Sabtu, 16 Ogos 2008

KEBENARAN ATAU KERAGUAN?

Selepas "Sumpah Laknat" yang dibuat Mohd Saiful Bukhairy bin Azlan pada 15 Ogos lalu, timbul pula bermacam-macam cerita bagi merencahkan lagi episod yang menarik perhatian bukan sahaja rakyat negara ini malah menjadi tumpuan seluruh negara. Antara beberapa cerita menarik yang menjadi perbualan rakyat sekarang mula timbul ialah:-

1. Sudah ada ura-ura Mahkamah Sesyen berhak meminda pertuduhan terhadap Anwar iaitu Seksyen 337B (iaitu kesalahan hubungan seks luar tabii suka sama suka) kepada Seksyen 337C (rujuk laporan berita perdana 16 Ogos).

2.Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang (gambar) menyifatkan perbuatan Saiful adalah sesuatu yang bodoh serta tidak mengikut lunas Islam. Bagi kita orang Islam kita ada li'an. Li'an adalah sumpah yang melibatkan suami isteri. "Tetapi Anwar dan Mohd Saiful bukan suami isteri. Cara sumpah guna al-Quran juga seperti amalan Kristian yang gunakan Bible untuk bersumpah. Menurut Abdul HAdi, pada hakikatnya Mohd Saiful tidak perlu melakukan sumpah menggunakan al-Quran kerana berliau sendiri tidak memahami kandungan kitab suci itu. (klik)

3. Menurut Dr. Haron Din pula sumpah "muhabahalah" ini yang sepatutnya dilakukan oleh DSAI iaitu orang yang kena tuduh. Orang yang menuduh tak perlu bersumpah tetapi mesti membawa saksi lengkap untuk menuduh orang yang kena tuduh.(klik)

4. Beliau secara terbuka menegaskan bahawa beliau tidak rela diliwat dan diliwat secara paksa, sedangkan dalam pertuduhan yang dikenakan ke atas DSAI adalah Seksyen 377B Kanun Keseksaan iaitu dakwaan melakukan hubungan seks di luar tabii terhadap Saiful secara sukarela.
Justeru dalam kes ini, yang mana satu terpakai, suka-sama-suka ataupun secara paksa?"

5. Kata Saiful diliwat kali pertama pada 26 Jun 2008 sekaligus melengkapkan keraguan munasabah episod dakwaan terhadap Anwar, apabila akhbar utama melaporkan pada akhir Jun dan awal Julai lalu, bahawa Saiful mendakwa diliwat beberapa kali oleh penasihat PKR itu, kali terakhir pada 26 Jun lalu, di sebuah kondominium di Damansara. Najib Tun Razak mengakui Saiful datang bertemunya pada 25 Jun 2008 untuk melaporkan mengenai Saiful diliwat beberapa kali. Keraguan juga timbul, apakah tujuan sebenar Saiful menemui Najib pada 25 Jun 2008 tersebut sekiranya beliau hanya diliwat pada 26 Jun 2008?

6. Jawab Saiful: akan saya jawab di mahkamah.... itu pun akan saya jawab dimahkamah... akan saya jawab dimahkamah..... semuanya nanti akan saya jawab dimahkamah... tunggu nanti saya akan jawab dimahkamah.... ehhh berapa banyak mahkamah daa....!!!

8 ulasan:

Harimau-Menaip berkata...

wartawan tanya taknak jawab. baik tak payah buat press conference.

Tanpa Nama berkata...

Salam sedara cendawan,

Jalan citer filem Hindustan lagi senang faham dr filem "Mari Meliwat 2008" ni....

Sekejap sana,sekejap sini...

Sekejap utara,sekejap selatan,toleh tenggara plak...

Sume nak psiko org2 kat M'sia supaya lupe psl penderitaan disebabkan petrol naik, brg naik...

For me,Alhamdulillah,ALLAH kurniakan akal tuk diguna pakai tuk ingat dgn baik sume2 isu ni.....

Kerajaan Rakyat berkata...

Wahai Kulat yang ku kasihi,

Bacakan ini ke telinga Saiful Bukhari.

Semoga bala dan laknat yang dia hampiri

Memamah memusnah tubuh Saiful Bukhari

Akibat permainkan sumpah anjuran menteri

Melafaskan sumpah seperti dijual beli.

kulatlapok berkata...

salam:

1. Harimau & Master Yoda....

Yang membimbangkan kita semua ialah kerja bab pinda meminda ni... macam2 mereka nak cari jalan untuk menyedapkan lagi dakwaan yang longgar

kulatlapok berkata...

salam KerajaanRakyat:

Dr. Haron Din mempersoalkan kenapa dia yang buat muhabahalah?? Sepatutnya DSAI yang kena buat pasal di yang kena tuduh...orang yang menuduh hanya menyediakan SAKSI untuk menguatkan tuduhannya kepada OKT... siapa yang suruh dia buat agaknya....MUSYKIL, MUSYKIL...

melayuangkat berkata...

Assalamualaikum Anak anak semua,

Tak usahlah kita semua bimbang.

Allah swt maha mengetahui SIAPA sebenarnya yang bersalah atau benar.

Saiful ada hak untuk bersumpah kerana dia dipihak yang benar pada diri dia.

Anwar Ibrahim tak nak bersumpah pun hak dia, katanya nak rujuk ke Mahkamah, walaupun dulu dia jugak yang kata mahkamah di Malaysia ini tak boleh dipercayai.

Nak buat apa kita pening pening kepada, bila telah terucap Nama nama Allah swt yang suci dalam 'game' ini, InsyaAllah akan terselah juga lambat laun kebenaran yang Haq.

WaAllahuAlam.

abe MIE 'TERJAH' berkata...

http://pkrpasdap.blogspot.com

kira puteri UMNO kena raba syok juga. Kan 'penyokong' Anwar nie memang kaki filem blue (porno).

Minta-minta dan berdoalah supaya-jangan anwar raba buntut Haji Hadhi atau Lim Guang Eng cukuplah. Mat Sabu dah tak masuk dekat.

Nanti masuk majid kena bersumpah, siapa nak percaya. Dato Harun Din pun bunyi dah semacam, tapi dia tak suruh Anwar bersumpah pula.

Nik Aiz jadi boneka sahaja. Hishamuddin ke Kelantan bantu sekolah pondok dan sekolah Islam dengan memberi bantuan kepada pengajar dan keperluan sekolah, SEDANGKAN ANWAR TIDAK BERBUAT APA-APA SEMASA MENJADI MENTERI PELAJARAN DAN MENTERI KEWANGAN dahulu.

Politik, tidak ada yang mustahil kata TDM dan MB Kedah-PAS.

Biar pengundi mengajar yang mana satu pemimpin Islam dan yang mana pemimpin ASLAM.

nota-sejak Anwar dibebaskan, melayu dah kurang ajar, tiada adab dan tidak bertamadun. Cina dan India nak mampuskan Melayu. DAHULU KITA HIDUP AMAN DAMAI. Sekarang? Pelabur pun tak masuk. Janji pilihnaraya entah kemana?

Pengundi akan menilai semua ini, insya allah.

"sesungguhnya Allah sudah menetapkan ketentuan-ketentuan atas makhluk-makhlukNYA lima puluh tahun sebelum mereka diciptakan. (HADIS NABI)

man_helang berkata...

bro...ha ha ha ha...terhibur aku baca entri ko nih...cam cite komidi melayu plak....ha ha ha

Malaysia oh Malaysiaku


RAKYAT YANG BERHAK MENERIMA PEMBANGUNAN