Jumaat, 24 April 2009

Isu Anak Kekal Agama: Mana Penjelasan Mufti & Datuk Jamil Khir Baharom


MCA, Majlis Perundingan Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Tao (MCCBCHST) menyambut baik keputusan Kabinet mengenai agama anak-anak dan mereka semua menyatakan rasa puas hati dengan keputusan Kabinet berhubung penyelesaian pertikaian mengenai agama anak-anak yang kekal menganut agama asal ibu bapa masing-masing semasa berkahwin, walaupun ibu atau bapa mereka memeluk Islam. Langkah ini adalah selaras dengan konsep 1 Malaysia gagasan Perdana Menteri YAB Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak untuk meningkatkan harmoni.

Mereka semua yang bukan beragama Islam itu juga telah meminta agar arahan Kabinet yang sama perlu dilaksanakan oleh Jabatan Agama Islam dan Majlis Agama negeri-negeri bagi mengelakkan sebarang percanggahan terhadap kesepakatan yang dicapai oleh pemimpin-pemimpin dalam Kabinet. Hakikatnya, menurut mereka lagi, arahan Kabinet sedemikian mesti terus disepadukan menerusi pembaharuan perundangan atau meluluskan Akta Parlimen atau meminda Perlembagaan Persekutuan bagi tujuan untuk mengelakkan kekeliruan apabila keretakkan rumah tangga berlaku tanpa penyelesaian yang memuaskan dan pihak-pihak tertentu mengambil kesempatan di mahkamah untuk mendapatkan hak penjagaan dan menentukan agama anak-anak.

Hal tersebut disokong penuh pula oleh Presiden Hindu Sangam Malaysia, Datuk A. Vaithilingam, yang mendakwa keputusan mengenai pegangan agama anak-anak mestilah seiring dengan agama yang dianuti semasa perkahwinan kedua-dua ibu bapa, adalah satu langkah bijak dan permulaan yang baik bagi menyelesaikan pertikaian antara pasangan.
Kulat: Rakyat khususnya kaum muslimin dan muslimat negara ini telahpun mendengar ulasan dari Datuk Mohd Nazri Aziz berhubung perkara tersebut yang tidak boleh dibawa ke mahkamah syariah. Walaupun pahit untuk ditelan, namun itulah hakikatnya bagi memelihara semua kaum di negara majmuk ini. Namun bagi kaum muslimin rakyat negara ini ingin juga mendengar ulasan dari menteri yang menjaga hal-ehwal agama yang baru negara ini yang sehingga kini masih lagi belum mengeluar sebarang ulasan berkaitan isu tersebut. Rakyat berharap kesucian agama Islam tidak diperkotak-katikkan yang sejak akhir-akhir ini nampak agak longgar termasuklah isu2 murtad yang masih belum ada jalan penyelesaiannya. Harap Datuk Khir Jamil Baharom jangan hanya nampak 'keindahan dalam BN dan UMNO' sahaja di sini selain daripada tanggungjawab yang sedang menanti di hadapan. Bagaimana pula pandangan Mufti2 negara ini?? Wallahua'alam.

12 ulasan:

jiwa merdeka berkata...

...Ambe sebagai Islam nak bertanya...
...Tok mufti dan Tok peti tak nak komen ke...
...Ulama-Ulama semua dah jadi ular dalam semak ke...
...Raja dan Sultan sebagai pelindung Islam dah lari ke mana...
...Yang ngaku duk berjuang Islam...simpan telur kat mana...
...Semua dah senyap sunyi tanpa suara...

berita-tipu.blogspot

kulatlapok berkata...

salam Jiwa Merdeka..
Terima kasih menitip ke sini.. Persoalan sekarang, kesucian Agama Islam itu sendiri seolah2 dipermainkan, Manakala mereka yg bertanggungjawab terhadap kesucian agam itu terpaksa mencari jalan tengah hanya semata2 untuk menjaga hati kaum lain. Wallahualam.

ha ha ha berkata...

Hidup One Malaysia

Hidup Najib Antantuya..

Hidup Umno Jual Malaya...

Hidup BN yang sekular...

Ha ha ha ha ha ha...

Wassalammmmmm

Tanpa Nama berkata...

woi askar pencen mana ko punya komen.. kalau setakat mengampu bini rosmah je tak payahh..nak muntah aku dengar SAYA NAMPAK KEINDAHAN DALAM BN
tu lah bila masuk nampak UMNO nampak macam bebudak terencat akal je...dok mengampu jeee..ini kes murtad..oh itu tak pe kita masyarakat majmuk..ooo tak pe ni falsafah 1Malaysia...pirahhh askar pencen

Tanpa Nama berkata...

