Peguam Dato Seri Anwar Ibrahim, Zulkifli Nordin hari ini mempersoal tindakan Dato Jamil Khir Baharom yang menyebut kes qazaf itu hendaklah menunggu selesai perbicaraan kes liwat yang dihadapinya (Anwar) di mahkamah sivil.
Menurut peguam DSAI itu, tindakan Menteri UMNO itu boleh disifatkan satu penghinaan kepada Mahkamah Syariah yang diamalkan sekarang, kerana Mahkamah Persekutuan sendiri dalam beberapa kes telah menjelaskan Mahkamah Syariah dan Mahkamah Sivil punya bidang kuasa yang setaraf dan tidak perlu menunggu arahan mana-mana pihak.
Apatah lagi ujarnya, mengikut amalan biasa kes di mahkamah sivil boleh memakan masa sehingga lapan tahun. "Tidak sepatutnya Mahkamah Syariah dibelakangkan. Tindakan menteri dan pihak berkaitan jelas membelakangkan Mahkamah Syariah dan meletakkan Mahkamah Syariah balik ke mahkamah kelas kedua seperti tahun 1998 sebelum pindaan perlembagaan," katanya.
2 ulasan:
Sesiapa yang memakai serban yang beratnya 2 kg kalau masuk UMNO akan bercakap macam bekas tentera nilah..masa dalam KAGAT dulu bila bercakap ya Allah baguihnyeeer....
La ni bila perut dan kenyang, tembolok dah penuh bila bercakap macam tersekat-sekat pulak dah....
Inilah yang dikatakan sebagai NAK CARI MAKAN...lebih kurang macam LE...
Dulu masa program forum perdana, diani baguih punya sembang. dok nasihat kat orang tuuudia sikit punya cantikkk aje, lahni dia punya tengkuk dah kena tambat dek tali lembu, dah tak leh nak habaq apapun nanti tercekik
Catat Ulasan