Selasa, 26 Ogos 2008

PROPAGANDA MAKAN TUAN

"Dari Permatang Pauh ke Putrajaya.......???" Syabas DSAI dengan majoriti lebih 15,000, kembali menjadi MP selepas 10 tahun.

Kehebatan Pilihanraya kecil Permatang Pauh mencatatkan sejarahnya tersendiri dan dinobatkan paling hebat sejak setakat ini dan jika diulangi sekali pun mungkin tidak akan sama suasananya. Syed Hamid Albar menganggap "Pilihanraya Paling Ganas". Apapun pilihanraya kali ini telah memperlihatkan kekuatan jentera masing-masing.

BN yang boleh dianggap mempunyai jentera paling lengkap telah menggunakan segala kekuatan yang ada dari segenap sudut termasuk propaganda menggunakan media massa dan eletronik sehingga kepada agensi-agensi kerajaan. Manakala PR hanya bergantung kepada laungan kempen isu-isu Nasional dan sedikit bantuan dari akhbar2 rasmi pihak pembangkang dan tidak kurang juga bantuan kempen percuma dari blog-blog yang pro kepada PR.

Namun kalau dilihat dari alat media yang dimilikinya terutama stesen2 TV yang dikuasainya, BN boleh dikatakan sepanjang sebelum pilihanraya lebih banyak membuat propaganda. Namun hasilnya dilihat seperti memakan diri sendiri (menafikan kenyataan dari blog WacanapascaPRU12 - klik sini) terutama isu liwat dan sumpah laknat yang diulang2 sehingga saat terakhir hari menggundi. Akhirnya 26 Ogos 2008 telah membuktikan BN sememangnya gagal sepertimana yang telah rakyat tunjukkan pada PRU12. Manakala sokongan kepada PKR majoritinya bertambah (klik sini) mengatasi rekod Datuk Seri Wan Azizah itu sendiri.

Berikut beberapa propaganda BN yang dapat dikutip yang mungkin untuk dipostmortem oleh BN:

dari BERITA HAIRAN
1. Pembangkang kian terdesak
2. Anwar dituduh meliwat lebih wajar bersumpah
3. PKR terlalu agungkan Anwar, bersikap samseng
4. Era Anwar jadi PM berakhir'
5. 'Cina, India perlu BN'
6. Shahrizat dakwa pemimpin PKR 'si Tanggang'
7. Anwar pernah desak Sabah lulus lesen judi
8. Pembangkang tak layak memerintah
9. Analisis: Pakatan Rakyat ghairah impian tawan Putrajaya
10. 9,000 ahli silat lincah janji undi calon BN
11. Kempen Pakatan Rakyat makin merosot.
12. PKR politik khutbah
13. Harga minyak turun bukti kerajaan tunai janji: TPM
14. Kerajaan BN tetap kukuh: PM
15. 'Penasihat PKR bersikap gergaji dua mata'
16. Analisis: Peluang BN makin cerah

dari UTUSAN MELOYA
1. Ladang babi mega tetap dilaksanakan
2. Najib lafaz sumpah tidak kenal Altantuya
3. Isu Melayu: Anwar perlu perjelas pendirian
4. Siapa Anwar, siapa Asghar Ali?
5. Dulu Anwar cakap lain, kini lain pula – Hisham
6. 200 Ahli PKR keluar parti.
7. Satu 'pembohong besar' Anwar - Musa Aman
8. Anwar dakwa pemimpin asing sedia bantu beliau
9. Anwar main politik bahaya – Ezam
10. 'Anwar gadai maruah negara'
11. Politik silap mata Anwar
12. PKR ibarat 'Si Tanggang'
13. Ezam dedah Anwar beri tender RM15 bilion kepada rakan


dari AGENDA DAILY
1. Demi politik....Anwar fitnah Najib amal agama Hindu
2. Nalla gembira disaman Anwar...baru boleh dedah semuanya di mahkamah
3. Anwar jadi 'pak turut' DAP
4. Anwar ambil RM60 juta duit judi – Nalakaruppan
5. Dakwaan cuba ‘kacau bini’…Timbalan Menteri cabar Anwar saman
6. Tuduhan pembangkang makan diri


Antara yang paling menarik:
1. Permatang Pauh Medan Untuk "Kuburkan" Anwar - Khairy Jamaludin.