Jeneral (Baru)Mejar Dato' Topeng bin Perak.. wa cadang lu C4 kan dulu lu punya laptop kemudian hantar CSI cuba tengok nampak tak KEINDAHAN BN kat dalam tu..kalau tak cuba hapuskan kouta 30% bumiputra dalam ko punya blog sure setel masalah...(cuba kau guna netscape navigator dan scan dengan advance system care yang ori)

Tanpa Nama berkata...

Yang paling di tunggu2 apakah pandangan PAS dan PKR?

Zaman sekarang ini semua nya nak ambil hati cina dan india!

Mohd. Rizal berkata...

Assalam wbt.

Inilah terjadi jika 'tidak diberikan sesuatu itu kepada ahlinya'. Walaupun pak menteri ini diakui daripada golangan cerdik-pandai tetapi 'kepala otak' dia tidaklah mampu melawan keadilan dan ke'rasional'an hukum yg Allah SWT telah tetapkan. Hukum Allah swt sudah jelas samada soal murtad, munakahat dll....mengapa pak menteri ini dan kabinet UMNO yg lain masih nak perah2 otak buat hukum lain pulak!

Wahai pemimpin2ku, jgnlah buat perkara2 bodoh ini dan jgnlah mendedahkan kami dan negara tercinta ini kepada kemurkaan Allah SWT hasil daripada sikap bodoh-sombong sebegini.

Ya Allah, ampunkan kami atas kejahilan, kelalain dan ketelanjuran ini dan berikanlah kami petunjuk dan rahmat-Mu. Tunjukkan kami jalan-Mu dan lapangkan kami dalam menunai dan menegakkan agama-Mu. Amin.

Wassalam.

Unknown berkata...

Kah..kah.. orang kafir baca ayat alkur'an, mempersenda agama. kalau jual agama tak apa.. pirraaaaah..!

Ekk... lupa nak tanya, keris telanjang tu dah jual kat keling besi buruk k?

kulatlapok berkata...

salam Blogger semua...

1. Ha ha ha
2. Tanpa nama 11:05
3. Tanpa nama 11:13
4. Mohd Rizal Abd Rahim
5. Tuan Mountdweller

Terima kasih diatas keperihatinan sdr semua. Kita bimbang GAGASAN NAJIB YG MELAUNGKAN 1 MALAYSIA AKAN MEMAKAN DIRI KITA SENDIRI TERUTAMA HAL2 YG BERKAITAN DENGAN AKIDAH DAN PEGANGAN AGAMA ISLAM ITU SENDIRI.

1. Tanpa nama 11:13
Tidak kira pandangan dari siapa samada UMNO, PAS dan PKR soal akidah dan kesucian agama Islam wajib dipertahankan dan tiada jalan kompromi untuk mempertahankannya. Wallahuaalam.

Sangkelembit berkata...

SALAM bRO, SUSAH NAK PISAHKAN ANTARA TUNTUTAN AGAMA DENGAN KEHENDAK DUNIAWI. AGAMA KATA JANGAN, TAPI DUNIAWI KATA PERLU JAGA ANTARA KAUM. AGAMA KATA ITU HARAM TAPI KEHENDAK DUNIA KATA UNTUK BUKAN ISLAM. AGAMA KATA PEMIMPIN MESTI WAJIB LAKSANAKAN UNDANG2 ISLAM, DUNIAWI KATA ATAS NAMA 1 MALAYSIA SUSAH NAK LAKSANAKAN KERANA MESTI JAGA KAUM LAIN SAMA. SO..MENTERI AGAMA YG BARU DAN MUFTI2 KITA MESTI DENGAR CAKAP SAPA? AGAMA ATAU PEMIMPIN ALIRAN SEKULAR.????

Tanpa Nama berkata...

Hmmm...semua tak kena bila orang nak buat...cuba hampa buat pulak...

Awat, Malaysian Malaysia tu baguih sangat ka ? ....pi rahhh mabuk...sama ja dua kali lima, kerjaaan dengan pembangkang...

2X5=10

kulatlapok berkata...

salam Tanpa Nama 14:24

Datangpun x ada nama, tapi x pe aku postkan juga. Kopun sendiri telah memberi jawapannya dengan tepat. 2x5+10 maksudnya disitulah ada check n balancenya.

Malaysia oh Malaysiaku


RAKYAT YANG BERHAK MENERIMA PEMBANGUNAN