Khamis, 9 Julai 2009

SEMUA JANJI NAK BELA RAKYAT, TAPI MACAM 2 X 5 AJE?

BILA MASA PILIHANRAYA, SEMUA PARTI MENGELUARKAN MANIFESTO MASING-MASING. APA LAGI SEMUA JANJI DITABUR, RAKYAT MENJADI KEUTAMAAN. WAKIL RAKYAT SANGGUP TURUN PADANG, BERSELINSING LENGAN, BERLIPAT SELUAR HINGGA KE PARAS LUTUT MEREDAH LUMPUR DAN DENAI. SEMUANYA UNTUK MENUNJUKKAN BAHAWA CALON YB ITU NANTI SANGGUP BERKORBAN BERSUSAH PAYAH BERSAMA-SAMA RAKYAT. TAPI RUPANYA MASIH ADA LAGI RAKYAT YANG HIDUP TERSISIH TIDAK SEPERTI MANA DALAM MANIFESTO YANG DIJANJIKAN SEBELUMNYA. MANA DIA JANJI-JANJI PARTI ATAU CALON WAKIL RAKYAT YANG TELAH MEMENANGI DI KAWASAN MASING2? NAMPAKNYA TIDAK KIRA PARTI APA, BAIK DARI PIHAK KERAJAAN MAHUPUN PEMBANGKANG SEOLAH2 PERJUANGAN MEREKA SAMA SEIRING 2X5. KEDUA-DUA GAMBAR DIBAWAH INI DAPAT MERUNGKAI DAN MENCERITAKAN SEGALA-GALANYA. WALALLAHUALAM.

GAMBAR 1:
PASANGAN WARGA EMAS, ABDUL HAMID KULUP NATIN, 65 DAN ISTERI, SALMAH AHMAD, 41 SERTA DUA ANAKNYA YG BERUSIA 16 DAN 10 TAHUN SERTA HIDUP SERBA KEDAIFAN DAN TIDAK TERURUS DI SEBUAH RUMAH USANG DI KG. PADANG MARHUM, DALAM PARLIMEN PARIT. MP PARIT- YB MOHD NIZAR ZAKARIAH (UMNO). DUN BELANJA - DATUK MOHD ZAHIM ABU HASSAN (UMNO). DUN BOTA - DATUK NASHARUDIN HASHIM (UMNO). KETIGA2 NYA ADALAH YB DARI BN.


GAMBAR 2:
PASANGAN MUDA SUAMI ISTERI, BASIR AHMAD, 29, DAN ISTERI, SITI HAJAR DAUD, 23 BERSAMA TIGA CAHAYAMATANYA YANG BERUMUR DUA HINGGA TUJUH TAHUN TEPAKSA HIDUP BERHIMPIT DALAM SEBUAH PONDOK YANG TAK UBAH SEPERTI REBAN KAMBING. PONDOK USANG YG MENANTI UNTUK ROBOH ITU TEPAKSA JUA DIHUNI OLEH PASANGAN INI YG TERLETAK DI KAMPUNG BUKIT ENDOI, KUALA KETIL, BALING, IAITU TERLETAK DALAM PARLIMEN BALING, MPNYA IALAH YB DATO TAIB AZAMUDDEN MD TAIB (PAS). DUN BAYU -YB AZMI CHE HUSEIN (BN). DUN KUPANG - YB. JOHARI ABDULLAH (PAS) DAN DUN KUALA KETIL - YB MD ZUKI YUSOF (PAS).

11 ulasan:

Mohd.Rizal berkata...

Assalam wbt.
Biasa le tu.....kempen pilihanraya. Selagi calon-calon wakil rakyat itu dan partinya tidak mengubah konsep 'YB' dari "Yang Berhormat" kepada "Yang Berkhidmat" maka selagi itulah kempen-kempen dan janji-janji mereka tak boleh dipercayai langsung.....Wallahu'alam.

kulatlapok berkata...

salam Mohd Rizal;
Terima kasih bro, dah lama tak menitip ke sini. Selepas ini mereka yg semacam teraniya ini harus berhati2 masa PRU13 akan datang. sekurang2nya ada janji yg dikota yg boleh melegakan kehidupan mereka.

melayuangkat berkata...

Assalamualaikum Dear Son,

Welcome to the REAL WORLD!

btw You should also include the fact that Lim Guan Eng had also forgotten his elections promises to that Buah Pala Indians. And that was less than two years ago!

Perihatim berkata...

Inilah dia, mengaku Islam, tetapi tak sabar.
Melayu, melayu... kau orang ingat nak buat sesuatu perubahan tu dalam sekelip mata je ke?
BN dah 50 tahun lebih memerentah, adakah semua masalah rakyat dapat diselesaikan?
Janji-jani yang mereka buat pun banyak yang cakap saja dan tak semua terlaksana. Kan PR baru saja berkuasa? Kau orang ingat dengan sekelip mata semua yang dijanji serta merta boleh terlaksana? Guna otaklah sikit. Bersabar.

Musuh-musuh sememangnya nak menjahamkan keadaan! Mereka tak senang duduk dan akan terus menyetan dan merasuk.

Contoh terbaik, yang baru mendirikan rumah tangga. Rasanya apa yang dijanjikan sebelum kahwin tentu terror punya. Maklumlah nak dapat.... Soalannya, boleh ke tunaikan segala janji yang telah dibuat serta-merta?
Lu pikirlah sendiri....(jika ada 'otak' )

YB Pencen berkata...

SALAM kULAT and specials for
TUAN PRIHATIM.
itu pasal jangan cuba berjanji manis. tak kira ko kerajaan ke atau pembangkang ke, nak jadi pemimpin ko ingat banyak senang? masa belum jadi, betul juga kata KULAT tu, lautan lumpur pun boleh diorang redah.

