RAKYAT YANG BERHAK MENERIMA PEMBANGUNAN

Sabtu, 30 Januari 2010

BRAVO DATUK MOHD ALI RUSTAM..

Para nelayan yg ditahan tidak dapat menahan perasaan gembiranya semasa pertemuan singkat dengan Datuk Ali Rustam di Bengkalis.
Seorang Dr, di bawa khas dari Melaka untuk memastikan tahap kesihatan nelayan yg ditahan

Datuk Mohd Ali Rustam, siapa tak kenal pemimpin negeri Melaka ini yang pernah mengeluarkan pelbagai idea pelik sehingga mencetuskan kontroversi. Antaranya ialah larangan agensi kerajaan negeri melawat ke negeri Kelantan suatu ketika dahulu sehinggalah kepada anugerah Datuk kepada bintang Bollywood, Pak Shah Rukh Khan. Manakala cadangan pembangunan negeri pula, beliau juga tidak terlepas menerima kecaman dari pelbagai pihak khususnya dari pembangkang dan tak terlepas juga dari pesaing-pesaing politiknya yang menganggapnya banyak pembaziran serta menambahkan lagi bebanan hutang pada kerajaan pusat.
Kekadang dalam banyak hal, aku juga tidak terlepas antara yg tidak sehaluan dengan gaya kepimpinannya terutama jika melibatkan kepentingan masyarakat Melayu yang gagal beliau atasi. Apatah lagi jika ianya dimualkan pula oleh kroni-koroninya yang bersikap 'lebih sudu dari kuah'. Mereka sanggup bertindak rakus dengan menyekat urusan2 perniagaan tertentu serta menyenarahitamkan mereka yang tidak sehaluan dengan kerajaan negeri yang kebanyakannya melibatkan kaum Melayu.
Namun begitu, tidak ramai yg tahu dari segi sifat kemanusiaannya, memang tidak dinafikan beliau seorang yg perihatin dan peka dengan pemasalahan yg dihadapi oleh rakyatnya. Sebut sahaja bencana, pasti beliau akan muncul serta disusuli dengan beberapa tindakan yg drastik bagi mengatasinya dengan cepat. Satu contoh seperti yg terjadi dengan seorang kawan aku pula apabila masalah aduanya dengan pemimpin tempatan tidak dipedulikan. Namun setelah kawan aku tu berjumpa sendiri dengan beliau, keesokan harinya beberapa pegawai dari kerajaan negeri muncul dirumahnya untuk membuat siasatan aduannya.
Manakala baru-baru ini, Datuk Ali juga dengan pantas telah bergegas ke Bengkalis, Indonesia setelah mengetahui enam nelayan dari Pantai Puteri, Melaka telah ditahan oleh pihak berkuasa Indonesia kerana mendakwa menceroboh negara jiran itu. Pada pertemuan hampir sejam di sana , Datuk Mohd Ali telah memberi jaminan akan berusaha membebaskan mereka secepat mungkin selain menyampaikan sumbangan dalam bentuk pakaian, makanan dan wang tunai RM200 seorang. Bukan itu saja, nelayan terbabit turut diberi rawatan perubatan oleh pakar dari Pusat Perubatan Putra, Dr Malik Feisal Ayob, yang turut serta dalam misi berkenaan.
Itulah Datuk Mohd Ali Rustam, seorang pemimpin yg dianggap 'Arkitek Pembangunan Negeri Melaka' sehingga membawa Melaka sebagai distinasi pelancongan yg terkenal di Asia Tenggara. Memang tidak dinafikan, adakala gaya kepimpinannya tidak ramai yg sehaluan dengannya termasuklah aku, dan tidak kurang juga ramai yg mengipasnya untuk tujuan2 tertentu. Apa pun diharapkan semoga usaha2 yg dibuat oleh kerajaan negeri khususnya Ketua Menteri Melaka ini akan mengembirakan keluarga nelayan tersebut dan yang pastinya mereka semua akan kembali ke Malaysia dengan selamat. WALLAHUAALAM

Rabu, 27 Januari 2010

KINI MASJID PULA DISERANG DENGAN BABI



Isu kalimah Allah serta serangan di beberapa buah gereja yang sudah agak reda kini kembali hangat dengan serangan balas di beberapa masjid pula. Serangan provokasi kali ini pula dengan meletakan kepala babi bersama wang tunai diletakkan di dua masjid iaitu Masjid Imam At-Tirmizi di Seri Sentosa dan Masjid Jumkuriah Taman Dato' Haron di Petaling Jaya awal pagi Rabu ini.

