Rabu, 20 Ogos 2008

'MUHABAHALAH'....PEMIMPIN AGAMA PULAK BERCELARU

1. Mufti Perlis: Pegang Al Quran masa sumpah salah tapi lafaz sumpah sah.
2. Haron Din persoal sumpah libatkan keturunan.
3. Ulama Pulau Pinang tolak sumpah Saiful, mahu Mahkamah Syariah dengar kes liwat.
4. Dr. Haron Din: Sumpah "muhabahalah" ini yang sepatutnya dilakukan oleh DSAI iaitu orang yang kena tuduh.
5. Datuk Seri Abd. Hadi Awang: Li'an adalah sumpah yang melibatkan suami isteri. "Tetapi Anwar dan Mohd Saiful bukan suami isteri. Cara sumpah guna al-Quran juga seperti amalan Kristian yang gunakan Bible untuk bersumpah.
6. Peguam Syarie: Saiful harus kemuka keterangan di mahkamah, bukan di publik.
7. Sumpah Saiful tidak tiru cara Kristian - Mufti Wilayah Persekutuan.
8. Muhyiddin: Tiada pihak boleh manipulasi lafaz sumpah.
9. Najib: Terpulang kepada umat Islam menilai sumpah Saiful.
10. Mufti Perlis: Sumpah Saiful risiko teramat besar.
11. Mahathir cabar Anwar turuti langkah Saiful bersumpah
12. Tuan Guru Nik Aziz tegaskan sumpah Saiful cara Kristian

ANTARA KENYATAAN PEMIMPIN2.......
MANA SATU YANG BOLEH DIPERCAYAI ...????

Aduh..! aduh..! rakyat semakin pening dibuatnya. Nampaknya soal sumpah Muhabahalah si Saiful semacam menimbulkan bala pulak kepada pemimpin2 Melayu di negara kita terutamanya kepada pemimpin2 agama. Mana satu yang betul..?? Rakyat semakin keliru yang ditimbulkan oleh pemimpin2 agama ini. Sebelah pihak kata tidak sah, ikut kristian/yahudi, tidak menepati kehendak Islam dan berbagai2 lagi. Manakala sebelah pihak pulak pro. Kesemua mereka ni bukan calang2 ilmunya. Semuanya ada autority pasal agama. Tapi kenapa perlu ada PRO dan KONTRA..??

Wahai pemimpin agama negara ini..jangan cuba mengelirukan rakyat negara ini khususnya umat Islam. Namun apa yang menariknya cuba kita lihat kenyataan2 yang dikeluarkan oleh pemimpin ini. Yang mana satu PRO dan KONTRA..?? Maksudnya orang itu mudah kita kenal iaitu orang BN atau PR...Wallahualam.

6 ulasan:

melayuangkat berkata...

Assalamualaikum Anakku Cendawan Malaya,

Tak usah pening pening kepala hal sumpah laknat ini.

Senang aje..saiful telah lafaz nama nama Allah "WaAllahi Wabillahi Watauallah".

Kita terima sumpah dia sebab ini NAMA NAMA suci Allah dan kita tahu dia akan tanggung risko yang amat tinggi selama hayatnya.

Dia hendak buktikan dia benar.

Jangan kita pertikaikan sebutan dan sumpahan dengan nama nama suci ini.

Mak Cik berpegang pada nama nama Allah ini, tidak apa yang nak dikelirukan.

Kita tidak ada apa apa kepentingan dalam isu ini. Kita orang awam, macam Mak Cik ni dari dulu lagi diajar, jangan main main dengan Nama nama Allah.

Jangan sekali-kali, dan jangan takut apa apa pun jika kita dipihak yang benar.

WaAllahuAlam.

mountdweller berkata...

Pemimpin Agama yang mengguna dan menurut Alquran dan Hadith sahaja yang boleh dipakai bukannya Pemimpin Agama yang mengikut kitab politik atau kitab ekonomi.

Kita yang bukan ahli agama ini pun kena bejar secara betulnya supaya kita tidak tertipu oleh manusia-manusia rakus yang menggunakan sentimen agama untuk mencapai matlamat.

Kalau dah terang-terang tokoh itu pentingkan RM bersandarkan politik maka sudah tentu pendapatnya dan pandangannya karut dan berkepentingan!

abe MIE berkata...

http://pkrpasdap.blogspot.com

sumpah macam BALA baru betul... kalau semua salah, tanya paderi dan samy hindhu macam mana nak sumpah dengan betul.

bodoh betul. kalau tak pakai al-Quran nak guna apa? junjung harakah ke?

sekarang persoalan kenapa anwar al-juburi tak mahu sumpah???

Harimau-Menaip berkata...

Tuan Cendawan;

"jangan main main dengan Nama nama Allah."

Saya bersetuju tetapi bersetujukah orang yang bersumpah itu?

Tanpa Nama berkata...

salam

"Dalam kenyataan kepada media semalam, BPR menyatakan bahawa dua EXCO telah ditangkap, sedangkan YB Jamaludin sedang berada diPermatang Pauh pada masa itu. YB Jamaludin hanya kembali keIpoh malam tadi untuk memberikan bantuan tetapi telah ditahan.Begitu juga dengan kenyataan BPR mengatakan bahawa mereka ditangkap dihotel adalah satu pembohongan, sebaliknya kedua-dua Kapt (B) Usaili Alias dan Kapt (B) Osman ditangkap ketika sedang minum di Kluang Cafe, Ipoh Raya."

wasalam

kulatlapok berkata...

salam tanpa nama..2008 Ogos 2116:02

Rasanya anda copy n paste silap post...??? Tiada kaitan dengan ulasan saya..

Malaysia oh Malaysiaku


RAKYAT YANG BERHAK MENERIMA PEMBANGUNAN