Isnin, 4 Januari 2010

ISU INJIN JET F-5E: RUPANYA TELAH DIUBAHSUAI DI URUGUAY

Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail berkata, siasatan di sini telah mendapati tiada pegawai kanan tentera terlibat dalam kes curi itu melainkan hanya pegawai pangkat rendah sahaja. Hebat betul pegawai pangkat rendah TUDM negara kita ni. Mereka mampu membawa keluarnya tanpa diketahui langsung oleh pegawai-pegawai atasan yang sepatutnya yang 'lebih berkuasa dan mengetahui' dari pegawai yang berpangkat rendah. Dua enjin jet pejuang F-5E Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) kali terakhir telah dapat dikesan di Uruguay selepas dipindahkan dari Argentina.

Khabarnya injin jet pejuang F-5E tersebut dihantar ke Uruguay adalah untuk diubah suai dan diuiji untuk sebuah kenderaan baru (seperti dalam gambar) yang dicipta oleh rakyat tempatan Uruguay sendiri yang sehingga kini belum lagi mempunyai injin yang sesuai. Semoga dengan injin baru yang berkuasa jet ini nanti, kenderaan yang dicipta oleh mereka itu akan menjadi yang paling laju sekali didunia ini hasil kerja dan kepintaran hanya pegawai-pegawai pangkat rendah TUDM negara ini. Wallahuaalam.

3 ulasan:

melayuangkat berkata...

Assalamualaikun Cendawan Melayu,

Wah jauh kamu mengembara hingga ke Uruguay..ha ha..Kapal Selam kita macam mana?

Baik check...entah entah dah tak de..lagi pun memang dalam lautan je..bukan ada orang check pun..

kulatlapok berkata...

salam MAKCIK:

DUNIA TANPA SEMPADAN, TAK KIRA DARAT UDARA DAN LAUT APA2 PUN BOLEH JADI. TERIMA KASIH KERNA MAKCIK MEMNG SORANG PRIHATIN.

Tanpa Nama berkata...

TUAN KULAT - dengar khabrnya injin itu mereka hanya buat 'batu ladung' memancing je. hampehhh

Malaysia oh Malaysiaku


RAKYAT YANG BERHAK MENERIMA PEMBANGUNAN