Nampaknya sudah ada pihak2 tertentu cuba untuk "test-market" dengan bermain api dengan menggunakan isu sensitiviti agama sesuatu kaum untuk memporakporandakan negara ini. Harap pihak berkuasa dapat membendungnya dengan seberapa segera. Jika perkara ini berterusan, kita bimbang ianya akan merebak menjadi lebih parah dan tidak mustahil sejarah 13 Mei kali kedua bakal berulang. Wallahuaalam.

Isnin, 25 Januari 2010

9 FEBRUARI, KEPUTUSAN YG DINANTIKAN RAKYAT PERAK

Hampir setahun pertikaian isu Menteri Besar Perak tercetus, Mahkamah Persekutuan akan mengumumkan keputusannya pada 9 Februari ini sama ada Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir kekal dalam jawatan itu atau Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin mendapat kembali jawatannya. Keputusan itu amat ditunggu-tunggu kerana ia akan menentukan sama ada Barisan Nasional (BN) akan terus mentadbir negeri itu atau kembali kepada pemerintahan pakatan Pas, DAP dan PKR.
SALAH SEORANG PEMIMPIN INI, BAKAL MENERAJUI PERAK. PADA PERINGKAT AWALNYA, NIZAR TELAH MENDAPAT KEMENANGAN PUSINGAN PERTAMA MENDAPAT HAK MEMERINTAH PERAK SEBELUM DIPINTAS SEMULA OLEH ZAMBRY DALAM MASA TIDAK SAMPAI 24 JAM.
KALI INI, SETELAH KEDUA-DUANYA TELAHPUN MELALUI PROSES UNDANG2, DAN KUASA MAHKAMAH AKAN MEMIHAK SALAH SEORANG PEMIMPIN MB KONTORVERSI INI. PADA FIKIRAN ANDA, SIAPAKAH YANG SEBENARNYA YANG LAYAK MEMERINTAH PERAK?

Ahad, 24 Januari 2010

RAKAN BLOGGER BAKAL DIHERET KE MAHKAMAH??


Malam tadi masa tengah aku dok ghalit menonton berita TV3 (suku), tetiba je terpacul berita yang aku sendiripun dah terbaca dari blog ni. Lahni berita ni dah jadi semakin hangat. Nama blogger ni dah meletup. Satu Malaya dah ditebarkan oleh TV3suku. Walaupun rakan blogger ni dah buat kenyataan maaf secara terbuka di sini serta mengaku kesilapan dan keterlanjurannya adalah di luar norma kemanusiaan. Namun depa kata, kenyataan rakan blogger ni ibarat "nasi dah jadi bubur", "terlajak perahu boleh berundur, terlajak kata...." . Apa yang pastinya Sultan mereka telah dihina. Perasaan rakyat Johor telah terguris. Difahamkan beberapa repot polis telahpun dibuat oleh beberapa pertubuhan politik dan juga NGO di beberapa daerah seperti di Kluang, Segamat dan Muar. Keceluparan blogger ni pernah aku entrikan di sini. Wallahuaalam.

PENGERUSI GERAK TERJUN KE GELANGGANG POLITIK

Ura-ura Mohd Nazree Mohd Yunos, Pengerusi Gerakan Rakyat Integriti & Anti Korupsi (Gerak), yang akan memasuki gelanggang politik sudah kedengaran sejak Disember lalu akhirnya menjadi kenyataan apabila beliau melepaskan jawatannya sebagai pengerusi Gerak berkuat kuasa serta merta pada Sabtu, 23 Januari semalam.
Namun apa yang memeranjatkan ialah parti yang dipilihnya adalah sebuah parti yang telah beliau cetuskan kontroversi umum iaitu Parti Keadilan Rakyat (PKR). Ramai pemerhati politik menjangkakan beliau akan menyertai PAS jika tidak memilih UMNO, tetapi beliau yang sudahpun bertemu Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi alasan mahu meneruskan perjuangan soal integriti dan anti rasuah bersama PKR dan pakatan rakyat.

