Ahad, 24 Januari 2010

PENGERUSI GERAK TERJUN KE GELANGGANG POLITIK

Ura-ura Mohd Nazree Mohd Yunos, Pengerusi Gerakan Rakyat Integriti & Anti Korupsi (Gerak), yang akan memasuki gelanggang politik sudah kedengaran sejak Disember lalu akhirnya menjadi kenyataan apabila beliau melepaskan jawatannya sebagai pengerusi Gerak berkuat kuasa serta merta pada Sabtu, 23 Januari semalam.
Namun apa yang memeranjatkan ialah parti yang dipilihnya adalah sebuah parti yang telah beliau cetuskan kontroversi umum iaitu Parti Keadilan Rakyat (PKR). Ramai pemerhati politik menjangkakan beliau akan menyertai PAS jika tidak memilih UMNO, tetapi beliau yang sudahpun bertemu Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi alasan mahu meneruskan perjuangan soal integriti dan anti rasuah bersama PKR dan pakatan rakyat.

Gerak mula dikenali umum selepas membuat beberapa aduan dakwaan rasuah pemimpin negara termasuk terhadap Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. Beliau kemudiannya berdepan tindakan saman oleh Khalid kerana mendakwa Gerak memfitnahnya dengan laporan kepada SPRM.

Tiada ulasan:

Malaysia oh Malaysiaku


RAKYAT YANG BERHAK MENERIMA PEMBANGUNAN