Ahad, 4 Januari 2009

KHALID TERKEJUT..??

Kenapa pulak Khalid terkejut dengan calon PAS Pilihanraya Kecil K.Terengganu..??

Ahli Parlimen Shah Alam, Abdul Khalid Samad mengaku 'terkejut' dengan pengumuman YB Abdul Wahid Endut, ADUN Wakaf Mempelam sebagai calon PAS untuk pilihanraya kecil Kuala Terengganu. Beliau mendakwa bukan dia seorang saja yang terkejut malah semua orang terkejut dengan pengumuman tersebut. Difinasi 'terkejut' bermaksud terperanjat atau tersentak atau seolah-olah 'tidak percaya' apa yang dilihatnya atau didengarnya. Terkejutan Khalid itu boleh membawa dua maksud yang berbeza samada dia bersetuju dengan calon yang telah diumumkan oleh Tuan Guru Hj Hadi itu atau sebaliknya.

Namun begitu, Khalid yang sebelum ini telah dilucutkan jawatannya sebagai timbalan pesuruhjaya II PAS negeri Selangor tidak menyatakan sejelasnya kenapa beliau 'terkejut' dan siapakah 'semua' yang dimaksud oleh Khalid itu? Adakah Khalid tidak mempercayai calon yang telah dibuat oleh PAS pusat itu atau kerana beliau masih tidak sehaluan dengan pemimpin utama PAS terutama pemimpin negerinya. Sebelum ini para penyokong PAS malah UMNO tertunggu-tunggu calon dari PAS dan umumnya ramai ketahui ada beberapa calon popular telah cuba ditonjolkan oleh penyokong masing-masing untuk diletakkan bertanding. Semuanya memang hebat dan berkarisma. Akhirnya YB Abdul Wahid Endut dianggap penyelesaian 'jalan tengah' iaitu calon yang tidak mewakili mana-mana pihak. Semoga calon ini dapat meredakan pertelingkahan berbagai pihak dalam PAS dan seterusnya merapatkan semula kepimpinan dalam safnya.

KULAT: Semoga calon orang tengah ini akan dapat mengurangkan keterkejutan ramai dikalangan ahli PAS terutama Ahli Parlimen Shah Alam yang masih belum jelas kenapa beliau terjekut??. Kebijaksanaan barisan tertinggi PAS mungkin mempunyai strategi tertentu memilih anak 'Terengganu Kita' untuk merampas kerusi Parlimen Kuala Terengganu dan seterusnya menambah lagi MP Pakatan Rakyat di Parlimen nanti. Wallahua'alam

1 ulasan:

Harimau-Menaip berkata...

Salam Tuan,

Kadang-kadang, tertanya juga yang YB Shah Alam ni duk sebelah parti mana....

Malaysia oh Malaysiaku


RAKYAT YANG BERHAK MENERIMA PEMBANGUNAN