Isnin, 13 Julai 2009

MUHYIDDIN CUBA MENYOGOK PENGUNDI MANEK URAI?

Terkejut juga aku tengok berita TV3 suku malam tadi bilamana Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Timbalan Presiden Umno hari ini membuat kenyataan yang mengejutkan semua rakyat Malaysia.

Mulanya macam aku salah dengar tapi kenyataan Muhyiddin itu bukan tipu tapi memang benar apa yang keluar dari mulutnya sendiri iaitu "Kerajaan Pusat menawarkan untuk membina jambatan baru yang dianggar berharga RM7 juta hingga RM10 juta, sekiranya (iaitu dengan bersyarat) jika pengundi memilih BN dalam pilihanraya kecil DUN Manek Urai Selasa ini" katanya dengan jelas.

Menurut Muhyiddin dengan jelas lagi, "Kita boleh bagi (jambatan baru), insya-Allah, tetapi ada syarat (jelas seperti ada unsur ugutan) . Yang itu senang saja, pangkah saja (BN). Kita nak beritahu semua, mu (kamu) nak lalu sini, mu kena pangkah BN."Kalau tidak, esok dia tak dapat jambatan. Nak jambatan, pangkah BN," katanya di hadapan 200 penyokong BN.

Kenyataan Muhyiddin itu samada dia sedar atau tidak, nampaknya seperti cuba menyogok pengundi DUN Manek Urai tetapi dengan bahasa yang agak lembut iaitu dengan membuat tawaran. Ianya bukan rasuah pilihanraya, tapi ini tawaran. Bagaimanakah yang dikira difinisi rasuah? Soalan ini perlu dijawab oleh pihak Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM). Manakala di bawah ini adalah takrif suapan oleh SPRM. Sila tafsirkan dot yang berwarna merah dibawah. Rasanya ianya jelas termasuk dalam ugkapan dari Timbalan Perdana Menteri Malaysia itu. Walalahuaalam.

Takrif Suapan

  • wang, derma, alang, pinjaman, fee, hadiah, cagaran berharga, harta atau kepentingan mengenai harta, iaitu apa-apa jenis harta, sama ada alih atau tak alih, atau apa-apa manfaat seumpama itu yang lain;
  • apa-apa jawatan, kebesaran, pekerjaan, kontrak pekerjaan atau perkhidmatan, dan apa-apa perjanjian untuk memberikan pekerjaan atau memberikan perkhidmatan atas apa-apa sifat;
  • apa-apa bayaran, pelepasan, penunaian atau penyelesaian apa-apa pinjaman, obligasi atau liabiliti lain, sama ada keseluruhannya atau sebahagian daripadanya;
  • apa-apa jenis balasan berharga, apa-apa diskaun, komisen, rebat, bonus, potongan atau peratusan;
  • apa-apa perbuatan menahan diri daripada menuntut apa-apa wang atau nilai wang atau benda berharga;
  • apa-apa jenis perkhidmatan atau pertolongan lain, seperti perlindungan daripada apa-apa penalti atau ketakupayaan yang di kenakan atau yang dikhuatiri atau daripada apa-apa tindakan atau prosiding yang bersifat tatatertib, sivil atau jenayah, sama ada atau tidak sudah dimulakan, dan termasuk penggunaan atau menahan diri daripada menggunakan apa-apa hak atau apa-apa kuasa atau kewajipan rasmi; dan
  • apa-apa tawaran, akujanji atau janji, sama ada bersyarat atau tidak bersyarat, untuk memberikan suapan mengikut pengertian mana-mana perenggan (a) hingga (f) yang terdahulu.

2 ulasan:

NX berkata...

wang, derma, alang, pinjaman, fee, hadiah, cagaran berharga, harta atau kepentingan mengenai harta, iaitu apa-apa jenis harta, sama ada alih atau tak alih, atau apa-apa manfaat seumpama itu yang lain;

"apakah sekolah agama nik aziz terletak di pulau melaka itu yang 1 bloknya dihadiahkan oleh syarikat SBJ itu juga dikira suapan?"

kulatlapok berkata...

salam NX,

JIKA IANYA ADA TERMASUK TAKRIF YG SPRM GARISKAN TU, BUKAN ITU SAHAJA, PROJEK BN LEBIH BANYAK DARI ITU. TAPI SEPERTI NX DAKWAKAN TU ADA UNSUR2 SEPERTI YG DITAKRIFKAN, APALAGI ADUKAN SAJA KAT SPRM, BIAR NIK AZIZ DISERET KE MAHKAMAH. BEKAS2 MENTERI KABINET BN YG KES BEPROFAIL TINGGI HINGGA KINI DOK BEBAS GOYANG KAKI BRO..

Malaysia oh Malaysiaku


RAKYAT YANG BERHAK MENERIMA PEMBANGUNAN