TIDAK TERMASUK ARTONGGENG (RTM) DAN TV3SUKU DAN LAIN-LAIN STESEN TV YANG SEKAWAN DENGANNYA YANG BERULANG-ULANG MENGELUARKAN ISU SUMPAH DAN RASUAH EXCO PERAK YANG AKHIRNYA MEREKA YANG KENA SUMPAH....

"Kemenangan DSAI ini disifatkan para pemerhati adalah bukti kehebatan peribadinya juga satu lagi bukti bertapa merosotnya kepercayaan rakyat kepada UMNO. Sekiranya UMNO dapat mempelajari sesuatu dari pilihanraya ini, mungkin ianya masih lagi terus mempunyai masa depan. Sebaliknya jika tidak, rakyat akan lebih bergantung pada karismatik yang ada pada DSAI, di saat di mana beliau sedang meneruskan perjuangan untuk membawa Pakatan Rakyat ke puncak kuasa".

16 ulasan:

Harimau-Menaip berkata...

Biar kali kedua, biarlah 'mereka' itu ingat selama-lamanya dan tidak lupa lagi.

Master Yoda berkata...

Salam sedara cendawan,

Firstly,alhamdulillah,segala yg berkaitan ngan by election kat PP dh selesai...

Tahniah tuk DSAI atas kemenangan beliau...

Harap2,DSAI can walk his talks for kesejahteraan ISLAM dan masyarakat Malaysia khasnye...

Tuk DAS,takpe,2012/2013 nnt,leh try nasib lagi...

Klu Datuk join Panji Bulan Purnama,lagi bgus...Cukup2 la tue ngan Panji Keris...

Bg aku,faktor2 kekalahan BN, senjata makan tuan...

Udah2 la kuarkan brite berat sebelah...

Tak serik2 lagi ke mase PRU 12 hr tu, la ni kene lagi...

Adui,skang ni generasi yg celik IT..

Setakat gebang kemas,merapu ntah pape kat TV ke radio ke suratkabar ke,org kan muak dan cari blog dan media alternatif tuk check and balance...

So,nasihat aku,klu ase2 nk TERKUBUR TRUS mase PRU 13,repeat la lagi taktik tu ye pemimpin2 Panji Keris merangkap Dacing Tak Seimbang...

melayuangkat berkata...

Assalamualaikum Anakku Cendawan Melayu,

Tahniah kepada kamu kerana Pemimpin Idola kamu menang. Adat bertanding, ada yang menang, ada yang kalah.

Mak Cik rasa PR pun ada propagandanya masing masing. Kalau tak percaya baca saja blog Rocybru dan geng geng dia pun sudah cukup. (Blog blog kita ni semua tak propaganda macam mana pun.)

Kalau PKR tak de propaganda mengapa sampai ke USA pun tahu segala apa yang berlaku. Apa lagi Indonesia, Fillipina.. Tentu US senyum puas Anwar menang. Ialah rezeki masing masing, di tangan yang Esa.

Cendawan,

Bagi Mak Ciklah, Cendawan dan kawan-kawan semua boleh cakap apa pun pasal BN, tapi ingatlah 'Sumpah Laknat' Saiful itu bukan propaganda atau boleh dan patut dimasukkan dalam kategori propaganda.

Ingat, jangan sekali-kali 'WaAllahi WaBillahi WataAllahi' itu juga dikategorikan sebagai propaganda walaupun keluar dari mulut Saiful atau sesiapa sahaja.

Bukan apa, Mak Cik cuma ingatkan kamu dan rakan rakan bloggers kamu; kita takut nanti kalau diLAKNAT Allah tidak kiralah pada Saiful atau Anwar sendiri, kita tak pasal pasal terkena tempiasnya!!

