Jumaat, 1 Januari 2010

AL-FATIHAH UNTUK PAK GUS DUR & TOK MAT


Bekas Presiden Indonesia Abdurrahman Wahid, 69, yang lebih dikenali sebagai Gus Dur meninggal dunia di Rumah Sakit Cipto Mangunkusumo (RSCM) di Jakarta pada kira-kira pukul 6.45 petang waktu Indonesia Barat. Gus Dur, yang merupakan Presiden Indonesia keempat, ialah pengasas parti PKB, sebuah parti politik yang berasaskan Islam.
Manakala bekas Menteri Penerangan dan bekas Setiausaha Agung Umno Tan Sri Mohamed Rahmat yang sinonim dengan gelaran 'Tok Mat' meninggal dunia di kediamannya di Bukit Damansara. Allahyarham, yang sepatutnya menyambut ulang tahun kelahirannya ke-72 pada Isnin depan, dilaporkan meninggal dunia dalam tidur.

Semoga Allah mengampuni segala kesalahan mereka dan dihimpunkan bersama-sama orang yang soleh, Wallahuaalam. Al-Fatihah.

3 ulasan:

melayuangkat berkata...

Amin! Ya RabbulAlamin!!

Al Fatihah untuk kedua Arwah.

Selamat tahun baru 2010 buat Kamu sekeluarga.

kulatlapok berkata...

salam MAKCIK:

Agak Lama tak kedengaran berita, semoga kita semua dirahmati oleh Allah sempena awal Muharram ni dan tahun baru. Makcik dah menimang cucu ke..???

Tanpa Nama berkata...

Aj=Fatihah: Untuk kedua-dua Alallahyarham yg berjuang untuk nusa dan bangsa.

Malaysia oh Malaysiaku


RAKYAT YANG BERHAK MENERIMA PEMBANGUNAN