Ahad, 12 Julai 2009

MALANG RAKYAT KELANTAN BILA PEMIMPIN KELANTAN NAFI HAK KELANTAN


Pada 28 Jun 2009, Ketua Perhubungan UMNO Kelantan, Mustapha Mohamed menafikan bahawa hasil bumi (petrolium) itu adalah hak Kelantan kerana katanya ia adalah di kawasan pertindihan antara Malaysia dan Thailand serta Malaysia dan Vietnam. Inilah kenyataan yang disebut oleh Mustapha Mohamed, seorang rakyat Kelantan yang menafikan hak rakyat Kelantan.

Inilah senario biasa politik dalam negara Malaya ni, memang dah nasib rakyat Malaysia yang duduk dibawah kerajaan negerinya pembangkang, apa saja haknya akan dinafikan hanya semata2 untuk kepentingan politik. Lihat saja Terengganu sewaktu ketika dulu bila saja kerajaan Pas dapat memerintah, royalti petroliumnya serta merta dinafikan. Namun ianya dipulangkan semula selepas BN dapat menguasai semula Terengganu. Jika ditakdirkan Kelantan jatuh ke tangan BN pada PRU12 yang lalu, tidak mustahil segala hak Kelantan akan dipulangkan dan peruntukan pembangunan akan mencurah2 masuk untuk kerajaan negeri BN bagi menjana ekonomi negeri itu yang sekian lama ketinggalan dari arus pembangunan.

Kalau berdasarkan seminar berhubung KDNK mengikut Negeri yang telah diadakan pada 16 Mac 2009, di Unit Perancang Ekonomi Negeri, Jabatan Perdana Menteri, Putrajaya. Satu penemuan menarik telah mengesahkan segala yang sebelum ini sering cuba disembunyikan oleh Kerajaan Barisan Nasional. Di dalam seminar tersebut, Economic Planning Unit(EPU), Jabatan Perdana Menteri dan Jabatan Statistik Negara memaklumkan angka baru sektor perlombongan di Negeri Kelantan adalah sangat signifikan iaituRM2,615 juta bagi tahun 2006 dan RM2,721 juta bagi tahun 2005. Iaitu angka yang mudah dibaca ialah RM2.6 Billion dan RM2.7 Billion. Pada kebiasaannya sumbangan sektor perlombongan kepada KDNK Negeri Kelantan hanyalah 1.5% sahaja iaitu didalam lingkungan RM70 ke RM100 juta sahaja.

Oleh yang demikian, sekiranya royalti Petroleum dan Gas Asli dibayar kepada Kelantan berdasarkan data EPU Jabatan Perdana Menteri mengikut akta dan perjanjian yang ditandatangani disini maka Kelantan berhak mendapat royalti 5% daripada hasil pengeluaran. Oleh yang demikian, royalti yang harus dibayar secara tunai oleh kepada negeri Kelantan padatahun 2005 ialah sejumlah RM131 juta. Bagi tahun 2006 pula ialah RM136 juta. Jumlah tersebut dijangka mampu menjana ekonomi dan pembangunan di negeri Cik Siti Wan Kembang itu. Isu ini juga yang juga selama ini sering didakwa oleh UMNO bahawa Kelantan antara negeri dan rakyatnya yang terus tertinggal dari arus pembangunan.

Bagaimanapun dalam isu ini, Ketua Pembangkang BN Kelantan, Alwi Che Mat dan Timbalan Menteri Kewangan Awang Adek lebih positif dan lebih mementingkan hak Kelantan dari bermain politik lantaran bersedia untuk bersama-sama rakyat Kelantan mendapatkan hak tersebut. Wallahuaalam.

sumber maklumat:http://kickdefella.wordpress.com/

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

salam Tuan Lapok:

Ini adalah satu kenyataan bukan khayalan. Timbul persoalan kenapa mereka menyekatnya, tak lain tak bukan kerana POLITIK mereka.

Mereka adalah peimipin untuk semua rakyat yg dinamakan MALAYSIA. bUkan MALAYTAN (MALAYSIA KELANTAN). Justeru rakyat Kelantan berhak mendapat sedkit hasil untuk negaranya sendiri.

Malaysia oh Malaysiaku


RAKYAT YANG BERHAK MENERIMA PEMBANGUNAN