Gerak mula dikenali umum selepas membuat beberapa aduan dakwaan rasuah pemimpin negara termasuk terhadap Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. Beliau kemudiannya berdepan tindakan saman oleh Khalid kerana mendakwa Gerak memfitnahnya dengan laporan kepada SPRM.

Rabu, 20 Januari 2010

INFO TERKINI- PKR BHG. IJOK LUMPUH.??

BENARKAH PKR BHG. IJOK LUMPUH? JIKA BENAR, BERITA SEDIH INI MUNGKIN SUATU TAMPARAN HEBAT BUAT MB SELANGOR. BERITA PETANG TADI MELAPORKAN PKR BAHAGIAN IJOK YANG DIKETUAI SENDIRI OLEH YB. MENTERI BESAR SELANGOR, DATO KHALID IBRAHIM DIKATAKAN LUMPUH APABILA SEMUA JAWATANKUASA BAHAGIAN TERMASUK PEMUDA DAN WAKIL WANITANYA MELETAKAN JAWATAN BERAMAI-RAMAI.
TINDAKAN TERSEBUT DIKATAKAN BERPUNCA RASA TIDAK BERPUASHATI SERTA HILANG KEPERCAYAAN TERHADAP PKR DAN KEPIMPINAN KHALID. BERITA SEPENUHNYA BELUM DAPAT LAGI KEPASTIAN PUNCA TINDAKAN AHLI2 PKR BAHAGIAN IJOK BERTINDAK DEMIKIAN. WALLAHUAALAM.

Selasa, 19 Januari 2010

CHE DET BUAT-BUAT TERKEJUT..?

"Saya ingat kita dah hentikan penjualan tanah kita kepada Singapura, rupanya didapati beratus lori di sini membawa muatan tanah silika menyemberang keluar dari Johor ke Singapura setiap hari" kata Mantan PM, Tun Dr. Mahathir Mohamad.
Ingatkan lepas zaman Che Det bahan mentah tu dah dihentikan penjualannya ke Singapura malah kini ianya lebih rancak lagi sehingga 700 lori sehari.
Tapi rasanya Che Det tak perlulah rasa terkejut kerana amalan itu telahpun dilaksanakan pada zaman era Tun dahulu. Cuma kali ini kerajaan perlu memantau penjualan bahan2 mentah bukan sahaja pasir malah air dan lain2 yang memberi keuntungan kepada terutama jika ada individu2 yang berkepentingan dalam kerajaan mengambil kesempatan hasil dari penjualan bahan mentah tersebut.
Rakyat tidak mahu melihat suatu hari nanti bukan sahaja bahan mentah seperti pasir dan air saja yg kita jual, malah rakyat kuatir disebaliknya nanti terjadi seperti isu BATU (PULAU PUTIH) yang sejemput itupun dah tergadai pada Singapura. Wallahuaalam.

Ahad, 17 Januari 2010

UNTUK AWANG SELAMAT : KERAJAAN SEBENARNYA YG TERDESAK BUKAN DSAI


Isu kalimah Allah semakin dikusutkan lagi oleh pihak kerajaan apabila menteri kontoversi, iaitu Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz yang mengeluarkan kenyataan membenarkan pula penganut Kristian di Sabah dan Sarawak menggunakan kalimah Allah dalam upacara sembahyang dan keagamaan kerana mendakwa secara tradisinya ia telah diamalkan sejak dahulu lagi.