Laknat Allah swt cukup dahsyat, sesuatu yang tidak boleh kita uraikan dengan prasa apa pun dan itulah kita doa dan mengharap setiap hari supaya mendapat RahmatNya yang bermakna juga jauhkan kita dan keluarga dan keturuann dari LaknatNYA!!

Mak Cik dah rasa sejak lahir UMNO. Pemerintahan UMNO/BN. Umat Melayu kini hendak sangat perubahan kerjaan campuran PKR, Hindraf, DAP dan PAS. Tidak lama lagi katanya ada katak katak yang akan lompat supaya ianya berlaku.

Rasalah, rasalah wahai anak cucu Bangsaku..rasa pula Kerajaan PR yang dikatakan akan lebih menjamin masa hadapan Negara. Pada diri tua ini, yang paling beruntung dengan adanya Anwar di Parlimen selain dari keluarga dan sanak saudaranya adalah DAP.

DAP semakin rapat dengan impiannya sejak 1957 Malaysian Malaysianya.
Ironinya Impian DAP ini orang Melayu yang tolong realisasikan!! DAP tak buat apa pun.

Tahniah juga pada DAP!! Lee Kwan Yew di Singapura yang sama parti dengan Lim Kit Siang, pun tersenyum agaknya dan mungkin berkata "Kalau dari dulu kau orang ikut style aku kan bagus, tak lah kau orang Melayu berpecah belah teruk macam sekarang"

kulatlapok berkata...

salam:
1. Harimau Menaip: Itulah hasil yg mereka perolehi semula.

2. Master Yoda: Mereka telah menggunakan seluruh kekuatan yag ada. Itulah kuasa yang ada pada mereka.

3. Makcik yg budiman: DSAI memang menjadi idola saya sebelum ianya dipecat oleh Tun DM, karismatiknya dari dulu sehingga kini telah menyerap dalam jiwa saya dan juga para penyokong2nya yg lain.

dalam bab lain yg lebih serius, sebenarnya saya juga ada sedkiti merasa kebimbangan apa yg dilontarkan oleh Makcik dan kemungkinan juga ada kebenarannya. Apa pun saya berharap moga DSAI kali ini lebih berhati2 dalam perjuangan seterusnya terutama pakatan bersama dengan DAP yang dlihat cuba bermain api..bimbang DSAI akan diheret sama dalam isu agama dan negara Islam.......Wallahualam

Saya hargai nasihat Makcik, terima kasih

awareness berkata...

