. Wallahualam.

Tanpa Nama berkata...

salam Bro: APA YG KITA SEMUA NAK HERANKAN. MEREKA SEMUA TUKAR BAJU JE, ISI DALAM TETAP SAMA ADA PANAU, KURAP, KUDIS DAN MACAM2 LAGI YANG KITA SEMUA TAK TAHU.

Malaysia oh Malaysiaku


RAKYAT YANG BERHAK MENERIMA PEMBANGUNAN