Nah..! Tuan Prihatim sekarang ko saksikan pulak kt Manek Urai. Dari rumah ke rumah diorang panjat. Satu persatu orang miskin diusung kesana-kemari hanya semata2 untuk masukkan dalam media. Kononnya bakal YB ni semuanya prihatin.

Lepas pilihanraya di Manek Urai ni Tuan Prihatim nanti cuba buktikan yg YB ni boleh ke bekerja BERKHIDMAT UNTUK RAKYAT.??

Tanpa Nama berkata...

Sdr. PRIHATIM memang ko ni seorang PRIHATIM tapi bukan PRIHATIN. Tak kira lah YB dari mana BN ke PR ke yang pastinya amanah dan tanggungjawab mesti ada. jangan nak salahkan BN yg memerintah 50 Tahun, mereka telah membangunkan negara ini sehingga kemakmuran telah dapat dikecapi oleh semua bangsa termasuk Sdr. PRIHATIM sekali.

Tanpa Nama berkata...

Salam semua.
Inilah perangai orang melayu yang suka mencari salah orang lain.Sekarang ni hanya waktu mengundi di Manek Urai.Gilir kita belum lagi.Tengok dulu pembangkang atau kerajaan yang memerintah.Giliran kita mungkin PRU13 insyaALLAH.Bagi saya saya akan tengok rekod keseluruhan bukan dua tiga rekod sahaja.Serupa Amerika naiklah yang mana presiden pun dasrnya lebih kurang sama.Cuma yang saya hairan pemimpin asing dia lebih mementingkan rakyatnya daripada orang asing.Negeri kita lebih sayang orang luar daripada kita.Dasar liberal yang baru ni pun kita tak dapat nak kata apa.Pandai -pandai sahaja nak jual saham kita kepada orang asing.Negeri pun kena jual.Hasil negeri kita banyak ada tak mereka mahu memberi kepada kita sedikit.Mereka mahu memberi kepada warga asing.Rakyat kita banyak yang daif mereka lupakan hanya mengira keuntungan yang sedikit daripada menjaga negeri yang akan tergadai.Tengok kerajaan lama ,tinggalkan hutang berjuta -juta kerajaan baru yang kena bayar.Tak sedar lagikah kita.Apa yang saya crita bukan pembohongan.Saya ada orang yang rapat dengan puak-puak lama ini.Pisang emas dibawa belayar, masak sebiji diatas peti,hutang emas boleh dibayar,hutang negeri rakyat yang mati...

Tanpa Nama berkata...

woi..woi..woi..HANGPA SEMUA BUANG MASA JE DOK KETEGAQ. LAHNI BUKAN MASA NAK BETENGKAQ. KALAU DAH TAHU ADA RAKYAT YG SUSAH APALAGI, PI CEPATLAH AMBIL TINDAKAN PI TOLONG DEPA TU.. NI CAKAP BANYAK PUN TAKDA GUNANNYA. UDAH, UDAH PI BUAT KERJA SEMAU, TAK KIRALAH PAS KE UMNO KE, MCA KE APA PARTI PUN JANGAN SEMUA DOK NAK SALAHKAN ORANG LAIN.

mountdweller berkata...

Salam sdr. kulat.

Maaf kerana lama tak jengok ke sini.

Semua catatan/komen sebelum ini adalah betul dan saudara juga betul.

Cuma satu perkara yang sepatutnya kita sebagai Islam ambil perhatian.. iaitu janji/manisfesto. Bagi Agama Islam janji mesti ditunaikan!. Tidak ada helah lagi. Kalau rasanya tak mampu nak tunaikan jangan berjanji, akan jatuh munafiq nanti.

Kesimpulannya kebanyakan manusia politik adalah manusia yang melebihi biawak, lidah bercabang-cabang. Biawak hanya lidah bercabang, bukan bercabang-cabang! Lain masa memujuk, lain pula bila dah dapat.

kulatlapok berkata...

salam blogger semua,
terima kasih kerana sudi menitip di sini. Tidak kira apa parti yg memerintahpun samada PR atau BN mereka perlu berpijak pada bumi yg nyata ini.

1. Makcik Angkat - Memang ada kebenarannya dan kenyataan itu memnag tidak dinafikan.

2. Sdr. Prihatim - Tuan YB Pencen telah tolong memberikan jawapannya. Terimakasih YB Pencen.

3. Tanpa nama 10 Julai 15:03 -
4. Tanpa nama 10 Julai 16:02 -
5. Tanpa nama 10 Julai 16:52 - Seperti kata Tuan Mountweller, semua catatan/komen sdr2 semuanya adalah betul.

Dan satu lagi pesanannya yg benar2 menghempas kepala ialah- yang sepatutnya kita sebagai Islam ambil perhatian.. iaitu janji/manisfesto. Bagi Agama Islam janji mesti ditunaikan!. Tidak ada helah lagi. Kalau rasanya tak mampu nak tunaikan jangan berjanji, akan jatuh munafiq nanti. Itulah seperti pesanan dari Tuan Mountdweller, Wallahualam.

Yang Berkhidmat berkata...

salam TUAN PRIHATIN

Najib baru memerintah 100 hari, Mahathir kata Najib dah gagal. Inikan pulak YB YB yg dah jadi YB selepas PRU12 dah dekah 2 tahun kira 720 hari pun ko kata masih belum cukup untuk melaksanakan tanggungjawab? lebih baik bagi peluang pada orang lain yg lebih layak jadi YB dikawasan2 yg banyak masalah. PR dan BN semuanya memnag sama aje.

Malaysia oh Malaysiaku


RAKYAT YANG BERHAK MENERIMA PEMBANGUNAN