aku setuju dgn kulat lapok! makcik sudah2 lah cakap pasal sumpah laknat si sepol tu, pada aku ia tak releven lg apatah lg ia mmg overule mufti2 kite ni (mufti yg kene paksa mcm mufti KL tu lain citer la), pada aku skrg ni mcmana kiter sbg rakyat make sure yg pakatan rakyat ni tidak menjadi "BN ke 2"...segala agenda dan perancangan hendak kita halusi mana yg tak betul kiter betulkan, mana yang zalim kita sanggah, pasal DAP tu aku pun ada awareness gak, ye betul PAP tubuhkan DAP secara halus utk malaysian malaysia tp kita harus igt, dgn pakatan rakyat kita ada check and balance, kalu DAP usul, PAS akan check, kalu PAS usul, PKR and DAP and check...dgn BN apa ada? KJ yg terang2 jual negara kita kat singapura tu yg berkuasa...tak ke tu pun salah satu agenda Malaysian malaysia, pada aku skrg ni malaysian malaysia lee kuan yew tu dah meresap masuk melaui KJ!!! tu pun kiter tak sedar lg ke...kenapa kiter dok risau kat Anwar, DAP yang takder kuasa lg tu, kenapa kiter tak risau kat KJ yg dah jual seluruh khazanah negara kat singapura!! igt selagi KJ berkuasa dan abodollah tu jd boneka, tak mustahil habis sume kepentingan negara dijual oleh KJ!! aku bukn cakap emosi tp aku risau skrg ni...pulau batu putih terlepas mcm tu je....apa KJ buat? mana semangat patriotik dia, apa menteri2 berkaitan buat?? skrg berebut2 org singapura masuk melaui wilyah iskandar, kat melaka berapa bnyk tanah org2 singapura tawan!! makcik tolong la pikir ni, tak payah tunggu DAP berkuasa pun habis sume harta benda tanah dan maklumat sulit negara dijual kepada singapura melalui sapa?? melalui KJ? sapa KJ ni? menantu PM? sapa PM tu? Abodollah kuat tido? dan igt! aku pun takkan serahkan negara aku ni bulat kat anwar mcm tu jer, mulai dr sekrg takder sorg pun yang ada dalam comfort zone, sbg pemimpin diaorg kena buktikan yang mereka nu telus, jujur, amanah...tak kira apa parti la makcik BN ke, DAP ke, PKR ke, PAS ke...kalu mereka tu zalim kiter kena sanggah....so jgn ikut emosi dan perasaan kalu berbicara makcik...gerakan mengsigapurakan malaysia dah berjalan secara tak sedar di bwh jeneral khairy jamaludin yang .......semoga Allah pelihara negara aku ni dr pemimpin yang zalim! semoga Allah kutkan smgt dan takwa ulama2 malaysia...semoga rakyat malaysia sedar dan berfikir secara matang, bukan mengikut emosi...amin

kulatlapok berkata...

salam awareness,

Terima kasih ulasan anda, yang penting "check n balance" melengkapkan demokrasi dalam PR....seperti kata anda...."semoga Allah pelihara negara aku ni dr pemimpin yang zalim! semoga Allah kutkan smgt dan takwa ulama2 malaysia...semoga rakyat malaysia sedar dan berfikir secara matang, bukan mengikut emosi"........memang itu yang kita semua harapkan....termasuk nasihat Makcik...Wallahualam.

Tanpa Nama berkata...

AKu kikubarim el mohiya mmg percaya Anwar ada melalkukan kesalahan 'tu',tetapi aku ttp sokong diawalau apapun sbb dia ada kualiti utk memerintah negara....lgpun tu hal peribadi dia dan tuhan,tp bukan problem dia ngan rakyat,pi mampus la apa propaganda peribadi pun,yg penting di mmg wira negeri tumpah kelahiran aku.

melayuangkat berkata...

Salam Lagi semua terutamanya Awareness,

Memang bagus sekali Awareness ini, sifat yang patut kita semua ada dalam diri.

Kalau PKR boleh kontrol DAP, baguslah.

PKR boss, DAP dan PAS parti komponent saja.

Awareness,

Mak Cik bukan nak sebut sebut pasal Saiful tu, tapi pasal SUMPAH LAKNAT dia tu. Ini bukan hal main main. Bila dah masuk bab Yang Esa ini kita kena hati hati. Kamu semua masih muda, perjalanan hidup itu masih jauh, InsyaAllah.

Dan sepanjang hayat itu, selagi masih ada, kita amat perlu pada Taufik, Hidayah Allah swt dan dijauhkan dari apa apa murka dan laknatNYA. Itu saja.

Tentang kamu semua nak sokong siapa itu HAK mutlak masing masinglah tapi dalam sokong sokong pun hati hatilah. Itu sahaja.

