Sabtu, 18 Julai 2009

PRK MANIK URAI: TIDAK ADA BEZANYA MAJORITI 62 UNDI PRK DENGAN MAJORITI 53 UNDI PRU11

UMUMNYA KEPUTUSAN PRK MANIK URAI TELAHPUN DIKETAHUI UMUM DAN BERBAGAI ANDAIAN DAN RUMUSAN TELAH DIBUAT OLEH PARA PENGANALISA POLITIK NEGARA INI BERIKUTAN KEMENANGAN TIPIS PAS DENGAN MAJORITI HANYA 62 UNDI BERBANDING DENGAN MAJORITI PRU12 IAITU 1,352 UNDI. PADA PRK LALU, CALON PAS, MOHD FAUZI ABDULLAH MEMPEROLEHI 5,348 UNDI MANAKALA CALON BN, TUAN AZIZ TUAN MAT MEMPEROLEHI 5,283 UNDI.

APAPUN ANALISA DAN PANDANGAN YG DIBUAT OLEH KEDUA2 PIHAK YG BERTANDING ITU MUNGKIN ADA KEBENARANYA. DAKWAAN UMNO/BN KINI SUDAH MULA MENDAPAT SOKONGAN MORAL MUNGKIN JUGA ADA KEBENARANNYA DAN DAKWAAN PAS PULA MENYATAKAN ADANYA SOGOKAN WANG MUNGKIN JUGA ADA KEBENARANNYA.

NAMUN BEGITU ADA JUGA PARA PEMERHATI POLITIK MENDAKWA, UNDI MAJORITI YG DIPEROLEHI PADA PRK KALI INI TIDAK BOLEH DI JADIKAN UKURAN OLEH UMNO/BN BAHAWA PENGUNDI KHUSUSNYA RAKYAT KELANTAN TELAH MULAI SEDAR DAN MENYOKONG MEREKA. INI KERANA IANYA TIDAK BANYAK BEZANYA SEPERTI KEMENANGAN BN PADA PRU11 YANG MENDAPAT MAJORITI 53 UNDI DAN UNDI ROSAK JUGA MELEBIHI MAJORITI UNDI IAITU 105 UNDI.

PADA PRU12 PULA, PAS MERAMPAS KEMBALI DUN MANIK URAI DENGAN JUMLAH MAJORITI YG BANYAK IAITU 1,352 UNDI. KALAU DILIHAT SENARIO PRK KALI INI, KEDUA2 PARTI MEMPUNYAI PENGUNDI YG SEIMBANG IAITU MASING2 BOLEH DIKATAKAN MEMILIKI PENGUNDI TETAP IAITU 5,000 PENGUNDI. JUSTERU BOLEH DIKATAKAN MAJORITI UNDI YANG SERAMAI 1,352 SEMASA PRU12 YG LALU ADALAH MERUPAKAN PENGUNDI ATAS PAGAR PADA PRK MANIK URAI KALI INI YG HANYA MENUNGGU ARAHAN UNTUK MEMANGKAH DI SAMPING ADA HABUAN YG MENUNGGU.

DIFAHAMKAN SEHINGGA KINI MASIH LAGI KECOH KERANA PENGUNDI ATAS PAGAR MENDAKWA MASIH ADA LAGI YG TIDAK MENERIMA WANG YG DIJANJIKAN OLEH PIHAK2 TERTENTU. MANAKALA KETUA DEWAN PEMUDA PAS KELANTAN TELAHPUN MENDAPAT MAKLUMAT DAN DIJANGKA AKAN MEMBUAT LAPORAN KEPADA POLIS DAN PIHAK SPRM KERANA MENDAKWA ADA SOGOKAN WANG SEMASA PENGUNDIAN DAN ITULAH SEBAB MUNGKIN MAJORITI PAS MENURUN. WALLAHUAALAM.

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

kenyataan BN dan penganalisis2 politik yang menjadi penjuak mereka hanya sekadar untuk memyedapkan hati mereka sahaja. kenapa mereka tidak rujuk pada Statistik PRU11? Memang tak ada bezapun langsung..

Pok Him berkata...

rakyat sebenarnya dah bosan dengan perjuangan PR yg langsung tak ada membawa perubahan. Pembangunan di Kelantan terus ketinggalan.

Pengundi Baru berkata...

sebenarnya PR perlu berhati pada PRU!# nanti. PRK kali ini membuktikan strategi BN tanampak menjadi dan begitu berkesan melalui propagandannya di akbar2 dan media eletronik.

Pengundi baru juga tidak boleh dipandangn ringan dan kali ini BN berjaya menyakinkan mereka supaya condong kepada BN melalui propaganda pembangunan yg sememangnya Kelantan jauh ketinggalan daripada arus pembangunan bebanding dengan negeri2 lain di semenanjung Malaya ini terutama jirannya TERENGGANU.

Malaysia oh Malaysiaku


RAKYAT YANG BERHAK MENERIMA PEMBANGUNAN