Jumaat, 17 April 2009

CUBAAN USUL UNDI TIDAK PERCAYA ALI RUSTAM DITOLAK


Satu usul memohon undi tidak percaya kepada Ketua Menteri Melaka untuk dibawa ke Persidangan DUN Melaka yang akan berlangsung pada 20 hingga 23 April ini telah ditolak oleh Speaker DUN, Datuk Othman Muhammad.
Usul yang dibawa oleh ADUN Kesidang (DAP), Goh Leong San yang mendakwa rakyat Melaka hilang keyakinan dan meragui intergriti terhadap Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam berikutan penglibatannya dalam politik wang ketika pemilihan UMNO bulan lalu.
Lagi usul lain yang ditolak oleh speaker ialah memohon kerajaan negeri Melaka mengumumkan harta milik perseorangan oleh Ketua Menteri, Ahli2 Exco dan semua Adun sebagai satu usaha langkah menangani amalan rasuah. Selain itu ada dua lagi usul yang dibawa oleh pihak pembangkang juga telah ditolak oleh speaker.
maklumat:SHedisiNSMelaka17April2009

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Blog baru berkaitan AJK PKR Putrajaya bernama Jamil Kucing di http://jamilismail.blogspot.com

Hantam produk munafik itu cukup cukup

Gabungan Anti BN berkata...

Salam..hairan bin ajaib....rakyat negeri Melaka yang terkenal dgn kehebatan Kesultanan Melayu Melaka tak rasa malu ke dipimpin pemimpin rasuah...patut la melaka x maju mana...harap kat bandar je...kampung2 macam zaman 70 an time aku balik kampung...

kulatlapok berkata...

Salam Gabungan Anti BN:

Rasanya pembangunan Melaka antara yg termaju di antara lain-lain negeri di Malaya ini. Soal bagaimana pelaksanaannya terpulang kepada siapa yg memerintah negeri itu. Rasanya di kampung juga Melaka tidak kurang hebat juga dari segi infranya dan boleh kenyataannya sekarang tidak ada lagi jalan berdebu dan tanah merah. Tetapi berbalik pula soal entri cendawan tu, kesimpulannya ialah kuasa. Itulah pasal kalau parti pembangkang tidak ada kuasa, apa saja cadangan dan hasrat untuk dikemukakan di DUN senang2 aje ditolak. Wallahualam.

Malaysia oh Malaysiaku


RAKYAT YANG BERHAK MENERIMA PEMBANGUNAN