Ahad, 24 Ogos 2008

SINDROM MUSIM BERSUMPAH

Aku sumpah kauorang semua jadi "Sesumpah" macam aku...



Saya bersumpah Wallahi, Wabillahi... saya cabar pula MB Perak, Dato' Nizar bersumpah......

(gambar dari Koleksi TV3 oleh Pemuda Pelapis (klik sini))

TAK TAHULAH APA NAK JADI DENGAN BANGSA MELAYU ISLAM SEKARANG? LAHNI DAH JADI MUSIM BERSUMPAH.

1. KES BERAT DSAI DAN SI SAIFUL TAMPAN DAH PUN KETAHUI UMUM DENGAN SUMPAHNYA DI MASJID DENGAN BERSAKSIKAN IMAM BIDAN TERJUN.

2. DI PERMATANG PAUH PULAK, DATUK SRI NAJIB DAHPUN MELAFAZKAN SUMPAHNYA DISAKSIKAN IMAN MASJID TERSEBUT UNTUK MENEPIS TOMAHAN BAHAWA BELIAU TIDAK TERLIBAT LANGSUNG DENGAN GADIS CANTIK MENDIANG 'ALTANTUNYA'.

3. YANG TERBARU PULAK, MANTAN MB PERAK, DATO' TAJOL ROSLI TELAHPUN MELAFAZKAN SUMPAH BERSAHAJANYA TANPA DISAKSIKAN PULAK MANA2 IMAM (HANYA DISAKSIKAN WARTAWAN TERMASUK BUKAN ISLAM) UNTUK MEMBERSIHKAN DIRINYA TIDAK TERLIBAT ATAU "DALANG" DISEBALIK PENANGKAPAN 2 EXCO PERAK. PAS TU DATO' TAJOL ROSLI PULAK MINTA MB PERAK, DATO' NIZAR AGAR TURUT BERSUMPAH.

4. INI TIDAK TERMASUK SUMPAH YANG TIDAK BERSAKSIKAN IMAM SEPERTI SUMPAH BALASUNDRAM YANG MEMBAWA BALA SEHINGGA 2 KALI SUMPAH TERUS JE GHAIB DAN SUMPAH DR. YANG MERAWAT SI SAIFUL (NASIB BAIK DR. TU TAK LIWAT DIA) SAMPAI TAKUT NAK PERGI KERJA.

AGAKNYA ORANG MELAYU KALI INI DAH KENA "SUMPAH SESUMPAH". ASAL ADA SAJA JE PERKARA YANG BERSELISIH FAHAM, MULALAH TUDUH MENUDUH DAN AKHIRNYA MINTA BERSUMPAH. KEJAP2 MINTA BERSUMPAH. ASYIK MINTA BERSUMPAH JE AKHIRNYA JADI BASI..... SUMPAH AKAN JADI SAMPAH.... WALLAHUALAM.

14 ulasan:

abe MIE berkata...

http://pkrpasdap.blogspot.com

kenapa PKR tak mahu bersumpah?

PKR hantar India aje bersumpah...kenapa?

SUsah ke nak bersumpah? Salah ke bersumpah?

bagaimana hendak mempertahankan diri dikala orang menfitnah kita? dengan bersumpah salah satu caranya.

Biaqpila berkata...

tiga suku betul la tv ni. sumpah yg takdak nilai berita disiarkan. yang aku heran apa pasal depa ni dok main dengan sumpah ni. dok cabar org tu org ni sumpah apa hal? biaqpila.blogspot.com la org tu nak sumpah ke tak. kalau nak bersumpah biarlah dengan kerelaan hati nurani. malu betul kat dunia. malu kat sesumpah.
http://www.biaqpila.blogspot.com

biaqpila hensem berkata...

tiga suku betul la tv ni. sumpah yg takdak nilai berita disiarkan. yang aku heran apa pasal depa ni dok main dengan sumpah ni. dok cabar org tu org ni sumpah apa hal? biaqpila.blogspot.com la org tu nak sumpah ke tak. kalau nak bersumpah biarlah dengan kerelaan hati nurani. malu betul kat dunia. malu kat sesumpah.
http://www.biaqpila.blogspot.com

kulatlapok berkata...

salamblogger. TQ datang menjenguk..