Bagaimanapun LARANGAN tetap dikenakan oleh penganut Kristian dan pihak gereja di Semenanjung yang tetap tidak dibenarkan menggunakan kalimah Allah dalam sebarang upacara keagamaan termasuk penerbitan. Namun kenyataan Nazri itu mendapat bantahan di sini.
Nampaknya kenyataan Nazri itu seolah-olah seperti terdesak demi untuk menjaga pengundi2 di sebelah Malaysia Timur itu. Hal ini rasanya AWANG SELAMAT boleh menjawab dalam kolum BISIK-BISIKnya yg sebelum ini mendakwa Anwarlah yg terdesak menimbulkan isu ini di sini sebelum ini.

Jumaat, 15 Januari 2010

KISAH BENAR: HANTU KAMBING EEE..TAKUTTNYAAA..!!!

video

KAMBING PUN TAHU TAKUT BILA LIHAT WAJAH KAWAN SEKANDANGNYA DAH JADI HANTU. APATAH LAGI KALAU MANUSIA YG TERSEREMPAK?? DAH TENTULAH LARI TAK JEJAK TANAH. EEEEEEEEE...TAKUTNYAAA..!!!

Khamis, 14 Januari 2010

AYO YO..!! 40,000 MACHA & MINACHI GHAIB..!!

Ayo yo..! Manyak tarak sangka punya, sejumlah 39,046 warganegara India "hilang" di sini selepas visa pelancongan mereka tamat tempoh.
Menurut daripada rekod Jabatan Imigresen, mereka tidak dapat dikesan mengikut anggaran yang dibuat pada Jun tahun lepas.

Kebanyakan 'macha' dan 'minachi' yang datang berduyun-duyun ke negara ini adalah pelancong India dari bandaraya seperti Bangalore, Mumbai dan Delhi tetapi yang banyak menimbulkan masalah menurut Jabatan Imigresen ialah mereka yang datang dari Wilayah Chennai.
Tapi aku rasa mereka semuanya bukan hilang tapi dah dapat kerja baik punya kat negara ini. Tengok saja kat restoran2 mamak, berlambak macha yg berkerja. Nak trest diaorang ni senang aje. Bila kita order lain dia hantar barang lain. Tu comfirm macha dari wilayah Chennai yang hilang tu.





Fulamakk..!! Ini betul2 possing maut punya. Tengok dalam gambar sebelah ni, bukan main bergaya lagi 3 orang macha ni dengan telefonnya. Orang Malaya kata, tak baik amik gambar 3 orang. nanti salah sorang mati atau hilang. Tulah sebab yang ramai sangat macha hilang kat Malaya ni. Tapi.. gambar ni aku kompius pulak, mereka ni sebenarnya macha ke bangla..?? hiks.. hiks ..hiks... betul-betul kompiuslah..!!

Rabu, 13 Januari 2010

POLITIK DIUTAMAKAN, HUKUM ISLAM DIBELAKANGKAN


Peguam Dato Seri Anwar Ibrahim, Zulkifli Nordin hari ini mempersoal tindakan Dato Jamil Khir Baharom yang menyebut kes qazaf itu hendaklah menunggu selesai perbicaraan kes liwat yang dihadapinya (Anwar) di mahkamah sivil.

Menurut peguam DSAI itu, tindakan Menteri UMNO itu boleh disifatkan satu penghinaan kepada Mahkamah Syariah yang diamalkan sekarang, kerana Mahkamah Persekutuan sendiri dalam beberapa kes telah menjelaskan Mahkamah Syariah dan Mahkamah Sivil punya bidang kuasa yang setaraf dan tidak perlu menunggu arahan mana-mana pihak.

Apatah lagi ujarnya, mengikut amalan biasa kes di mahkamah sivil boleh memakan masa sehingga lapan tahun. "Tidak sepatutnya Mahkamah Syariah dibelakangkan. Tindakan menteri dan pihak berkaitan jelas membelakangkan Mahkamah Syariah dan meletakkan Mahkamah Syariah balik ke mahkamah kelas kedua seperti tahun 1998 sebelum pindaan perlembagaan," katanya.


Selasa, 12 Januari 2010

NAMA ALLAH SEBENARNYA TELAH LAMA DIHINA??

