Sabtu, 9 Januari 2010

NAMA ALLAH DIPERJUANGKAN, HUKUMNYA DIBUANG

Umat Islam di negara ini perlu diingatkan bahawa usaha jahat pihak2 yg sering mencapai kejayaan adalah kerana lemahnya akidah umat Islam itu sendiri. Malah pokoknya yg utama di sini kerana adanya ‘kerjasama’ dan ‘bantuan’ dari pihak pemerintah kaum Muslimin itu sendiri.
Sekiranya akidah umat Islam itu lemah, tetapi jika sistem yang berjalan adalah sistem Islam, maka sistem ini akan dengan sendirinya menjaga akidah umat melalui penerapan hukum Islam yang syumul. Tetapi, dengan penerapan sistem sekular yang memisahkan agama dari kehidupan, maka para pemerintahlah yang telah mempermudahkan laluan puak kuffar ini untuk menyebarkan dakyah sesat mereka ke atas umat Islam.
Apa tidaknya, pemerintah telah ‘menyediakan’ satu sistem demokrasi kufur yang diambil dari Barat, mereka juga menyediakan mahkamah kufur dengan undang-undang kufur, malah kadang-kadang hakim kafir atau jika hakim itu beragama Islam sekalipun, ‘kepala’nya dipenuhi dengan pemikiran dan hukum kufur. Semua ini telah mempermudahkan apa sahaja agenda jahat golongan kuffar ke atas umat Islam. Wallahuaalam.

3 ulasan:

melayuangkat berkata...

Assalamualaikum anakku,

Apakah alternatif pemerintahan yang sepatutnya untuk menggantikan Malaysia yang telah diperintah selama 52 tahun ni?

Elok juga kamu kemukakan pada DS Najib. InsyaAllah, Beliau sentiasa sedia menerima Idea dari sesiapa pun. Bagus juga kalau hukum Takzir ditukar terus pada Hukum Hudud. Mak Cik amat setuju.

Tapi Mak Cik tak setuju pada yang kata Islam kita sekarang tidak betul di Malaysia. Sebab kalau tak betul, macam mana pula Nikah kahwin kita yang dijalankan oleh Majlis Agama Islam selama ni, adakah tak sah nikah kawin kita?

Bagaimana pula Solat, Puasa, Zakat dan Haji kita, adakah tidak sah kerana Kerajaan kita meniru sistem demokrasi dari barat sambil Islam sebagai Agama Rasmi?

Kita pun hairan Negara Islam sepenuhnya seperti Pakistan, tak habis habis sengsara, bom sana bom sini tak ada amannya juga. Ingatkan dah dapat apa yang mereka perjuangkan, mereka akan bersyukur dan aman. Tetapi masih tidak juga. Ada juga yang tak puas hati mereka.

Susah betul jadi Pemimpin Negara kan? So difficult to make everybody happy.

Tidak salah kita umat Islam perjuangan Nama Allah, kita laku apa yang kita termampu. Nak jatuhkan 'hukum' pun siapalah kita. Lihat dulu diri kita sendiri, baru boleh jatuhkan hukum pada orang lain yang kononnya tak perjuangkan hukum Allah swt. WaAllahuAlam.

kulatlapok berkata...

salam MAKCIK

TERIMAKASIH diatas kepertihatinan Makcik terhadap dalam soal hukum Islam dan seterusnya memartabatkan kesucian agama Islam itu sendiri,

Apa yg Makcik lontarkan itu kesmuanya ada kebenarannya dan kita semuanya di negara ini memnag telahpun mengamalkan mengikut hukum dan salurannya yg betul.

Cuma di sini sekiranya hukum itu dipeliharakan lagi demi untuk memeratabatkan Islam itu sendiri, sudah tentu hukum hakam Islam itu terpelihara dan diletakan di aras yg tinggi supaya tidak ada ruang untuk orang lain menghina hukum (Islam) kita seperti apa yg terjadi hari ini Islam dibincang hanya di mahkamah sivil apatah lagi dikupas dan dihakimi oleh mereka yg terang2an dari golongan kufur.

Lebih malang lagi golongan2 yg cuba meletakan Islam itu di tempat yg sepatutnya dalam konteks kemartabatannya telah diperlekehkan sendiri dari golongan orang2 yg sama mendakwa memperjuangkan atas nama Islam, bangsa dan negara. Wallahuaalam.

TERIMAKASIH DAN TERUSKAN PERJUANGANMU DEMI UNTUK AGAMA, BANGSA DAN NEGARA.

Tanpa Nama berkata...

sokong kenyataan hizbut tahrir tu. penerapan sistem sekular di negara ini yg memisahkan agama dan kehidupan itulah membuat DSAI di bicarakan di mahkam sivil 10 tahun lalu oleh hakim gula2 ubat batuk haks yg sekarang dahpun menjadi mendiang.

Malaysia oh Malaysiaku


RAKYAT YANG BERHAK MENERIMA PEMBANGUNAN