Rabu, 27 Januari 2010

KINI MASJID PULA DISERANG DENGAN BABI



Isu kalimah Allah serta serangan di beberapa buah gereja yang sudah agak reda kini kembali hangat dengan serangan balas di beberapa masjid pula. Serangan provokasi kali ini pula dengan meletakan kepala babi bersama wang tunai diletakkan di dua masjid iaitu Masjid Imam At-Tirmizi di Seri Sentosa dan Masjid Jumkuriah Taman Dato' Haron di Petaling Jaya awal pagi Rabu ini.

Nampaknya sudah ada pihak2 tertentu cuba untuk "test-market" dengan bermain api dengan menggunakan isu sensitiviti agama sesuatu kaum untuk memporakporandakan negara ini. Harap pihak berkuasa dapat membendungnya dengan seberapa segera. Jika perkara ini berterusan, kita bimbang ianya akan merebak menjadi lebih parah dan tidak mustahil sejarah 13 Mei kali kedua bakal berulang. Wallahuaalam.

Tiada ulasan:

Malaysia oh Malaysiaku


RAKYAT YANG BERHAK MENERIMA PEMBANGUNAN