Memaparkan catatan dengan label Keikhlasan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Keikhlasan. Papar semua catatan

Selasa, 1 Julai 2014

PANDANGAN IKHLAS BIJAK PANDAI TIDAK DITERIMA OLEH PUTRAJAYA..?

Jika tidak suka fakta statistik, jangan jadi penggubal dasar, kata penganalisis.  Ini berikutan arahan Kementerian Pelajaran agar pengarah Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMcedel) meletak jawatan atas kurang senang dengan hasil penyelidikan beliau. Menurut penganalisis di sini ini menunjukkan sikap kurang matang kerajaan, keyakinan dan tidak ikhlas dalam menghadapi fakta penting.

Ini jelas berpunca daripada hasil penyelidikan Redzuan di UMcedel yang membuatkan Putrajaya tidak senang hati sejak beberapa tahun, dengan penemuan kaji selidik terhadap politik Malaysia yang menunjukkan imej buruk pemerintah Barisan Nasional (BN).

Begitu juga dengan isu dan tindakan memindahkan seorang guru yang mengkritik di sini sistem Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) ke sebuah sekolah pedalaman di Pahang menunjukkan Putrajaya gagal menerima pandangan penjawat awam. 

Adakah kajian dan pandangan ikhlas mereka sebenarnya tidak menepati hasrat dan hala tuju niat parti politik pemerintah atau kajian tresebut membuktikan adanya berlaku ketirisan ..? wallahuaalam.

Ahad, 10 Januari 2010

AWANG SELAMAT AKUI ANWAR ADALAH PAKAR SENTIMEN??

Hari nie aku saja baca paper melalui ebrowse dan semua yg ada didalamnya habis semua jenis akhbar aku belek satu persatu. Pas tu aku tertarik pulak dengan penulis 'pusaka' Mingguan Malaysia iaitu PAK AWANG SELAMAT. Siapa tak kenal dengan AWANG SELAMAT? Rasanya memang satu Malaya malah duniapun tak kenal si Awang ni. Apa tidaknya dari dulu dia menulis sehinggalah aku dah beranak pinak, wajahnya tidak pernah muncul malah aku percaya satu Malaya rakyat tidak pernah mengenalinya. Yang rakyat semua tahu dia memang dah jadi penulis pusaka di Utusan sejak aku kecik lagi.

Kali nie tulisan Awang cuba menarik perhatian pembaca terhadap isu kalimah Allah yg sedang hangat sekarang nie. Namun apa yg menarik pada tulisan si Awang ni, beliau cuba mengheret Ketua pembangkang, Dato Seri Anwar Ibrahim yang juga pemimpin utama PKR itu yang menjadi punca kepada sentimen ini memuncak sekarang. Beliau mengakui bahawa DSAI sebenarnya memiliki kepakaran 'bakar sentimen' disini.
Kata si Awang dalam tulisannya lagi mengatakan DSAI nampak terdesak untuk mempolitikkan apa sahaja dan mendakwa Anwarlah yang menyokong penggunaan kalimah suci itu untuk digunakan oleh agama Katolik (berdasarkan banyak laporan sebelum ini katanya tetapi tidak dinyatakan laporan tersebut), dan sekali lagi mempolitikkan keadaan sehingga isu ini menjadi kucar kacir.
Kulat: Hairan juga aku, sebenarnya sekarang siapa pulak yang dah terdesak?? Umumnya rakyat semua dah tahu, yang terdesak sekarang ialah pihak pemerintah. Setahu aku semasa keputusan mahkamah berpihak kepada Herald, pihak pemerintah baik dari pihak menteri sehingga kepada pihak2 yg berwajib yg bertanggungjawab dalam hal ehwal agama Islam, tidak langsung memberi sebarang kenyataan rasmi. Malah mereka seolah-olah mengambil tindakan 'tunggu dan lihat' sambil memerhatikan puak2 NGO yg perihatin membuat beberapa siri bantahan. Akhirnya sehinggalah tercetusnya insiden kebakaran gereja baru-baru ini, barulah sekarang mereka (kerajaan) sendiri yg seperti rasa terdesak untuk menepis berbagai tuduhan yg dilemparkan.
Yang musykilnya si Awang nie, apa kena mengena DSAI nak menyokong kalimah Allah dengan kes liwatnya pulak. Yang pastinya kedua-dua kes ini dah pun dibawa kemahkamah. Keputusannya semua sudah tahu. Iaitu dua sahaja, samada menang atau kalah. Kalau isu liwat DSAI kalah yg kena hukum dia seorang sahaja. Tapi kalau isu kalimah ini kalah di amhkamah sivil, bagaimana agaknya si Awang nak kaitkan lagi dengan DSAI dalam kenyataannya akan datang. Adakah Awang akan menyalahkan pula pihak yg bertanggungjawab seperti Jakim, Mufti, Raja-raja Melayu, Menteri Agama atau lebih senangnya kepada pihak kerajaan Islam Hadhari itu sendiri???