Cuba lihat khalimah Allah pada logo rasmi Polis DiRaja Malaysia (PDRM) ini. Logo rasmi polis yang tertulis perkataan "Allah" dan "Muhammad" yang telah digunakan disini sejak sekian lama itu jelas sekali boleh menimbulkan kekeliruan dikalangan rakyat. Apatah lagi "khalimah Allah" itu juga digunakan oleh anggota polis yang bukan beragama Islam . Bayangkan mereka membawa logo Allah tersebut ke gereja, tandas atau ke tempat-tempat maksiat ketika menjalankan tugas. Bukankah ini juga boleh dikira sebagai menghina Islam?? Sama-samalah kita semua fikirkan. Wallahuaalam.

Isnin, 11 Januari 2010

'NGERI' MUKA BUDAK REMAJA TERBELAH DUA

video

INILAH EMEL YG PALING NGERI AKU TERIMA DARI SEORANG KAWAN. HANYA GARA-GARA AKSI AKROBATIK , SEORANG BUDAK LELAKI DI IRAN HANCUR MUKANYA DALAM KEADAAN NGERI SETELAH TERHENTAK PADA BATU SELEPAS MELAKUKAN AKSI LOMPATAN DARI TEMPAT YG TINGGI. NAMUN DALAM KEADAAN NGERI ITU REMAJA TERSEBUT MASIH LAGI BERNYAWA SEMASA DIKEJARKAN KE HOSPITAL DENGAN KEADAAN MUKANYA HAMPIR PUTUS TERBELAH DUA.

Ahad, 10 Januari 2010

AWANG SELAMAT AKUI ANWAR ADALAH PAKAR SENTIMEN??

Hari nie aku saja baca paper melalui ebrowse dan semua yg ada didalamnya habis semua jenis akhbar aku belek satu persatu. Pas tu aku tertarik pulak dengan penulis 'pusaka' Mingguan Malaysia iaitu PAK AWANG SELAMAT. Siapa tak kenal dengan AWANG SELAMAT? Rasanya memang satu Malaya malah duniapun tak kenal si Awang ni. Apa tidaknya dari dulu dia menulis sehinggalah aku dah beranak pinak, wajahnya tidak pernah muncul malah aku percaya satu Malaya rakyat tidak pernah mengenalinya. Yang rakyat semua tahu dia memang dah jadi penulis pusaka di Utusan sejak aku kecik lagi.

Kali nie tulisan Awang cuba menarik perhatian pembaca terhadap isu kalimah Allah yg sedang hangat sekarang nie. Namun apa yg menarik pada tulisan si Awang ni, beliau cuba mengheret Ketua pembangkang, Dato Seri Anwar Ibrahim yang juga pemimpin utama PKR itu yang menjadi punca kepada sentimen ini memuncak sekarang. Beliau mengakui bahawa DSAI sebenarnya memiliki kepakaran 'bakar sentimen' disini.
Kata si Awang dalam tulisannya lagi mengatakan DSAI nampak terdesak untuk mempolitikkan apa sahaja dan mendakwa Anwarlah yang menyokong penggunaan kalimah suci itu untuk digunakan oleh agama Katolik (berdasarkan banyak laporan sebelum ini katanya tetapi tidak dinyatakan laporan tersebut), dan sekali lagi mempolitikkan keadaan sehingga isu ini menjadi kucar kacir.
Kulat: Hairan juga aku, sebenarnya sekarang siapa pulak yang dah terdesak?? Umumnya rakyat semua dah tahu, yang terdesak sekarang ialah pihak pemerintah. Setahu aku semasa keputusan mahkamah berpihak kepada Herald, pihak pemerintah baik dari pihak menteri sehingga kepada pihak2 yg berwajib yg bertanggungjawab dalam hal ehwal agama Islam, tidak langsung memberi sebarang kenyataan rasmi. Malah mereka seolah-olah mengambil tindakan 'tunggu dan lihat' sambil memerhatikan puak2 NGO yg perihatin membuat beberapa siri bantahan. Akhirnya sehinggalah tercetusnya insiden kebakaran gereja baru-baru ini, barulah sekarang mereka (kerajaan) sendiri yg seperti rasa terdesak untuk menepis berbagai tuduhan yg dilemparkan.
Yang musykilnya si Awang nie, apa kena mengena DSAI nak menyokong kalimah Allah dengan kes liwatnya pulak. Yang pastinya kedua-dua kes ini dah pun dibawa kemahkamah. Keputusannya semua sudah tahu. Iaitu dua sahaja, samada menang atau kalah. Kalau isu liwat DSAI kalah yg kena hukum dia seorang sahaja. Tapi kalau isu kalimah ini kalah di amhkamah sivil, bagaimana agaknya si Awang nak kaitkan lagi dengan DSAI dalam kenyataannya akan datang. Adakah Awang akan menyalahkan pula pihak yg bertanggungjawab seperti Jakim, Mufti, Raja-raja Melayu, Menteri Agama atau lebih senangnya kepada pihak kerajaan Islam Hadhari itu sendiri???

