Rabu, 4 Mac 2009

NASIB BAIK DAPAT HADIAH LEMBU KALAU TIDAK.....

baguslah dapat hadiah lembu, boleh buat kenduri....

Ahmad Said mempertikaikan tindakan AMK menghantar seekor lembu kepada SPRM sebagai tindakan yang 'bodoh dan kebudak-budakan'. Menurut Ahmad Said, tindakan AMK menghadiahkan lembu sebagai simbolik berhubung isu siasatan penyalahgunaan kuasa Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim merupakan penghinaan kepada pihak kerajaan. Beliau yang kini sedang berhadapan pula dengan siasatan Polis Pulau Pinang berikutan lebih 20 laporan polis yang dibuat terhadapnya di seluruh negara.
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) itu bernasib baik dihadiahkan seekor lembu yang halal disembelih dan boleh dibuat kenduri serta halal juga kalau disedekahkan kepada orang2 miskin atau anak2 yatim. Selain daripada dapat sumbangan hadiah, dapat juga buat pahala amalan sedekah. Bagaimana pulak agaknya isu masalah ternakan khinzir yang suatu ketika dulu menjadi isu nasional yang gagal diatasi oleh dikalangan pemimpin negeri? Apakah agaknya hadiah yang sesuai untuk disembahkan? Adakah AMK akan menghadiahkanya juga seekor khinzir..?? Harap AMK jangan sampai kesitu, haraammm.....

Makhluk ciptaan Allah ini untuk siapa agaknya??
Kulat: Tindakan AMK menghadiahkan seekor lembu itu tidak lebih daripada mencabar Ahmad Said untuk mendedahkan hasil siasatan kes-kes yang melibatkan pimpinan Umno-BN seperti pendedahan laporan Ketua Audit Negara serta puluhan kes rasuah yang membabitkan bekas beberapa pemimpin negeri dan kabinet kerajaan yang dilihat senyap dan sepi begitu sahaja. Wallahualam.

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

rasanya khinzir ni baru lepas gogok gigi.. punyalah bersih..

Tanpa Nama berkata...

KINZIR INI SESUAI UNTUK DIHADIAHKAN KEPADA ALI RUSTAM KERANA GAGAL DALAM ISU BABI DI MELAKA DAN SATU LAGI UNTUK KHALID IBRAHIM KERANA CADANGAN YG BAIK UNTUK RAKYAT SELANGOR MEMBUAT PROJEK TERNAK BABI YG TERCANGGIH DI SELANGOR.

Malaysia oh Malaysiaku


RAKYAT YANG BERHAK MENERIMA PEMBANGUNAN