Isnin, 16 Mac 2009

DATUK ALI BAKAL DIGUGURKAN..??


Jawatankuasa Disiplin Umno dijangka akan membuat pengumuman esok calon-calon yang akan gugur kelayakan bertanding dalam pemilihan pada 25-26 March ini. Lembaga disipilin UMNO mendakwa hampir 20 calon yang bertanding termasuk kerusi no.2 UMNO terlibat dengan politik wang. Angin yang bertiup kencang antara yang disebut-sebut terlibat dengan gejala tersebut ialah Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam iaitu calon Timbalan Presiden Umno. Difahamkan calon-calon yang terlibat hanya menunggu masa untuk mendapatkan surat makluman untuk disiasat oleh Lembaga Disiplin.
Sebelum itu beberapa desakan dari pemimpin UMNO yang mahukan pemilihan UMNO pada penghunjung Mac ini ditangguhkan ekoran gejala 'politik wang' yang belum dihapuskan sepenuhnya oleh Lembaga Disipilin UMNO terutama bila mereka mendakwa ada bukti kukuh yang melibatkan pemimpin kanan UMNO . Tidak hairanlah topik tersebut dikatakan menjadi berita paling hangat yang dibualkan di kalangan orang politik kebelakangan ini walaupun ada 'angin' yang membawa khabar nama2 calon yang terlibat namun ianya belum lagi pasti dan masing-masing tertanya-tanya siapakah pemimpin yang dimaksudkan itu . Adakah Datuk Ali dan beberapa pemimpin kanan lain seperti Dato Seri Khir Toyo dan Khary Jamaludin terlibat?? Sama2lah kita saksikan lakonan dan sandiwara politik Malaysia yang semakin hangat mendidih. Wallahua'alam.

3 ulasan:

Harimau-Menaip berkata...

Sian Datuk Ali. Penat dia promote diri dia dalam Utusan Malaysia dan Sinar Harian.

haniesyafique berkata...

oh ali ketam.... :D arkitek la katakan....

muhyidin pilihan tepat...tegas dan berkarisma :)

Tanpa Nama berkata...

harapan yang tinggi mengunung bakal berkecai... era Ali akan tepahat dalam liatan sejarah politik wang

Malaysia oh Malaysiaku


RAKYAT YANG BERHAK MENERIMA PEMBANGUNAN