Tanpa Nama berkata...

salam

saya bersetuju dengan nasihat makcik agar kita lebih berhati-hati.tapi saya yakin DSAI pandai mengambil rentak

Cuma ntuk kes saiful tu, tak payah diperjelas.Jumhur mufti di Malaysia dah berpakat bahawa sumpah saiful tidak relevan selagi ianya tak melalui prosiding mahkamah.

seharusnya orang yang selalu mencanangkan sumpah saiful sebelum ni kena lihat dulu patutnya pendapat ulamak macam Sheikh Taha Jabir dan Sheikh Yusuf Qardawi.Sheikh Yusuf Qardawi pernah mengatakan beliau tidak percaya terhadap tuduhan yang dikenakan terhadap DSAI sejak dulu lagi (ayah kawan saya merupakan sahabat Sheikh Yusuf Qardawi sejak muda lagi dan pesanan ulamak ni disampaikan sewaktu beliau melawatnya di Qatar)

sepatutnya UMNO perlu mendengar pendapat ulamak terlebih dahulu sebelum melakukan tindakan yang bodoh.semoga masing-masing dapat pengajaran daripada peristiwa ni.

pemerhati rock

anakmalaysia berkata...

Hai tuan,

Strategist mereka memang lemah. Aku pun kadang2 menyampah lihat TV3 sebab terlalu berlebihan dalam laporannya.

paloi bin mulau berkata...

makcik,

sumpah sepol tu anta dia dgn Allah saja. Jika dia benar Allah akan beri balasan pada dia.

untuk kes mahkamah bukti kena jelas...bukan dibuat2. kalau sepol betol...tapi mahkamah tak dapt buktikan..nuar tetap akan dapat balasan dia nanti di akhirat. jadi apa kita nak risau. cuma kalau benda msh ada ragu2 kebenarannya...tepulang pada org ramai untuk berfikir.

AnakMudaParlimenBatu berkata...

Ini merupakan kejayaan atas usaha yang gigih oleh semua rakyat Malaysia yang tertumpu di Permatang Pauh. Inilah pengajaran yang patut diajar oleh puak-puak UMNO, tetapi semacam belum sedar lagi, mereka tidak relevan lagi, esok DSAI akan angkat sumpah, Terima Kasih Rakyat Permatang Pauh.

Rakan2
Jangan Lupa layari blog saya di http://khairilazuar.wordpress.com
bagi komen setiap artikel yang saya tulis. …ada artikel baru

mountdweller berkata...

sekarang apa yang saya mampu buat hanyalah ketawa.... kah...kah...kah!

abe MIE berkata...

http://pkrpasdap.blogspot.com

berapa hari lagi nak puasa. anwar dah menang kira menang juga walaupun dengan 'satu undi'.

dalam bulan puasa kita nak tengok berapa orang nak jadi katak kepada Anwar.

Kata TDM, kalau lompat, anwar kena ada wang banyak. Ada parti macam PAS mesti jual mahal sebab 26 kerusi PAS jadi ANmer kena bayar lagi. Kalau tidak PAS jadi 'bebas' di Parlimen tidak join Pakatan dan Anwar tidak boleh tubuh kerajaan.

tapi yang abe MIE dengar, Anwar hendak masuk UMNO dan cara inilah dia boleh jadi PM!!!

Ada banyak cerita saman dan kes Anwar di luar mahkamah. Anwar masuk Parlimen dengan 'badan yang busuk'.

Tanpa Nama berkata...

Saya bersyukur DSAI menang...kerana sekurang-kurangnya jika dia jadi PM dapatlah dia membuktikan kepada golongan melayu yang terlalu takut hilang hak-hak melayu jni yang dia tidak sebagaimana mereka anggap. Bagi mahasiswa/siswi tahun 98, yang mengikuti perkembangan politik melihat DSAI sebagai pemimpin yang bersih dari rasuah. Mungkin ini tidak dipersetujui oleh puak-puak BN, tapi sehingga kini tidak terbukti DSAI ambil rasuah, yang ada hanya tuduhan-tuduhan sahaja. Liwat, isu ini sebenarnya antara Najib dengan DSAI. Sebenarnya DSAI bukan menganggap Najib sebagai pesaing sebagaimana di dakwa Najib, tetapi Najib lah yang menganggap DSAI sebagai halangan beliau menjadi PM. DSAI pada dasarnya pantang melihat orang ambil rasuah dan mengkhianati rakyat..maka di tentang lah orang tersebut..isu liwat ni permainan BN, dulu DSAI angkat sumpah juga, ikut segala kehendak undang-undang, tapi zaman Tun M berkehendakkan DSAI disabit bersalah maka DSAI di anggap bersalah la..tapi zaman sekarang rakyat dan DSAI bukan bodoh lagi..tengok saja kes aduan salah laku Najib...sampai sekarang tak kecoh pun, tapi bila bab DSAI waktu tu juga kalau boleh nak siasat dah...kadang-kadang terfikir juga, dengan pengakuan Tun M dalam you tube yang DSAI ni tak bersalah dan keputusan mahkamah yang DSAI ni tak bersalah, kenapa Azizan tak di dakwa????persoalan seperti ini dapat di baca oleh rakyat yang sudah lama merdekakan minda tetapi tidak bagi yang fanatik BN.

