KUASA SAKTI RAKYAT YG BERHAK MEMILIH SIAPA PEMIMPIN MEREKA
Syabas dan tahniah kepada mantan (bukan erti kata sebenor) MB Perak, Dato Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin yang telah berjaya memenangi kerusi Parlimen Bukit Gantang. Kemenangan beliau telah mengembalikan maruahnya dengan kuasa dan kehendak rakyat Perak sendiri. SPR telah mengumumkan Mohammad Nizar memenangi kerusi Parlimen Bukit Gantang hari ini dengan memperoleh sebanyak 21,860 undi. Beliau mencatatkan majoriti 2,789 undi - berbanding 1,566 undi yang direkodkan oleh calon PAS pada Mac 2008. Ahli Dewan Undangan Negeri Pasir Panjang ini menewaskan calon Barisan Nasional (BN), Ismail Saffian yang mendapat 19,071 undi manakala calon Bebas, Kamarul Ramizu yang mendapat 62 undi serta hilang wang deposit. Justeru kemenangan ini membuktikan rakyat Perak masih merestui Mohammad Nizar dalam erti kata sebenar mengiktiraf beliau sebagai Menteri Besar Perak melalui suara majoriti rakyat dan seterusnya menafikan kuasa telunjuk dari pihak istana.
Kulat: Sebelum pengumuman dibuat dikedua2 PRK Bkt Selambau dan Bkt Gantang, kelibat pemimpin dan penyokong BN di kedua2 pusat mengira undi tersebut langsung tiada kelihatan. Apakah sebelum itu mereka sediri turut membantu SPR mengira undi dan lepas tu terus lesap kerana telah mengetahui keputusannya lebih awal? Wallahua'alam.
6 ulasan:
Salam sdr. kulat.
Kerakusan nafsu dan gilakan kuasa mengatasi kehendak rakyat. Jadi di manakah slogan "Dari rakyat kepada rakyat"
salam Kulat:
Ya memenag benar, bukan parti yg kuat tetapi SUARA DAN KUASA DARIPADA RAKYAT.
ko ni mangkuk hayun talam dua muka elok mampus cepat2
sALAM,
KEPADA KULAT LAPOK SAYA NASIHATKAN BACALAH AL QURAN DAN FAHAMI APA YANG SEBENARNYA YANG DI LAKUKAN OLEH DAP, BACA ,FAHAMI, AMALKAN
AYAT QURAN YANG DI BACA OLEH ORANG KAFIR TETAP TIDAK BERSALAH CUMA JANGAN PEGANG SEBAB MEREKA TIDAK MANDI HADAS BESAR ATAU KECIL
TERLALU BANYAK AYAT YANG MEMBENARKAN MEREKA MEMBACA AL QURAN MALAH KITA GALAKKAN, APA YANG MENGHAIRANKAN IALAH APABILA POLITIK DI ASINGKAN DENGAN PENTADBIRAN KHALIFAH OLEH UMNO DAN BN
KEPADA TOK MUFTI YANG MEMBUAT FATWA PELIK ADALAH DI PERGUNAKAN OLEH BN/UMNO SAJA, SEPATUTNYA ULAMA BN/UMNO DAN PAS DUDUK SEMEJA JANGAN BUAT FATWA BODOH LAGI BANGANG
Tanpanama 09:13
Terima kasih 'budi bahasa' mu yg tidak dijual beli. Semoga ko seorang saja yg akan hidup selama2nya.
salam PakKaramu:
Terima kasih atas penjelasan dan nasihat tuan. Adalah lebih baik pemimpin agama negeri juga turut sama diperjelaskan dan membuat penjelasan.
Catat Ulasan