Isnin, 6 Julai 2009

BABI DI KEDAH, JIRAT DI MELAKA. UNTUNGNYA NASIB KAUM CINA

Umumnya isu pusat penyembelihan babi di Kedah kini menjadi kecoh dan pihak media terutama media penjuak pun seperti mencurah minyak ke dalam api dan memperbesar-besarkan kenyataan pemimpin DAP Kedah kononnya kerajaan negeri pimpinan Datuk Sri Azizan Razak mengabaikan kebajikan kaum TiongHua di negeri Jelapang Padi itu.

Akibatnya terjadi tuduh- menuduh dan sehingga hari ini isu pusat penyembelihan babi masih lagi belum reda dan terbaru akhbar penjuak sekali lagi cuba untuk memperbesarkan isu yang boleh menjejaskan hubungan perkauman di negeri itu kononnya kerajaan Kedah juga akan merobohkan tokong dan kuil hindu pula. Akhbar2 penjuak BN ini seperti mendapat semangat baru dengan memperbesar2kan kedua-dua isu tersebut dan seolah-olah cuba menyalahkan kepimpinan MB Kedah serta cuba hendak membela kaum Cina.


Berlainan pula isu di Melaka, bilamana penduduk2 Melayu Kg. Pondok Kempas dan penduduk jati kampung tersebut yang telah mengadakan demonstrasi Aman/Perhimpunan siri kedua untuk membantah pembinaan Jirat Cina dan Rumah Pembakaran Mayat di kawasan yang majoritinya penduduk Melayu kurang mendapat liputan dari akhbar2 penjuak. Malah sehingga kini isu itu tidak langsung disiarpun di kaca TV.

Lebih malangnya perhimpunan secara aman itu telah dihalang oleh pihak polis yang lengkap bersenjata di sekitar kawasan perhimpunan. Trak Black Maria turut bersiap sedia. Difahamkan satu memo bantahan telahpun dihantar kepada Ketua Menteri Melaka. Namun sehingga ke hari ini, kerajaan negeri masih sepi berdiam diri. Para penduduk kampung semacam telah menjangkakan, berkemungkinan pihak kerajaan negeri dijangka tidak mampu untuk membela nasib penduduk Kg. Pondok Kempas demi untuk menjaga hati dan membela nasib kaum kaum TiongHua di negeri Hang Tuah itu.

Kulat: Dengar khabarnya seramai 80 ahli UMNO penduduk kampung tersebut mengugut akan keluar dari UMNO. Hal yang sama seperti terjadi di Kedah, DAP keluar dari Parti Pakatan Rakyat.

9 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

TANYA PADA MERAKA YG BUAT BANTAHAN ATAU PROTES MENGENAI PEROBOHAN TEMPAT SEMBELIH BABI , DIMANA RUMAH MEREKA. ADAKAH RUMAH MERAKA TERLETAK BERHAMPIRAN KAWASAN ITU ATAU TIDAK , SETAHU SAYA IA BERHAMPIRAN PERKAMPUNGAN MELAYU. KALAU TIDAK TINGGAL DI KAWASAN ITU TOLONG JANGAN BISING

kulatlapok berkata...

salam untuk:
YANG DATANG TIDAK BERNAMA 22:46.

Ko tak faham maksud post aku ni. Yg bising kat Kedah bangsa Cina buat kecoh pasal tempat sembelih babinya dirobohkan. orang media punyalah canang macam mereka pun sama ada kepentingan tempat sembelih babi tu. Tapi kalu pasal rumah Melayu kena roboh tidak pula pemakan babi ni kecoh macam kat ampang tu dulu. Manakala Yg bising kat Melaka tu pulak bangsa Melayu, pemimpin nya Melayu pulak dok buat diam aje.

Sinar Harapan berkata...

Assalam wbt.

Memang nampak berat sebelah.....Wahai pemimpin kaumku yang sebangsa dan seagama, ikhlaslah dalam perjuangan anda demi agama, bangsa dan negara. Tak ada gunanya dok melaungkan 1Malaysia tu jika 'anak' sendiripun tak terjaga.....Wallahu'alam.