Sabtu, 9 Januari 2010

NAMA ALLAH DIPERJUANGKAN, HUKUMNYA DIBUANG

Umat Islam di negara ini perlu diingatkan bahawa usaha jahat pihak2 yg sering mencapai kejayaan adalah kerana lemahnya akidah umat Islam itu sendiri. Malah pokoknya yg utama di sini kerana adanya ‘kerjasama’ dan ‘bantuan’ dari pihak pemerintah kaum Muslimin itu sendiri.
Sekiranya akidah umat Islam itu lemah, tetapi jika sistem yang berjalan adalah sistem Islam, maka sistem ini akan dengan sendirinya menjaga akidah umat melalui penerapan hukum Islam yang syumul. Tetapi, dengan penerapan sistem sekular yang memisahkan agama dari kehidupan, maka para pemerintahlah yang telah mempermudahkan laluan puak kuffar ini untuk menyebarkan dakyah sesat mereka ke atas umat Islam.
Apa tidaknya, pemerintah telah ‘menyediakan’ satu sistem demokrasi kufur yang diambil dari Barat, mereka juga menyediakan mahkamah kufur dengan undang-undang kufur, malah kadang-kadang hakim kafir atau jika hakim itu beragama Islam sekalipun, ‘kepala’nya dipenuhi dengan pemikiran dan hukum kufur. Semua ini telah mempermudahkan apa sahaja agenda jahat golongan kuffar ke atas umat Islam. Wallahuaalam.

Jumaat, 8 Januari 2010

ISU INJIN JET F-5E: LAHNI BUKANNYA SOAL HARGA TAPI......

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi telah memaklumkan bahawa nilai sebenar sebuah enjin pesawat F5-E milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) termasuk afterburner ialah RM303,570 dan bukannya RM28 juta seperti yang dilaporkan sebelum ini.
Nampaknya tindakan Zahid tu seolah2 cuba nak menafikan nilai kerugian yang ditanggung oleh kerajaan. Walau apa pun nasi dah pun jadi bubur. Bukan soal nilai harga yang yang menjadi utama tapi...
Persoalannya sekarang ialah moral Kerajaan dan khususnya Kementerian Pertahanan telahpun tercalar. Pas tu pulak....takan dua orang je yg membuat kerja pemindahan injin tu. Siapa pegawai atasan yg meluluskan membaiki atau pelupusan injin tersebut perlu dicari dan diketengahkan. Hairannya, dalam soal isu ini, hanya pegawai berpangkat rendah pulak yg berkuasa.

Khamis, 7 Januari 2010

SEMAKIN RAMAI HAMBANYA MULA MENYAYANGI 'PENCIPTANYA'

Inilah kebesaran dan kekuasaan Allah Tuhan yang Maha Agung. Baru sedikit sahaja Allah mencelarukan manusia ini, berbagai pendapat telah melontarkan pandangan samada ianya pro mahupun kontra. Namun kesemuanya ini dapat dilihat hamba-hambanya itu sebenarnya begitu menyayangi Tuhannya Yang satu iaitu Allah swt. Cuma yang membezakannya sifat manusia yang begitu menyayangi Allah itu ialah IMAN & TAKWA kepadaNYA. Wallahuaalam.

