Sabtu, 30 Januari 2010

BRAVO DATUK MOHD ALI RUSTAM..

Para nelayan yg ditahan tidak dapat menahan perasaan gembiranya semasa pertemuan singkat dengan Datuk Ali Rustam di Bengkalis.
Seorang Dr, di bawa khas dari Melaka untuk memastikan tahap kesihatan nelayan yg ditahan

Datuk Mohd Ali Rustam, siapa tak kenal pemimpin negeri Melaka ini yang pernah mengeluarkan pelbagai idea pelik sehingga mencetuskan kontroversi. Antaranya ialah larangan agensi kerajaan negeri melawat ke negeri Kelantan suatu ketika dahulu sehinggalah kepada anugerah Datuk kepada bintang Bollywood, Pak Shah Rukh Khan. Manakala cadangan pembangunan negeri pula, beliau juga tidak terlepas menerima kecaman dari pelbagai pihak khususnya dari pembangkang dan tak terlepas juga dari pesaing-pesaing politiknya yang menganggapnya banyak pembaziran serta menambahkan lagi bebanan hutang pada kerajaan pusat.
Kekadang dalam banyak hal, aku juga tidak terlepas antara yg tidak sehaluan dengan gaya kepimpinannya terutama jika melibatkan kepentingan masyarakat Melayu yang gagal beliau atasi. Apatah lagi jika ianya dimualkan pula oleh kroni-koroninya yang bersikap 'lebih sudu dari kuah'. Mereka sanggup bertindak rakus dengan menyekat urusan2 perniagaan tertentu serta menyenarahitamkan mereka yang tidak sehaluan dengan kerajaan negeri yang kebanyakannya melibatkan kaum Melayu.
Namun begitu, tidak ramai yg tahu dari segi sifat kemanusiaannya, memang tidak dinafikan beliau seorang yg perihatin dan peka dengan pemasalahan yg dihadapi oleh rakyatnya. Sebut sahaja bencana, pasti beliau akan muncul serta disusuli dengan beberapa tindakan yg drastik bagi mengatasinya dengan cepat. Satu contoh seperti yg terjadi dengan seorang kawan aku pula apabila masalah aduanya dengan pemimpin tempatan tidak dipedulikan. Namun setelah kawan aku tu berjumpa sendiri dengan beliau, keesokan harinya beberapa pegawai dari kerajaan negeri muncul dirumahnya untuk membuat siasatan aduannya.
Manakala baru-baru ini, Datuk Ali juga dengan pantas telah bergegas ke Bengkalis, Indonesia setelah mengetahui enam nelayan dari Pantai Puteri, Melaka telah ditahan oleh pihak berkuasa Indonesia kerana mendakwa menceroboh negara jiran itu. Pada pertemuan hampir sejam di sana , Datuk Mohd Ali telah memberi jaminan akan berusaha membebaskan mereka secepat mungkin selain menyampaikan sumbangan dalam bentuk pakaian, makanan dan wang tunai RM200 seorang. Bukan itu saja, nelayan terbabit turut diberi rawatan perubatan oleh pakar dari Pusat Perubatan Putra, Dr Malik Feisal Ayob, yang turut serta dalam misi berkenaan.
Itulah Datuk Mohd Ali Rustam, seorang pemimpin yg dianggap 'Arkitek Pembangunan Negeri Melaka' sehingga membawa Melaka sebagai distinasi pelancongan yg terkenal di Asia Tenggara. Memang tidak dinafikan, adakala gaya kepimpinannya tidak ramai yg sehaluan dengannya termasuklah aku, dan tidak kurang juga ramai yg mengipasnya untuk tujuan2 tertentu. Apa pun diharapkan semoga usaha2 yg dibuat oleh kerajaan negeri khususnya Ketua Menteri Melaka ini akan mengembirakan keluarga nelayan tersebut dan yang pastinya mereka semua akan kembali ke Malaysia dengan selamat. WALLAHUAALAM

11 ulasan:

Unknown berkata...

Salam sdr. kulat

Bagi saya itu adalah satu usaha yang baik dari seorang Pemimpin. Niat sebenar hanya Allah yang tahu. Kita menilai ke atas apa yang kita nampak dan dengar.

kulatlapok berkata...