Tanpa Nama berkata...

aku nak tukar jadi cina macam mana prosedurnya?

dah lama aku malu jadi melayu

umno dan pas pun sama aje

satu tamak kuasa dan yang satu lagi gila nak berkuasa

islam bagi kahwin empat tak mahu,habis pergi cari buntut budak2lelaki yang cantek.

mana ada pemimpin melayu yang dapat dihormati?

dulu adalah nik aziz tapi sekarang dah jadi bingung nak memerintah kerajaan pusat.

Mat Pendang berkata...

salam Bro,

pusat sembelih babi kat kedah dikelilingi orang2 melayu. kerajaan negeri dah lama beri amaran pindah depa kata sat lagi sat lagi sat lagi. pas tu tak pindah2 juga kena roboh dah dia kata kerajaan Pas tu zalim.

media pengampu pun masuk jarum buat hotline macam nak bela depa tu, memnag cina kat kedaj tu media penjuak UMNO yg bela depa tu.

pas tu kat melaka pulak, yg hairannya, orang melayu bantah, pemimpin melayu lak yg buat dontknow. orang cina dapat pembelaan lagi tapi kali ni bukan media tapi kerajaan negeri pulak tu.

depa ni nak tanam kubuq pi jauh-jauh, tak mahu pulak tanam dekat dengan perumahan depa. pandai lak depa kata nanti 'SUEI'. biaq kena dengan orang melayu tak pa.
PIIIIRRAAHHH...!!! YG KATA MELAYU BELA MELAYU, MANA DIA???

Tanpa Nama berkata...

senario ini semuanya berkisarkan ketamakan kuasa yang berpaksikan kepentingan politik semata-mata tidak kira samada PAS ATAU UMNO begitu juga DAP YAG DARI DULU TIDAK JUJUR DALAM PERJUANGAN. BANGSAT..!!

Tanpa Nama berkata...

masa PRK kat Trengganu, kita semua boleh saksikan, berjuta duit dilambakan untuk sekolah Cina. Untuk apa? Tidak lain tidak bukan, mereka hanya memerlukan untuk satu Cina satu Undi sahaja. Memang untung betul kaum Cina kat Malaya ni.

Tanpa Nama berkata...

Melayu kat malaya pun beruntung tapi tidak pernah hargai tanah air sendiri.

kulatlapok berkata...

RAMAI YG DATANG TIDAK BERNAMA, TAPI TAK MENGAPA, SELAGI ADA PERKATAAN YG DITULIS, MAKNANYA MEREKA INI MEMANG MANUSIA BUKAN JIN.

UNTUK YG BERNAMA:
1.SINAR HARAPAN - BILA BERPOLITIK, KEIKHLASAN ADAKALANYA 'TERTIRIS'.

UNTUK YG TAK BERNAMA:
1.14:48 - ITU PASAL ALLAH SWT MENJADIKAN MANUSIA ITU TIDAK SAMA PEMIKIRANNYADAN SIFAT KELAKUANNYA.

2. 21:28 - BILA ADA KEPENTINGAN POLITIK DIDAHULUKAN, BANGSA SENDIRIPUN SANGGUP DIGADAINYA.

3. 06:58 - PAS PATUT MEMIKIRKAN SEMULA HUBUNGANNYA DENGAN DAP. MEMNAG PARTI INI SENTIASA MENCURIGAI PERJUANGAN PAS TERUTAMA TENTANG NEGARA DAN HUKUM ISLAM.

4. 06:35 - KAUM CINA DI MALAYA ANTARA YG TERPILIH DAN TERBELA HIDUPNYA ATAS BANTUAN DARI BANGSA MELAYU ITU SENDIRI.

5. 13:09 - MEMNAG MELAYU KAT MALAYA TERUTAMA KALU DAPAT JADI PEMIMPIN, MEREKA BOLEH JADI KAYA HASIL TERNAKAN BABI ORANG CINA. KENAPA? ANDA CARI JAWAPAN NYA TERUTAMA SEPERTI ISU BABI DI MELAKA, ANDA PASTI ADA JAAWAPANNYA.

Malaysia oh Malaysiaku


RAKYAT YANG BERHAK MENERIMA PEMBANGUNAN