Sabtu, 22 November 2008

"SAYA TIDAK BUANG DIA" - PUTUS SUDAH KASIH SAYANG......

"Saya reda malah tidak menghirau tanggapan orang ramai terhadap duda anak lima yang menjadi pilihan hati saya itu. Saya tidak kisah dengan keadaan dirinya yang tidak boleh berjalan dan sukar untuk bertutur. Memang ramai orang yang akan memperkatakan mengenai perkahwinan kami ini. Tetapi ini adalah keputusan saya dan ia bukannya kerana atas dasar terhutang budi ataupun sebab-sebab yang lain. Kasih sayang saya terhadap Abang Bayu tidak pernah berubah. Malah saya sudah bersedia untuk berkongsi kepayahan bersamanya". Demikianlah kata-kata 'keikhlasan' (cerita seterusnya klik sini) Erema atau nama sebenarnya Dayang Zaira Erema Awang Moshdad, penyanyi berusia 23 tahun kelahiran Kuching, selepas majlis akad nikahnya di Masjid Al-Muhsinin, Danau Desa, Kuala Lumpur pada 19 Disember 2006.

"KAU LILIN CINTA KU" - Kenangan Manis Seri Bayu ketika menyerahkan mas kahwin RM80 kepada Erema bersama sebentuk cincin emas selepas mereka diijabkabulkan. Kini cinta lilinnya telah terpadam.

Itu dulu, tapi sekarang.........

"Saya tidak buang dia, tetapi ini soal kasih sayang. Bila sayang sudah hilang lebih baik kami berpisah. Badan saya sudah tidak mampu untuk menanggung segala penderitaan. Hanya di sini jodoh kami, saya harap Seri Bayu lepaskan saya cara baik di mahkamah nanti," Demikian pengakuan penyanyi Erema mengenai permohonannya untuk bercerai dengan penulis lirik popular, Seri Bayu. Erema, telah memfailkan tuntutan perceraian di Mahkamah Syariah Petaling Jaya awal November lalu dan kes pasangan ini akan dibicarakan pada 1 Disember ini setelah hanya mampu belayar bahtera bersama sebagai suami isteri selama dua tahun. (cerita seterusnya.... klik sini).

KULAT: Bila cerita tentang 'KEIKHLASAN' ni sebenarnya agak sukar kita nak tafsir dan terjemahkannya dengan perbuatan. Adakalanya apa yang tehambur dari mulut yang manis tidak seiring apa yang ada di dalam hati. Teringat kulat dalam satu hadis yang diRiwayatkan Ibnu Majah iaitu: Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “Adakah kamu mahu aku memberitahu kamu tentang suatu perkara yang aku takuti ke atas kamu daripada dajal? Mereka menjawab: Sudah tentu wahai Rasulullah! Bagindapun berkata:” Syirik khafi iaitu seorang lelaki bangun bersembahyang lalu dia memperelokkan sembahyangnya kerana ada orang yang memerhatikannya.” Walau bagaimanapun 'keikhlasan' itu sebenarnya adalah milik Allah swt. Tidak ada seorang manusiapun di dunia ini dapat menghuraikan cara keikhlasan sebenar. Hanya dia sahaja yang mampu menterjemahkan sesorang hambanya itu melakukan sesuatu dengan sifat 'IKHLAS'. Apapun apa yang berlaku kepada Erema dan Seri Bayu ini adalah hal dalam sesebuah rumahtangga. Kegembiraan dan kesusahan, hanya mereka berdua sahaja yang mengetahuinya. Bagi Seri Bayu, penderitaan yang ditanggungya adalah ujian untuk dirinya. 'Lilin Cinta'nya terus terpadam bersama penderitaan yang ditanggungnya. Semoga beliau dapat meneruskan kehidupan ini dengan lebih tabah. Wallahu'alam.

Malaysia oh Malaysiaku


RAKYAT YANG BERHAK MENERIMA PEMBANGUNAN