

Seorang Dr, di bawa khas dari Melaka untuk memastikan tahap kesihatan nelayan yg ditahan
Datuk Mohd Ali Rustam, siapa tak kenal pemimpin negeri Melaka ini yang pernah mengeluarkan pelbagai idea pelik sehingga mencetuskan kontroversi. Antaranya ialah larangan agensi kerajaan negeri melawat ke negeri Kelantan suatu ketika dahulu sehinggalah kepada anugerah Datuk kepada bintang Bollywood, Pak Shah Rukh Khan. Manakala cadangan pembangunan negeri pula, beliau juga tidak terlepas menerima kecaman dari pelbagai pihak khususnya dari pembangkang dan tak terlepas juga dari pesaing-pesaing politiknya yang menganggapnya banyak pembaziran serta menambahkan lagi bebanan hutang pada kerajaan pusat.
Kekadang dalam banyak hal, aku juga tidak terlepas antara yg tidak sehaluan dengan gaya kepimpinannya terutama jika melibatkan kepentingan masyarakat Melayu yang gagal beliau atasi. Apatah lagi jika ianya dimualkan pula oleh kroni-koroninya yang bersikap 'lebih sudu dari kuah'. Mereka sanggup bertindak rakus dengan menyekat urusan2 perniagaan tertentu serta menyenarahitamkan mereka yang tidak sehaluan dengan kerajaan negeri yang kebanyakannya melibatkan kaum Melayu.
Namun begitu, tidak ramai yg tahu dari segi sifat kemanusiaannya, memang tidak dinafikan beliau seorang yg perihatin dan peka dengan pemasalahan yg dihadapi oleh rakyatnya. Sebut sahaja bencana, pasti beliau akan muncul serta disusuli dengan beberapa tindakan yg drastik bagi mengatasinya dengan cepat. Satu contoh seperti yg terjadi dengan seorang kawan aku pula apabila masalah aduanya dengan pemimpin tempatan tidak dipedulikan. Namun setelah kawan aku tu berjumpa sendiri dengan beliau, keesokan harinya beberapa pegawai dari kerajaan negeri muncul dirumahnya untuk membuat siasatan aduannya.
Manakala baru-baru ini, Datuk Ali juga dengan pantas telah bergegas ke Bengkalis, Indonesia setelah mengetahui enam nelayan dari Pantai Puteri, Melaka telah ditahan oleh pihak berkuasa Indonesia kerana mendakwa menceroboh negara jiran itu. Pada pertemuan hampir sejam di sana , Datuk Mohd Ali telah memberi jaminan akan berusaha membebaskan mereka secepat mungkin selain menyampaikan sumbangan dalam bentuk pakaian, makanan dan wang tunai RM200 seorang. Bukan itu saja, nelayan terbabit turut diberi rawatan perubatan oleh pakar dari Pusat Perubatan Putra, Dr Malik Feisal Ayob, yang turut serta dalam misi berkenaan.
Itulah Datuk Mohd Ali Rustam, seorang pemimpin yg dianggap 'Arkitek Pembangunan Negeri Melaka' sehingga membawa Melaka sebagai distinasi pelancongan yg terkenal di Asia Tenggara. Memang tidak dinafikan, adakala gaya kepimpinannya tidak ramai yg sehaluan dengannya termasuklah aku, dan tidak kurang juga ramai yg mengipasnya untuk tujuan2 tertentu. Apa pun diharapkan semoga usaha2 yg dibuat oleh kerajaan negeri khususnya Ketua Menteri Melaka ini akan mengembirakan keluarga nelayan tersebut dan yang pastinya mereka semua akan kembali ke Malaysia dengan selamat. WALLAHUAALAM