Sebenarnya BN UMNO jadi mangsa, semua orang sayang parti ni, tapi selepas Tun, tiada siapa layak jadi pengganti, Pak Lah? tengoklah sekarang...Najib? Allahualam..lagi bahaya..so, DSAI lebih layak sebab dia ni pemberontak..tak mungkin orang luar spt US or Yahudi TAKLUK Malaysia sebagaimana ditakuti pro BN kerana saya yakin DSAI tidak akan membenarkannya malah hak-hak melayu lebih terjamin dengan adanya DSAI sebagai PM Malaysia...

Kepada rakyat Malaysia..pemimpin yang baik adalah pemimpin yang pernah merasai kesusahan. Oleh itu diantara semua pemimpin sekarang hanya DSAI sahaja yang merasai kesusahan maka biarlah Allah swt tentukan perjalanan politiknya...

SHANA

kulatlapok berkata...

salam Tanpa nama 13:43

Terima kasih sudi menziarah ke titipan Cendawan;

Saya hargai semua pandangan blogger ke titipan ini, tidak kira samada ianya pro atau tidak, hak rakyat bersuara perlu kita hormati.... .
sedikit tambahan daripada pandangan saudara....DSAI adalah mangsa tindakan TDM yang dipecat terus dari kerajaan SEBELUM MAHKAMAH memutuskan DSAI bersalah. TDM terlalu takut diancam oleh Timbalanya. Maka bermulalah aksi drama terhadap DSAI dari satu bab kepada satu bab....episod yang tidak boleh dilupakan oleh rakyat Malaya apabila 'Pengusungan Tilam' yang akhirnya isu tersebut diberhentikan serta merta oleh Agustine Paul setelah pihak peguambela berjaya menimbulkan keraguan isu DNA.... dan berbagai-bagai lagi isu yang dicipta.....inilah salah satu kenapa rakyat telah hilang kepercayaan kepada keikhlasan TDM dan lebih menjijikan apabila pengakuannya (TDM) sendiri dalam satu ceramah menyatakan DSAI TIDAK MELAKUKAN APA2 KESALAHAN LIWAT....itu sebenarnya hanya mainan politik semata...

Jadi kemenangan ini (Permatang Pauh) merupakan pengorbanan beliau yang terpaksa ditempuhnya sejak 10 tahun yang lalu. Semoga kemenagan ini juga bukanlah SIMPATI kepada apa yang berlaku pada dirinya tetapi KARISMATIK yang ada pada dirinya membuatkan rakyat mempercayai perjuangannya. Kepada mereka yang terlalu bimbangkan negara ini akan digadaikan oleh DSAI....ayuh!! mari kita buktikan dengan fakta kepada rakyat segala unsur2 yang akan membawa negara ini kepada penjajahan Yahudi, penghancuran bangsa Melayu, penaklukan bangsa asing dan berbagai2 lagi teori yang dicipta sejak DSAI dipecat dari UMNO. Kiranya benar..kita bangsa Melayu akan sendiri menghukum kedurjanaan DSAI melalui kebangiktan rakyat dalam pilihanraya akan datang....Wallahualam.

Malaysia oh Malaysiaku


RAKYAT YANG BERHAK MENERIMA PEMBANGUNAN