Ahad, 3 Januari 2010

APA MAKSUDNYA ALLAH ITU 'TUHAN' SEMESTA ALAM?


Isu penggunaan nama Allah kini hangat diperbincangkan oleh masyarakat negara ini apabila mahkamah sivil negara ini membenarkan penggunaan kalimah Allah dalam akhbar mingguan Gereja Katholik, Herald-The Catholic Weekly dalam penerbitannya.
Kini berbagai pandangan telah dilontarkan seperti di sini khususnya daripada masyarakat Islam yang keliru dengan isu tersebut apatah lagi golongan politik yang bertentangan pula mula menuding jari antara satu sama lain. Manaka pihak yang bertanggung jawab tentang soal agama Islam di negara ini pula terus membisu sehingga kini.

Potongan Surah Al-Fatihah - الفاتحة di bawah ini yang memberi penjelasan dan maksud yang begitu jelas untuk kita semua berfikir. Wallahuaalam.


الْحَمْدُ للّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ
Segala puji [2] bagi Allah, Tuhan semesta alam.

[3][2] Alhamdu (segala puji). Memuji orang adalah karena perbuatan- nya yang baik yang dikerjakannya dengan kemauan sendiri. Maka memuji Allah bererti: menyanjung-Nya karena perbuatanNya yang baik. Lain halnya dengan syukur yang bererti: mengakui keutamaan seseorang terhadap ni'mat yang diberikannya. Kita menghadapkan segala puji bagi Allah ialah karena Allah sumber dari segala kebaikan yang patut dipuji.

[3] Rabb (Tuhan) berarti: Tuhan yang ditaati Yang Memiliki, Mendidik dan Memelihara. Lafadz "rabb" tidak dapat dipakai selain untuk Tuhan, kecuali kalau ada sambungannya, seperti rabbul bait (tuan rumah). 'Alamiin (semesta alam): semua yang diciptakan Tuhan yang terdiri dari berbagai jenis dan macam, seperti: alam manusia, alam haiwan, alam tumbuh-tumbuhan, benda-benda mati dan sebagainya. ALlah "pencipta semua alam-alam itu".

5 ulasan:

melayuangkat berkata...

Assalamualaikum anakku,

Memang Segala PUJIAN hanya pada Rabb, Allah swt Pemelihara sekelian Alam dan isi-isinya.

Persoalannya sekarang kita tidak menyangkal ALLAH itu untuk sekelian Alam tetapi adalah MOTIF disebalik TIBA TIBA sahaja mereka ini beriya-iya hingga ke mahkamah mahu menggunakkan kalimah ALLAH, sedangkan selama ini pun mereka gunakan God, The Lord atau Jesus Christ di Semenanjung Malaya.

Kita tidak persoalkan hak berAgama. Mereka bebas dengan Agama mereka. Tetapi bila kita fikir panjang, semaca ada wawasan dan visi licik mereka mahu mengelirukan umat Islam majority di Semenanjung dengan penggunaan Kalimah ALLAH ini. Ada niat jahat selain hanya untuk kegunaan majalah agama mereka.

Sekarang ini pun kita maklum berbagai masalah sosial melanda orang Melayu. Bayangkan kalau ditambah pula dengan ini. Memang sekarang tidak nampak apa-apa,kata mereka mereka guna ALLAH pun untuk majalah mereka,terhad pula cetakan nya, tetapi lama kelamaan?? 10 tahun lagi, 20 30 tahun dari sekarang?

Kita orang Melayu terlalu berlembut dan mahu fikirkan HAK orang lain Agama lain, tetapi sesama kita, kita terus melenting dan bengis, kita nampak SALAH dan BURUK sahaja sesama kita. Inilah masalahnya.

Mereka-mereka ini ambil kesempatan atas kekeruhan sesama kita. Dan inilah salah satu darinya. Amat licik mereka.

Mak Cik hanya beri pandangan seorang tua. Tolak fahaman Politik ketepi...kalau muda mudi kita atau orang tua pun sudah terkeliru ALLAH kita sama je dengan ALLAH mereka, pada masa tu dah TAK GUNA dah, walau UMNO atau PAS yang memegang tampuk kerajaan.

Siapkan baldi tadah sahajalah air mata kita semua di bawah telunjuk mereka terutamanya DAP. Itu pun pada masa itu kalau kita masih ada lagi air mata. Dan mereka, bila dah dapat HAK akan mereka pertahankan sampai akhirat. Tak macam kita, senang senang nak bagi mereka apa sahaja yang mereka pinta.

WaAllahuAlam.

kulatlapok berkata...

salam MAKCIK: Terima kasih menitip ke sini. Saya bukanlah ahli tafsir kita perlu merujuknya pula dari sudut ILMIAH. Rasanya MAKCIK telahpun menziarah ke post PAKKARAMU (http://abnnasution.blogspot.com/) yg sedkit ada logik penjelasannya berserta dengan nasnya sekali. Wallahualam.

Tanpa Nama berkata...

peliklah betul Masyarakat Islam rakyat Malaya ni, Perkataan Allah telah digunakan oleh oleh orang2 kafir sejak dahulu lagi. Malah dalam Al-Quran selepas berakhirnya zaman jahilayah, tidak ada pula nas yg mengatakan Allah merlarang namanya digunakan oleh orang=orang kafir.

Cuba kita lihat senario hari ini pulak, banyak perkara2 yg boleh menjatuh akidah kita seperti aktivi2 yg tidak bermoral yg banyak sekali diluluskan oleh pihak berkuasa khususnya KERAJAAN yg memerintah, TIDAK PULAK KORANG HEBOH DAN BINCANGKAN?????????

Harap MAKCIK ni kena banyak mentelaah lagi ILmu Allah yg terbentang luas seperti ayat Al-Fatihah yg tuan Kulat postkan ni..

Tanpa Nama berkata...

Mana perginya pihak-pihak yang brtanggungjawab??? Kenapa mereka membisu?? Kenapa tiada kenyataan rasmi dari menteri agama? Pihak Raja-raja Melayu?? Mengapa mereka membisu??? Mengapa mereka perlu mengambil masa untuk mengeluarkan kenyataan?? Mengapa? mengapa?mengapa? Korang je semua yang tak mendatangkan hasil menyalak.. mereka yg dibayar beribu2 buat dono je.... memnang paling hampeh

Muhammad berkata...

Assalamu 'Ala Man Ittaba' al-Huda.

Setiap suatu taqdir itu ada baiknya:

silalah singgah ke laman blog saya:

http://surah-al-kahfi.blogspot.com/

http://rahsia-rahsiabesardalamal-quran.blogspot.com/

Malaysia oh Malaysiaku


RAKYAT YANG BERHAK MENERIMA PEMBANGUNAN