Rabu, 20 Ogos 2008

MEMALUKAN..!!


Dua anggota exco kerajaan negeri Perak ditahan bersama empat lelaki lain oleh Badan Pencegah Rasuah (BPR) kerana disyaki terlibat dalam rasuah berkaitan satu projek perumahan bernilai RM180 juta di Seri Iskandar, dekat sini. Mereka juga disyaki terlibat dengan rasuah seks, kata ibu pejabat BPR di Putrajaya dalam satu kenyataan hari ini (klik).

Pro: 1. Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mahu BPR membongkar kes salah laku rasuah di semua peringkat hingga ke pentadbiran kerajaan Pusat. (klik).

Pro: 2. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Nazri Aziz pula berkata: "Apa yang baru? Mereka telah bercakap mengenainya sepanjang masa. Kita hanya perlu tunggu BPR menyiapkan siasatan mereka tanpa sebarang campurtangan."

Kontra: 1.Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham berkata, 'Tindakan pantas" BPR bertindak dalam kes-kes yang membabitkan wakil rakyat Pakatan, tetapi mengapa BPR bertindak lambat dalam laporan terhadap BN tentang perbuatan rasuah mereka?" soalnya dan menyifatkan penahanan dua orang exco kerajaan negeri itu sebagai satu tindakan Barisan Nasional untuk melemahkan kerajaan negeri. (klik)

Ulasan:

1. Syabas Dato' Nazri telah bertindak "sepantas kilat" sehingga bakal bertempias ke Permatang Pauh..?? (Tindakan atau Strategi??)

2. Rasuah..?? Ini yang lomah tu.. baru nak berputik 'kerajaan bersih', dah pun buat tahi...(apapun tunggu keputusan mahkamah..)

Wallahualam..!!

14 ulasan:

melayuangkat berkata...

Assalamualaikum Cendawan,

BRP tangkap salah, tak tangkap pun Salah..

biarlah dia orang buat kerja...kan kata nakkan keadilan?

Master Yoda berkata...

Salam sedara cendawan,

Baguih benor la tangkap yg korup tue..

Klu dok lama2, tkut menjangkit kwn2 yg bersih...

Harap BPR tak pilih bulu...

Baik BN ke PR,disabitkan kesalahan,kasi taruk itu manusia dlm jail....

Tlg la ye efisien dan adil...

kulatlapok berkata...

salam Makcik Yang Budiman...

Betul kata ibunda ini.. biarlah BPR buat kerja depa.. kuasa dan amanah telah diberikan kepada mereka...so buatlah kerja yang seadil-adilnya...namun (ada pulak namun..memang ada saja tak setujunya..) BPR juga harus bertindak sama 'sepantas kilat' kepada setiap aduan yang melibatkan dari PR...Wallahualam.

kulatlapok berkata...

salam Master Yoda..

terima kasih intai disini..

sokong dan kredit pandangan hang...Harap BPR tak pilih bulu...
Baik BN ke PR,disabitkan kesalahan,kasi taruk itu manusia dlm jail.... tapi BN dah ada modal untuk ke Permatang Pauh..??

abe MIE berkata...

http://pkrpasdap.blogspot.com

RASUAH, tapi memalukan juga sebab bagi kat BN, melayu yang banyak, bagi kat PKR, melayu juga yang banyak.

Yang jarang kedengaran pasal rasuah PAS.

(nak tahu siapa yang terbalikkan bendera malaysia? jom ke website abe MIE) FREE aje

Kerajaan Rakyat berkata...

Salam saudara kulat,

Kiranya benar bersalah, sila dakwa dan hukum, tetapi jangan ada 'double standard'.

Bukan soal; tangkap salah, tak tangkap pun salah. Tetapi kenapa Rafidah Aziz dengan kes AP dibiarkan?
Samy Vello kes 'flyover' dibiarkan.
Khairy kes scomi dibiarkan.
Rahim Tamby kes rogol dibiarkan.
Khir Toyo kes tanah dibiarkan.

Saudara ku Kulat,

Tolong selongkar perkara itu one more time pls.

Salam takzim

kulatlapok berkata...

Salam Kerajaan Rakyat..

Teima kasih maklumat tuan yang padat..

Itulah cara mereka yang cuba menelirukan Rakyat Jelata, konon mereka yang mengamalkan.. Amanalan Bersih ,Cekap, Amanah.. Mereka pula mengamalkan "Baling Batu Sembunyikan Tangan" ..sehingga kini setahu saya kes tanah di Selangor smsa zaman kegemilangan Khir Toyo shingga kini rakyat masih tertunggu2...BPR jadi BISU pulak... tu baru di Selangor.. Wallahualam.

kulatlapok berkata...

salam Abie Mie...