Selasa, 5 Januari 2010

ILUTRASI BAHAYA DARI BLOG 'GAP' YG MENGAKU KHALIFAH ALLAH



GAP KEMBALI
gap kembali..BUKAN UMNO TETAPI KHALIFAH ALLAH DAN PEJUANG RASULNYA. SAYANG AGAMA BANGSA DAN NEGARA. PETUALANG DURJANA ANWAR DAN PKR DIHAPUSKAN SEGERA !

Kenyataan di atas adalah merupakan pengenalan tentang GAP (GERAKAN ANTI PKR). Bermaksud apa sahaja aktiviti PKR, GAP akan menyerangnya habis-habisan. Namun sekarang GAP dah tergelincir sedikit matlamatnya seperti yg tertera pada bannernya dengan gambar helang yg sedia menyambar apa sahaja.
Kalau kita perhatikan kenyataan tentang GAP di atas, beliau memang memiliki ciri2 muslim sejati seperti yang menepati kehendak agama. Tapi bila dia menyebarkan gambar FITNAH seperti di bawah ini. Apakah yang tuan2 fikirkan ciri2 hamba yang ada seperti GAP ini?





Inilah gambar2 yang disiarkan dalam blog GAP yang sangat merbahaya. Beliau sendiri seolah-olah berkuasa telah menjatuhkan hukum murtad seseorang.





Sebagai seorang yang mengaku Khalifah Allah, apa yang kita harapkan ialah kritikan yang membina untuk umat Islam sejagat khususnya dalam negara kita ini. Mungkin si mamat (dalam gambar ni) telah melakukan kesilapan dari sudut yang mengakibatkan sensitiviti umat Islam namun ianya perlu mengkritik secara membina demi untuk memartabatkan Islam itu sendiri dan bukannya terang-terangan MEMFITNAH seperti dalam gambar GAP ini yang sangat merbahaya.
Saya percaya bukan GAP sahaja malah ada juga blog2 dikalangan yang pro pembangkang juga turut sama mengambil bahagian seperti ini. Diharapkan tindakan sesuatu perlu diambil agar ianya tidak menjadi budaya sebaran fitnah kepada umat Islam di negara ini. Mari kita semua "Membangun Bersama Islam" . Wallahuaalam.

Isnin, 4 Januari 2010

ISU INJIN JET F-5E: RUPANYA TELAH DIUBAHSUAI DI URUGUAY

Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail berkata, siasatan di sini telah mendapati tiada pegawai kanan tentera terlibat dalam kes curi itu melainkan hanya pegawai pangkat rendah sahaja. Hebat betul pegawai pangkat rendah TUDM negara kita ni. Mereka mampu membawa keluarnya tanpa diketahui langsung oleh pegawai-pegawai atasan yang sepatutnya yang 'lebih berkuasa dan mengetahui' dari pegawai yang berpangkat rendah. Dua enjin jet pejuang F-5E Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) kali terakhir telah dapat dikesan di Uruguay selepas dipindahkan dari Argentina.

Khabarnya injin jet pejuang F-5E tersebut dihantar ke Uruguay adalah untuk diubah suai dan diuiji untuk sebuah kenderaan baru (seperti dalam gambar) yang dicipta oleh rakyat tempatan Uruguay sendiri yang sehingga kini belum lagi mempunyai injin yang sesuai. Semoga dengan injin baru yang berkuasa jet ini nanti, kenderaan yang dicipta oleh mereka itu akan menjadi yang paling laju sekali didunia ini hasil kerja dan kepintaran hanya pegawai-pegawai pangkat rendah TUDM negara ini. Wallahuaalam.

