Selasa, 28 Julai 2009

'TOK PA' PASANG ANGAN2 LAGI?


Keputusan DUN Manek Urai telah memberi petunjuk kepada UMNO Kelantan kononnya rakyat Kelantan telah mula 'beralih angin' dan 'muak' dengan permainan PAS yang langsung tidak membawa apa2 perubahan pembangunan di negeri serambi Mekah itu.


Justeru, khabarnya UMNO Kelantan telah mengatur 2 'strategi' dalam usaha untuk untuk menawan dan 'menembusi' Kelantan dari kengkangan PAS yang telah mencengkam Kelantan hampir 15 tahun. Difahamkan strategi itu membabitkan usaha untuk meningkatkan semangat ahli-ahli UMNO Kelantan bagi menghadapi PRU-13 nanti.

Menurut Pengerusi Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Mustapa Mohamad, Kelantan sebenarnya boleh ditembusi sekiranya semangat dan daya juang ahli2 UMNO ditingkat ke tahap yang maksima. Katanya semangat juang orang UMNO berbeza dengan PAS dan beliau seperti tidak sabar untuk menunggu saat2 perubahan kuasa pada PRU-13 nanti.

Kulat: Tok Pa kini telah mendapat semangat baru setelah dilantik semula menerajui UMNO Kelantan. Kali ini Tok Pa cuba memasang angan2 untuk merampas kembali Kelantan dari PAS pada PRU-13 nanti. Mungkin bukan perkara mustahil tetapi Tok PA perlu ingat, kalau sekadar menaikan semangat hanya ahli2 UMNO Kelantan sahaja, Tok Pa seperti bermimpi di siang hari. Umumnya sudah 3 PRU berlalu dan sudah 3 kali UMNO Kelantan melakukan pelbagai strategi untuk menawan Kelantan disamping dengan bantuan UMNO pusat.
Namun Tok Pa lupa, semangat orang Kelantan sebenarnya mahukan hak mereka sebagai rakyat Kelantan yang turut sama berkongsi dengan rakyat negeri lain yg turut sama membangunkan negara ini. Pembangunan bukan saja terletak pada kerajaan negeri malah kewajipan juga kepada kerajaan yg memerintah. Kerajaan pusat sebenarnya telah menjauhkan rakyat Kelantan dari pembangunan sejak 15 tahun yang lalu. Isu royalti minyak yg dituntut oleh rakyat Kelantan mungkin itu boleh membantu Tok Pa sebagai strategi untuk menawan Kelantan? Wallahuaalam.

Tiada ulasan:

Malaysia oh Malaysiaku


RAKYAT YANG BERHAK MENERIMA PEMBANGUNAN