Kalau dah tak ada kedengaran pasal Rasuah PAS.. maknanya tak ada keslah nak buat repot mcam ane..?? Takan saja-saja nak buat kes.. tu ari kes pengondolan tanah Pemuda UMNO dah buat laporan kepada BPR... tapi lahni tak ade pulak kedengaran Pok Nik dan exco Pas Kelnatan kena tahan atau sekurang-kurangnya beri keterangan kat BPR... BPR yang sekarang telah proaktif betindak sepantas kilat...Wallahualam

bulaz bujamil berkata...

Salam,

Tolak ke tepi soal kepartian.

Yang menjadi kemusykilan saya ialah kenapa orang melayu banyak ambil rasuah?. Sebelum ni KP dan TKP imigresen kena tangkap. Lepas tu pula pengarah di kementerian pelancongan. Kali ni exco kerajaan negeri. Semuanya melayu. Ini yang kita nampak. Mungkin banyak lagi yang kita tak tau.

Kenapa la cepat betul diorang ni gelap mata bila tengok duit banyak. Tak guna kerajaan bagi kenaikan gaji+elaun macam2 tapi akhirnya tetap ambil rasuah. Yang malu+buruk ialah orang melayu+ agama Islam.

Ingatlah perjanjian di antara sang sapurba dengan demang lebar daun, "raja adil raja disembah, raja zalim raja disanggah" (dalam konteks ni raja=pemimpin).

Tak hairan la kalau lepas ni orang melayu sendiri menolak pemimpin mereka yang suka buat perangai macam ni.

my berkata...

Salam,
Ni lah bangsa kita, bila diberi peluang. Disalah gunakan kuasa. Susah. Adakah melayu memang sinonim dengan rasuah? Tak bolehkah kita dipisahkan? Adakah bangsa lain memberi dan kita suka menerima? Melayu..melayu...

Jika dibandingkan dengan jabatan swasta yang boleh dikatakan ramainya lagi orang bukan melayu, jumlah kes rasuah adalah jauh sedikit dibandingkan dengan jabatan kerajaan yang rata-rata orang melayu penghuninya...

Sama-sama buat renungan...

Tanpa Nama berkata...

salam

"Dalam kenyataan kepada media semalam, BPR menyatakan bahawa dua EXCO telah ditangkap, sedangkan YB Jamaludin sedang berada diPermatang Pauh pada masa itu. YB Jamaludin hanya kembali keIpoh malam tadi untuk memberikan bantuan tetapi telah ditahan.

Begitu juga dengan kenyataan BPR mengatakan bahawa mereka ditangkap dihotel adalah satu pembohongan, sebaliknya kedua-dua Kapt (B) Usaili Alias dan Kapt (B) Osman ditangkap ketika sedang minum di Kluang Cafe, Ipoh Raya."

wasalam

man_helang berkata...

ha ha ha...abe mie...abe mie..politik murahan tul...ko sokong sebelah pihak jek...ko tgk si kulat ngan kerajaan rakyat punya komen...tulus...tak sokong yg salah walaupun dr parti yg disokong sendiri...jgn jd jumud la broooo

kulatlapok berkata...

salam kepada blogger:

Terima kasih atas ziarah kamu;

1.Bulaz Bujamil:Rasuah bukan perkara baru dan amalan telah ada sejak Pemerintahan Kesultanan Melaka yang berlaku pada Syahbandar pada masa itu... sila baca sejarahnya.. Rasuah bukan amalan Melayu tetapi ianya tidak mengira bangsa... pengamalnya dengan NIAT merasakan sesuatu keuntungan bagi dirinya..itulah RASUAH...Wallahualam.

2.My: Melayu bukan pengamalnya dan ianya berlaku kepada semua bangsa wahemah bukan sahaja di Malaya ini malah berlaku di seluruh dunia.. kiranya anda berada di Thailand, atau Indonesia yang pernah Kulat pergi..Rasuah berlaku secara terang-terangan didepan mata.. yang pastinya urusan mereka beres..pokoknya kita sendiri.. ada NIAT untuk melakukannya atau tidak.. Wallahualam.

3. Tanpa Nama 16:07: Kita semua masih dalam kesamaran. Adakah ini semua berlaku secara kebetulan atau dirancang sempena Pesta di Permatang Pauh?? Seperti kata MAKCIK, biar BPR buat kerojenya.. dan rakyat bakal menyaksikan keputusannya...Wallahualam

4. Man Helang: Pasal abie Mie ni memang aku No Komen.. tak tahu mana satu pendiriannya..Terima kasih brader Man atas nasihat dan ingat mengingati antara blogger semua...terima kasih

bulaz bujamil berkata...

Terima kasih saudara cedawan..

Sangat bersetuju dengan anda.

Tapi dalam kes-kes rasuah ini, nampaknya tangan yang memberi lebih SELAMAT dari tangan yang menerima :)

wassalam

Malaysia oh Malaysiaku


RAKYAT YANG BERHAK MENERIMA PEMBANGUNAN