BACK TO SCHOOL 2010


Bangunan sekolah rendah dan menengah yang sejak sebulan setengah lalu sunyi kini di seluruh negara kembali dihuni oleh warga pelajar apabila sesi persekolahan penggal pertama 2010 bermula hari ini (4 Januari 2010)

Ibu bapa kembali sibuk sejak awal pagi untuk meyiapkan segala kelengkapan anak-anak untuk ke sekolah. Apa yang pasti lagi hari ini, suasana awal pagi kembali sesak dengan kenderaan yang kebanyakan menuju ke sekolah.
"Selamat kembali ke sekolah kepada semua pelajar dan tak lupa juga ibubapa yang turut sama terlibat menghantar anak-anak pada setiap pagi" termasuklah aku hiks.. hiks.. hiks..hiks.... sadisnya suasana waktu pagi bila nak pergi kerja. Apa boleh buat, inilah pengorbanan namanya...!!! Semoga mereka semua berjaya dalam mengharungi pelajarannya di sekolah. Wallahuaalam.

Ahad, 3 Januari 2010

APA MAKSUDNYA ALLAH ITU 'TUHAN' SEMESTA ALAM?


Isu penggunaan nama Allah kini hangat diperbincangkan oleh masyarakat negara ini apabila mahkamah sivil negara ini membenarkan penggunaan kalimah Allah dalam akhbar mingguan Gereja Katholik, Herald-The Catholic Weekly dalam penerbitannya.
Kini berbagai pandangan telah dilontarkan seperti di sini khususnya daripada masyarakat Islam yang keliru dengan isu tersebut apatah lagi golongan politik yang bertentangan pula mula menuding jari antara satu sama lain. Manaka pihak yang bertanggung jawab tentang soal agama Islam di negara ini pula terus membisu sehingga kini.

Potongan Surah Al-Fatihah - الفاتحة di bawah ini yang memberi penjelasan dan maksud yang begitu jelas untuk kita semua berfikir. Wallahuaalam.


الْحَمْدُ للّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ
Segala puji [2] bagi Allah, Tuhan semesta alam.

[3][2] Alhamdu (segala puji). Memuji orang adalah karena perbuatan- nya yang baik yang dikerjakannya dengan kemauan sendiri. Maka memuji Allah bererti: menyanjung-Nya karena perbuatanNya yang baik. Lain halnya dengan syukur yang bererti: mengakui keutamaan seseorang terhadap ni'mat yang diberikannya. Kita menghadapkan segala puji bagi Allah ialah karena Allah sumber dari segala kebaikan yang patut dipuji.

[3] Rabb (Tuhan) berarti: Tuhan yang ditaati Yang Memiliki, Mendidik dan Memelihara. Lafadz "rabb" tidak dapat dipakai selain untuk Tuhan, kecuali kalau ada sambungannya, seperti rabbul bait (tuan rumah). 'Alamiin (semesta alam): semua yang diciptakan Tuhan yang terdiri dari berbagai jenis dan macam, seperti: alam manusia, alam haiwan, alam tumbuh-tumbuhan, benda-benda mati dan sebagainya. ALlah "pencipta semua alam-alam itu".

Jumaat, 1 Januari 2010

AL-FATIHAH UNTUK PAK GUS DUR & TOK MAT


Bekas Presiden Indonesia Abdurrahman Wahid, 69, yang lebih dikenali sebagai Gus Dur meninggal dunia di Rumah Sakit Cipto Mangunkusumo (RSCM) di Jakarta pada kira-kira pukul 6.45 petang waktu Indonesia Barat. Gus Dur, yang merupakan Presiden Indonesia keempat, ialah pengasas parti PKB, sebuah parti politik yang berasaskan Islam.
Manakala bekas Menteri Penerangan dan bekas Setiausaha Agung Umno Tan Sri Mohamed Rahmat yang sinonim dengan gelaran 'Tok Mat' meninggal dunia di kediamannya di Bukit Damansara. Allahyarham, yang sepatutnya menyambut ulang tahun kelahirannya ke-72 pada Isnin depan, dilaporkan meninggal dunia dalam tidur.

Semoga Allah mengampuni segala kesalahan mereka dan dihimpunkan bersama-sama orang yang soleh, Wallahuaalam. Al-Fatihah.