Rabu, 13 Ogos 2008

10 TAHUN HIDUP TERABAI DI BAWAH PKR?



10 Tahun yang lalu sejak PKR menguasai Parlimen Permatang Pauh, kaum India di kawasan tersebut mendakwa kehidupan mereka masih berada ditakuk lama....

1. K.Komathy, 34 tahun seorang pekerja kilang yang tinggal dikawasan itu mendakwa selama 2 penggal tiada usaha yang dilakukan oleh Datuk Wan Azizah untuk meningkatkan ekonomi orang India disitu, jadi harapannya agar Ahli Parlimen yang baru (BN lah apa lagi) dapat mengubah nasib mereka.
2. Manakala jirannya pula, M.Siva, 51 tahun yang tinggal di kawasan tersebut sejak 30 tahun yang lalu mendakwa walaupun MP di situ silih berganti (30 tahun maknanya sejak pemerintahan BN dulu (termasuklah DSAI kot) kurang memberi perhatian kebajikan kaum India.
Kesimpulannya: Dua insan yang ditemuramah (oleh wakil wartawan BH) secara rambang ini memiliki dua penghidupan yang berbeza. Insan yang pertama adalah pengundi baru di bawah MP Keadilan yang dinafikan hak peruntukan pembangunannya untuk rakyat semasa pemerintahan BN (seperti mana2 MP atau Adun dikalangan pembangkang yang berada di bawah kekusaan BN) dan Insan yang kedua pula ialah pengundi lama yang telah hidup lama sejak di bawah pemerintahan BN sebelum ini. Maknanya insan yang kedua itu mendakwa sejak pemerintahan BN lagi (hampir 30 tahun) nasib mereka memang tidak terbela. So ada perbezaan pengalaman dua insan yang di temuramah oleh wakil BH ini yang nampaknya "membuka pekung didada...." Wallahualam..untuk pengundi Permatang Pauh.....Lu pikiaqlah sendiri..!!!
rujukan: BH-13Ogos 2008

6 ulasan:

Harimau-Menaip berkata...

Salam Bang;

2 X 5 = 10
5 X 2 = 10
sama je.

melayuangkat berkata...

Salam Cendawan Malaya,

Apa bezanya kalau dulu bawah DSAI dalan BN atau lepas itu bini dia? Kan family affair namanya. Permatang Pauh KAMI punya.

Achi achi tu pun kena maklum, walau siapa pun yang menjadi ADUN atau MP di situ tentulah tak boleh jamin nasib semua orang terbela dan terbelai dari segala aspek kehidupan.

Mungkin kali ini undi pula AKIM. Mana tahu nasib akan lebih terbela dan terbelai dengan sesempurnanya. Semua Perfect.

kulupSakah berkata...

anggap macam tonton gusti je..sorak mesti lebih, cakap mesti banyak, lawan macam betul tapi.....semuanya sarkis!

matcomot berkata...

BN perintah pun tara papa.makin papa ada la

abe MIE berkata...

http://pkrpasdap.blogspot.com

LAWYER BURUK katakan.

DUlu suruh HINDRAF bela India, mana pergi HINDRAF selepas berjaya di Parlimen?

Dia hendak suruh Wakil rakyat kasinya wang RM1juta ke? mana Anwar ada duit. Minta duit orang adalah.

Kalau BN tak tahu lagi, mungkin ada.Kalau tak dapat sejuta pun paling kurang TAK PERNAH MEMINTA SEDEKAH MASA CERAMAH, MUNGKIN BAGI WANG PULA GAMAKNYA.

kulatlapok berkata...

salam;

1.Harimau Menaip: Pimai pimai dok tang tu gak

2.Makcik : Betul seperti kata Harimau.. tapi pembangkang bawah BN selalu dianaktirikan (budget selalu kena potong)

3.KulupSakah: Tengok gusti, tangan mengenggam tapi tak dapat lepaskan geram..

4. Matcomot: Politik untuk gimik sahaja.

5. Abe Mie: Tak faham maksud anda..

Malaysia oh Malaysiaku


RAKYAT YANG BERHAK MENERIMA PEMBANGUNAN