Isnin, 23 Mac 2009

RANCANGAN 999 MELAPORKAN........



sebelah kiri gambar yg disiarkan dari sebuah akhbar manakala kanan gambar asal kiriman emel dari rakan

Gambar seorang selebriti terkenal Malaya yang cantik dan jelita sedang posing berkemban di dalam bilik sebuah hotel. Gambar di sebelah kiri yang disiarkan dari sebuah akhbar semalam pihak media sengaja mengelapkan wajahnya namun gambar yang disebelah kanan pula ialah gambar yang dikirimkan oleh seorang rakan melalui emel. Namun aku juga seperti merasa malu menatap wajahnya yang ayu itu dan terpaksa sengaja kututupkan matanya. Rasanya ramai yang sudahpun mengetahui siapa selebriti tersebut yang kini tersebar luas dan telahpun ditatapi ribuan rakyat negara ini. Selebriti yang kini sedang dalam krisis rumah tangga itu nampaknya begitu berani membenarkan gambarnya dirakamkan oleh seseorang. Begitulah kalau dah jadi artis untuk mendapatkan publisiti rasanya tak cukup dengan apa yang ada terpaksa membuat sesuatu yang rasanya ada boom..!! Dengan aksi sedemikian, dapatkah kita bayangkan apakah yang mereka sedang lakukan di dalam bilik tersebut?? Jauhilah daripada fitnah..!!

Kulat: Walaupun kita semua tahu tidak semua artis Malaya berkelakuan demikian, namun sejak akhir2 ini artis bergambar tidak senonoh bukanlah menjadi rahsiah lagi. Teringat aku pada seorang penceramah agama pernah berkata bahawa artis adalah golongan yang tidak boleh dipercayai. Benarkah begitu?? Wallhaua'alam.

15 ulasan:

mountdweller berkata...

Manusia Melayu yang mengaku Islam sanggup menggadaikan maruah semata-mata kerana haloba dunia. Tidak kiralah apa yag nak dipanggil ianya tetap memalukan dan menjatuhkan martabat agama Islam itu sendiri.

Sedar dan taubatlah!

Green Malay berkata...

sangka baik...mungkin baru nak solat dhuha atau bangun tahjud...
comey gak seposen...

artis longkang berkata...

salam bro... aku memang MELUAT nengok artis2 sekarang ni terutama yang melayu tu mengalahkan tak ada agama. ptuiii...

Harimau-Menaip berkata...

Bro,

Kasi forwardlah itu email. Nak gak tau..hehehe..

Tanpa Nama berkata...

Green Malay,

BUKAN BARU NAK SOLAT TAPI BARU NAK MANDI JUNUB..OPPSSS MULUT AKU NI TERSASUL PULAK, ASTAGFIRULLAH... JAUHILAH AKU DARI FITNAH

artis ronggeng berkata...

salam Bro:

Sebenarnya Inilah produk yg dikeluarkan oleh sebuah negara yang mendakwa Islam mesti maju ke hadapan dalam konsep "Islam Hadhari". Hasilnya Kemajuan yang dicapai dari wakil seorang wanita Islam yang berusaha untuk memajukan dirinya keluar dari kelapokan budaya yang kolot kepada sebuah budaya yang maju dan moden kononnya.

ARTIS BANGSAWAN berkata...

Aku bangga menjadi bangsa Melayu.
Aku bangga Melayu jadi Tuan dalam ini negara.
Aku bangga Melayu yg memerintah tampok negara ini.
Aku bangga Melayu mendominasi ekonomi negara.
Aku bangga Melayu membuat dasar negara.
Aku bangga Melayu mencipta konsep "Islam Hadhari"
Aku Bangga Melayu menguasai krisis politik negara.
Aku bangga Melayu 'juara' politik bertelegah sesama sendiri
Aku bangga dalam Youtube ramai bangsa Melayu mencipta aksi lucah.
Aku bangga ramao ARTIS di negara ini dikuasai BANGSA MELAYU.
Aku bangga ramai artis MELAYU dan moden danh pandai posing maut.
dan itulah YANG DIBANGGAKAN PARA PENJUAK UMNO "TAKKAN MELAYU HILANG DIDUNIA"

Tanpa Nama berkata...

bukannya apa2 artis ni cuma nak cuba cara2 pemakaian 'kain kapan' tapi kain kapannya tak berapa cukup.

Tanpa Nama berkata...

bagaimanalah agaknya kalau ditarik aje kain kapan tu...

matcomot berkata...

cheh..minah ni mrs sepupu aku belah emak...minah orang bagan serai.

memalukan betullllllllllll

Tanpa Nama berkata...

Berita 999 melaporkan..seorang wanita selebriti di berkas disebuah hoterl kerana cuba mengamalkan ajaran salah dari segi agama islam kerana MEMPERAGAKAN CARA2 PEMAKAIAN KAI KAFAN dengan cara yg salah iaitu tak cukup ukurannya....te he heh heh.....

melayuangkat berkata...

Assalamualaikum Cendawan Melayu,

Apa khabar?

Sungguh Mengaibkan. Waliyazubillah Taala. Tak pasal pasal kita dapat dosa tumpang sama tengok gambar sebegini.

Taubat saban hari yang terkumit selepas setiap solat fardu kita pun belum tahu diterima Illahi atau tidak, sekarang tambah satu dosa.

Yang dia ini buat salah dah tentulah dosa dia dengan Allah swt. Entah esok lusa dia bertaubat, mungkin dia lebih baik dari kita.

Yang kita kita ini entah bila nak sedar dosa kita masing masing, mengata dan mengaibkan orang lain.

WaAllahuAlam.

Tanpa Nama berkata...

Salam Tuan Kulat dan Khas untuk Melayu Angkat:

Allah telah memberi akal supaya manusia mengunakan akal itu sebaik mungkin untuk membezakan antara yang baik dan yang mana buruk. Adakalanya kita bukan membuka keaiban orang tetapi teladan kepada lain-lain artis supaya menjaga tatasusila mereka apatah lagi ianya seorang muslimah. Kita agak tidak menghiraukan hal ini jikalau selebriti tersebut bukan seorang muslimah atau bangsa melayu. dalam perkara ini, selebriti ini telah diberikan akal yg sempurna oleh yang Maha Kuasa akan tetapi sayangnya tidak dipergunakan dengan sebaik-baik akal tersebut. Kalau kita ada niat untuk memperbetulkan kesilapan nescaya ada dorongan daripadaNya kerana Allah jualah yang Maha Mengetahui. Wallahualambissawab.

Sangkelembit berkata...

MELAYUANGKAT:

BUKAN MELAYU NAK MENGAIBKAN MELAYU TAPI MELAYU INILAH YANG MENJADI DURJANA KEPADA BANGSANYA SENDIRI APATAH LAGI KESUCIANNYA SEBAGAI MUSLIMAH.

SALAM TANPA NAMA: 23:55 KOMEN KO ADA NASNYA.

Pekasam berkata...

Tuan Melayuangkat:

Bukan nak menangkan sesiapa dalam hal ini, namun bangsa melayu ini telah mencemarkan bangsa melayu sendiri, agamanya dan kesopanannya sebagai muslimah. Tak tahulah kalau yg mengmabil gambar tu bangsa asing..

Malaysia oh Malaysiaku


RAKYAT YANG BERHAK MENERIMA PEMBANGUNAN