Ahad, 22 Mac 2009

PERLETAKAN JAWATAN AHLI PKR LEBIH BERMARUAH..?


Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, Mohamad Fairus Khairuddin meletakkan jawatan kerana beliau didakwa tidak melaksanakan tanggungjawab dengan amanah dan berkesan dalam kerajaan negeri Pulau Pinang selain daripada seorang pemimpin pemuda AMK membuat laporan salahlaku TKM Pulau Pinang itu kepada SPRM berkaitan isu sebuah 'kuari'. Perletakan jawatan Mohamad Fairus dilihat para pemerhati politik sebagai wajar dan bertanggungjawab walaupun belum terbukti kesalahannya. Pengunduran beberapa pemimpin ahli PKR yang memegang jawatan penting sebagai wakil rakyat 'terpilih' dianggap lebih bermoral jika dilihat dari sudut positif, kerana mereka lebih berani menggambil tanggungjawab demi kepentingan kerajaan negeri dan masyarakat jika dibandingkan pemimpin BN khususnya UMNO di mana kesalahan yang dilakukan pemimpin mereka dibuktikan sendiri oleh jawatankuasa khas mereka namun dengan bangganya masih mempertahankan jawatannya di sini. Wallahua'alam.

1 ulasan:

Bukit Katil berkata...

ikut contoh Tan sri Rahim tambychik yg sngup letakan jawatan demi kepentingan parti dan kerajaan negeri yang mana beliau diselamatkan oleh mahkamah didapati TIDAK BERSALAH akhirnya. Oranag yg menuduh pulak masuk penjara... ha ha ha inilah undang2 rimba namanya tu.

Malaysia oh Malaysiaku


RAKYAT YANG BERHAK MENERIMA PEMBANGUNAN