Sabtu, 28 Mac 2009

PERWAKILAN PEMUDA UMNO PERCAYA ISU 'BALQIS'..??

Calon Ketua Pemuda UMNO, Dato Mohd Khir Toyo mendakwa kekalahannya dalam perebutan jawatan tersebut ada kaitan isu 'Balqis'. Mantan MB Selangor itu seperti menyalahkan pihak pembangkang yang sengaja memainkan isu tersebut yang terpaksa menerima kekalahan yang tidak dijangkanya itu kerana pada peringkat awal pengundian, beliau mengatasi calon2 lain namun keputusan yang memeranjatkan itu seperti ada 'sesuatu' disebaliknya.

Beliau mendakwa isu Balqis sengaja dibangkit oleh pihak pembangkang bagi mengagalkan hasrat beliau untuk terus 'bernyawa' dalam politik. Khir Toyo mendakwa beliau menjadi mangsa isu tersebut yang menyebabkan para perwakilan telah hilang keyakinan di atas kewibawaannya untuk meneraju kepimpinan Pemuda. Justeru jika itu kesimpulan yang dibuat oleh Wak Khir ini sahlah bahawa ahli UMNO itu sendiri telah 'percaya' akan isu Balqis tersebut benar2 ada penyelewengan yang dilakukan oleh isterinya yang sudah tentu mengheret beliau sama. Begitulah senario politik Wak Khir yang akhirnya menerima hukuman yang bukan di tentukan oleh pihak pembangkang tetapi dari ahli perwakilan Pemuda itu sendiri. Harap Wak Khir kenalah percaya kepada Qada dan Qadar. Apa boleh buat Wak.. itulah rezeki namanya.
Kulat: Harap Wak Khir kena menerima kekalahannya serta berbanyak muhasabah diri sendiri daripada menyalahkan orang lain sebagai penyebab kekalahannya. Wallahua'alam.

10 ulasan:

melayuangkat berkata...

Assalamualaikum Cendawan Melayu,

Apa khabar??

Bila nak ke Kinabalu lagi??

Betul kata kamu tu, dalam apa pertandingan pun tentu ada kalah dan menang.

Isu Balqis ni amat complicated sikit. Dulu Mak Cik pun ada kawan-kawan dari Balqis. Mereka ini banyak tolong orang Melayu miskin khasnya seluruh Selangor, banyak yang tidak direkodkan, mereka bina rumah khas anak anak termiskin seluruh Selangor yang bijak-bijak, bela mereka dan bimbing dengan guru-guru tuisyen dsb.

Mak Cik bukan dan tidak ahli bersekutu pun cuma ada kawan kawan di kalangan mereka. Mak Cik tabik mereka. Sering sahaja ada aktiviti untuk orang-orang yang memerlukan walaupun begitu banyak tidak di highlightkan di media.


Mak Cik pun tak sanggup nak buat apa yang mereka buat. Tak Larat. Tapi ini semua dahulu. Sekarang yang baik memanglah tidak nampak, semua hitam putih yang diambil kira. (Banyak yang Mak Cik tak boleh cerita disini kerana sentivitinya - nanti terbangkit pula isu kaum).

Apa-apa pun berdoalah untuk kebaikan semua, InsyaAllah.

mountdweller berkata...

Salam sdr. Kulat.

Sekiranya bersalah, ianya patut dihukum dan kalau tidak bersalah tak payahlah nak dipanjangkan.

Yang Puan melayuangkat kata tu betul sebab menjadi tanggung jawab sebuah NGO kebajikan. Cuma walau pun NGO ini membuat kebajikan, amanah tetap kena pegang. Kalau tidak amanah maknanya kita tidak pegang dengan sumpah untuk beramanah dengan ahli dan masyarakat.

Tanpa Nama berkata...

Khir toyo dihukum oleh partinya sendiri. Ini bermakna refom UMNO sedang melakukan pembersihan kepada ahlinya yg banyak melakukan salahlaku demi unutk rakyat dan bangsa melayu itu sendiri.

Kerajaan Rakyat berkata...

Salam saudara Kulat,

Saya seiring dengan titipan saudara;
"Wak Khir kena berbanyak muhasabah diri sendiri daripada menyalahkan orang lain sebagai penyebab kekalahannya."

Salam Takzim

Tanpa Nama berkata...

UMNO dengan reform??? Wa Khir bagi tak cukup, tu tak terpilih. Cube bagi banyak cikit, Lembaga Disiplin pun lepaskan.

Tunggu kucing bertanduk, atau Hang Tuah timbul semula atau mungkin bile Dajjal muncul ataupun Nabi Isa diturunkan semula, MUNGKIN dan MUNGKIN sahaja UMNO baru nak reform..

Kepada yang tau tapi buat tak tau, ataupun sengaja bersekongkol, ataupun tak buat sesuatu untuk menghalang atau menamatkan korupsi, mungkin didunia kamu akan terselamat, tapi di akhirat jangan samapai kaki sebelah dah masuk syurga, kene panggil balik oleh rakyat yang teraniaya untuk diadili semula.

Perwakilan Tanjung Karang berkata...

SAlam Kulat:

Kalau benar rumusannya benarlah juga cerita isu PUTERI BALQIS tu..
Kebenaran itulah yg harus diterima oleh WAK TEMPE TU..

para perwakilan kali ini telah membuat pemilihan yg tepat. kepada yang telah meningalkan tahi,para perwakilan telah cucikan mereka serta membantu mencarikan jalan keluar untuk mereka.

Tanpa Nama berkata...

kalau lo'kok tempe cakap macam tu, punca kalahnya dia sebab balkis , maka, benarlah fakta2 dalam isu balkis tu hinggakan umno pun percaya! takkan pemuda dan orang umno semua tu kat perhimpunan tu bodoh macam lembu. takkan ko nak kata orang parti ko sendiri goblok kan?

cam ni lah khir - padan muka ko!! 800x! sial penyapu dah lekat!! apo nak dikato!!

senyum kambing memang pandai!!

man_helang berkata...

aku...ahhhh malas nak campur ahhh...kusut pala aku...

Tanpa Nama berkata...

badi PENYAPUNYA tak akan hilang sehingga Wak Khir berehenti dari politik. iTULAH NAMANYA PENYAPU MAKAN TUAN.

Master Yoda berkata...

Salam Tok Cendawan...

Tok Khir kene tikam dari belakang?

Sian.....

Kawan makan kawan?

Sian....

Tempe tak laku? OOPSSS, sori la Tok Khir, den pon wong Jowo gak

Kah kah kah

Malaysia oh Malaysiaku


RAKYAT YANG BERHAK MENERIMA PEMBANGUNAN