1. abie Mie: Sumpah hanya suatu bentuk mirip spritual...hanya lafaz dan saksi yg menigiktiraf lafaz...itu sahaja. Keputusannya hanya dia dengan Yang Maha Esa...
bukti fizikal tiada...?? Terpulang kepada orang ramai untuk menilainya.
2. biaqpila: lahnipun sumpah dah jadi macam satu gurauan dan mainan perbualan..budak2 pun aku dnganr sambil bermain je sumpah2. itu tak masuk lagi sumpah seranah...

melayuangkat berkata...

Assalamualaikum Anakku Cendawan Melayu,

Zaman terus berubah, apa nak buatkan?

Zaman orang dah tak percaya pada Mahkamah takut ada pula manupilasi jadi nak menguatkan kebenaran pada pihak yang satu lagi, dia bersumpahlah.

Pak Imam pun ada yang bidan terjun ke?

Sekali lagi zaman dah berubah.

WaAllahuAlam.

Sama-samalah kita terus berdoa dan berdoa semoga Allah swt Ampunkan segala dosa kita semua dan terus melimpahkan kita semua dengan Taufik dan Hidayah yang berterusan. Sentiasa kita semua didalam Rahmatnya. Amin!

kulatlapok berkata...

salam Makcik..

Terima kasih menziarah Cemdawan..

Kepentingan diri mengatasi segalanya...kehidupan seakan menjadi semakin konfliks... selagi hidup, manusia itu sentiasa diuji olehNya....Wallahualam

Nasihat Makcik menjadi teladan dan sempadan..Tq.

Master Yoda berkata...

Salam sedara cendawan,

Sokong la komen makcik..

Zaman skang,ape2 pon beres,lantak la ape nak jadi,asalkan "fulus masyuk dan mari"..

Ingatlah pada Pencipta alam semseta ini, boleh larikah kita di Padang Mahsyar nanti, tatkala amalan2 didunia menjadi saksi,akibat tamak dan buta "fulus masyuk dan mari"

Lu piki la sendiri....

kulatlapok berkata...

salam master yoda..

singgah juga ko ke sini..tq.

Memang benar dan tidak boleh dinafikan...nauuzubillahminzalib..!

hafiz berkata...

hahah sekarang Ramlang Poligi sudah mengaku diperguna UMNO! satu lagi projek temberang umno ditelanjangkan!

Kerajaan Rakyat berkata...

Salam Kulat,

Kalau dengan segala apa yang ALLAH
tunjukkan ini ahli dan penyokong UMNO masih tidak sedar, maka sahlah mereka telah dibutakan hati. Maka kekallah mereka dalam kesesatan.

Saya hormati semangat juang saudara.

Salam takzim

kulatlapok berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
kulatlapok berkata...

salam Kerajaan Rakyat,

Terima kasih tuan...sandiwara ini bukan baru...rakyat tidak boleh dibohongi lagi...imam yg jadi saksi pulak dah buat pengakuan...pusingan pertama kita dah lihat...insyaallah kebenaran di depan mata.

Tanpa Nama berkata...

Saiful tu bersumpah sebab dapat duit, Najib tu kemaruk jadi PM, tapi antara Saiful ngan Najib, aku harap Najib kena sumpah laknat kerana gambar dia dengan Altantuya dan Razak Baginda tengah makan malam dah tersebar luas..DSAI tahun 1998 pun bersumpah gak tapi orang tak percaya juga..sekarang dia tak bodoh lagi...

kulatlapok berkata...

salam Hafiz dan tanpa nama 16:07..

Apa yang penting kita tunggu keputusan dari mahkamah pulak...

Malaysia oh Malaysiaku


RAKYAT YANG BERHAK MENERIMA PEMBANGUNAN