Terima kasih Tuan Mountdweller:

Usaha2 yg baik demi untuk rakyat, 200% kita mesti sokong, tapi kalau usaha untuk kenyangkan kroni..?? kita kecam sampai lumat.

asas berkata...

betul

ali ketam arkitek melaka..

tu yang nak tulung YBK selangor bayar premium tanah kat kerajaan negeri...lebih 5mill tuh..!!

peh tu nak buat uitm lagi kat selangor..!!! bongok...

oooiiii,,,yang rakyat nak ialah bina lagi sekolah2 rendah,menengah dan agama...dan juga hospital...

bukannya universiti...tak cukup2 ke ratus ribu graduan menganggur..??

hebat sangat membangun negeri tu yang sampai eye on melaka pun kena tarik...nasib baik yang datang tarik bukan samseng pekida...hahaha

ali ketam budus...sama budus dengan khir toyol...

kulatlapok berkata...

salam marhaenr:

Terima kasih menitip ke sini, kira betullah tu apa yg lu songgehkan tu, tapi lu cakap banyak tapi cakap kosong, tapi dia cakap sudah banyak buat duit untuk negerinya.

wapun dah cakap ada yg wa tak setuju dengan pemimpin Melaka tu,tapi kalau ada usaha yg baik seperti tuan Mountdweller cakap memang wa sokonglah..!! Aiikkchummmm..soryy terbersin lak

Tanpa Nama berkata...

ulat politik beb!....ada untung dia hurunglah....macam lalat TUNGAU dan ulat TAIK!!!

camna yayasan melaka nak bantu YBK selangor?. Yasyas-san ni utang...utang beb dengan kerajaan negeri melaka.....kolej yasyas-an ni dah LINGKUP!....

kawan kolej gua kerja kat bahagian kewangan jabatan ketua menteri melaka....tengah bulan ajer pening...duit mana nak pusin!....dan kerajaan melaka UTANG kerajaan pusat langsung tak berbayar!

orang akaun dan odit tahulah cerita melaka ni....kalu gi bengkalis nak di ampuuu...,ghentikanlah!

orglama!

p/s - UITM baru tu yang tak jadi buat kat selangor akan di buat kat melaka!....nanti, melaka akan ada 2 UITM beb!...hebat beb!....ini projek tentu anak buah ketam dapat....juta2 beb!....bagi nelayan RM200 x 6 orang tak de benda beb!...itu pun tentu duit kera jaan beb!....

Tanpa Nama berkata...

Banyak la wat duit utk negeri..!!Hutang melambakler..!!
Sume tu kosmetik jer..

kulatlapok berkata...

TanpaNama 20:01 dan 16:34

Apa yg ko songgehkan tupun takleh nak aku komenkan. Tepuk dada tanyalah selera. Kalau sedap kat selera korang, ko songgehlah banyak2. Kalau rasa tak selera, makan ajelah ubat.

Tanpa Nama berkata...

eyolah memnag botoh kata kulat tu, engkou bising2 pun apa kita semua dapat, dionya dah tentu ada masyukk, kalau korang kat atas tempat dio, lagi teruk agaknya korang ganyangkan duit rakyat. Cakap belum raso memnaglah macam tu..

kulatlapok berkata...

ANONY... 22:45

YG PENTINGNNYA RAKYAT NEGERI HANG TUAH NI MASIH LAGI SUKA DNGAN UMNO. SELAGI ADA PARTI NI SELAGI TULAH DIA DUDUK DI ATAS SINGGAHSANANYA.

KALAU NAK UBAH TUKAR JE UMNO DENGAN PARTI LAIN MACAM SELANGOR. TUPUN DAH JADI HURUHARA TAK SAMPAIPUN SEPENGGAL, SAMA JUGA NGAN PPINANG.

Tanpa Nama berkata...

alahai relaks la.. ni citer datuk ali selamatkan orang di Bengkalis.. takkan tupun kauorang nak pusing sampai YM..

Mungkin tok ali dapat publisiti atas peristiwa tu tapi publisiti dia tu kena pada tempatnya.. dia datang jengah rakyat melaka. salah ker?? kalau tak jengah tu aku tau kompom salah la..

kulatlapok berkata...

Tanpa Nama 16:47

Yoolah 105% botollah cakap kau tu...

Malaysia oh Malaysiaku


RAKYAT YANG BERHAK MENERIMA PEMBANGUNAN