Sabtu, 17 Januari 2009

PAS MENDAPAT KEMENANGAN MORAL PUSINGAN PERTAMA

Pengurus Pilihan Raya kecil Kuala Terengganu, Datuk Mat Razali Kassim yang sebelum ini menafikan yang beliau telah berkempen meraih undi dengan meminta kakitangan Majlis Bandaraya Kuala Terengganu mengundi Barisan Nasional (BN) Sabtu ini. Namun akhirnya beliau terpaksa akur dan telah menarik diri secara mengejut selepas didakwa berat sebelah oleh PAS. Selain protes dari PAS, satu laporan polis juga telah dibuat oleh ketua Angkatan Muda PKR Terengganu, Mohd Fariz Musa dengan mendakwa Mat Razali mengugut kira-kira 590 kakitangan MBKT di Dewan Tunku Abdul Rahman dengan kata2 "kalau berani dan tidak takut dibuang kerja, silalah sokong pembangkang". Namun disebalik ucapan beliau itu, akhirnya kakitangan MBKT mendapat berita yang mengembirakan mereka apabila bossnya pula sendiri yang meninggalkan mereka secara mengejut sebelum berakhirnya kempen pilihanraya tersebut.
Kulat: Syabas kepada PAS yang telah berkerja keras untuk mencapai matlamatnya dan isu ini ibarat kemenangan moral pusingan pertama bagi mereka. Namun PAS kena berusaha dengan lebih gigih lagi terutama di saat2 terakhir kempen sebelum ianya berakhir pada lewat malam ini. Apa pun sama2lah kita tunggu keputusan penentuan sebenarnya pada malam Sabtu ini.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

PAS DAH MENANG BUKAN MIMPI LAGI BEB.....TAHNIAH

Malaysia oh Malaysiaku


RAKYAT YANG BERHAK MENERIMA PEMBANGUNAN