Akibat terpengaruh untuk menikmati kemewahan dunia dengan jalan yang singkat, akhirnya perjalanan hidupnya juga berakhir dengan singkat apabila dijatuhkan hukuman gantung sampai mati. Shahrullah Abdul Rakeb, 28 tahun akan menghabiskan sisa-sisa hidupnya dipenjara sebelum hukuman gantung dilaksanakan pada dirinya. Shahrullah yang didapati bersalah kerana mengedar dadah jenis kanabis seberat 1,727 gram pada Ogos 2005.
Beliau yang seperti menyesal dengan kehidupan yang dilaluinya hanya mengelengkan kepalanya tanda 'tidak' akan membuat sebarang rayuan terhadap hukumannya bila ditanya oleh hakim.
Agaknya inilah balasannya akibat tidak berfikir panjang akan kesan yang bakal diterimanya. Nasibnya baik kerana tidak meninggalkan isteri dan anak yang sudah tentu kehilangan tempat bergantung. Namun kesan kepada ibubapanya sudah tentu meratapi kehilangan anak kesayangan yang mereka dambakan sejak lahir akan menjadi seorang insan yang berguna untuk keluarga, bangsa, agama dan negara.
5 ulasan:
Itulah Allah mengurniakan akal kepada makhluk jenis manusia bagi mempertimbangkan sesuatu itu buruk atau baiknya.
Kita bersimpati dengan nasib yang diterima dan maruah yang terpalit oleh keluarganya.
Walau apa pun itu adakah hukuman yang diterima juga dengan takdirNya. Apakah daya kita sebagai makhluk.
Kurang lah lagi seorang perosak anak bangsa.
Semoga taubatnya nanti diterima Tuan Punya Dunia.
Telah disuratkan kehidupan remaja ini setakat ini sahaja. Namun ini juga tidak memberi contoh dan tauladan kepada mereka yang masih lagi menjalankan aktiviti yg sama di luar sana. Falsafah mereka ialah selagi tidak kena cekup selagi itulah aku kan mengecapi kemewahan yg dicari..
Sdr Kulat;
Ini hanya segelintir sahaja malah masih ramai lagi remaja yg sekarang ini terlibat dengan benda najis tu. Tuang buatnya bangsa lain tapi yg mengedarnya terutama sekali bangsa Melayu.
Assalamualaikum anakku,
Mak Cik dapat 'rasakan' betapa hancurnya hati keluarganya terutamanya ibunya. Berani dia menghadapi hakikat akan perbuatannya itu. Bukan calang calang orang kiranya dia ini. Rupa pun ada, sifat semua cukup lengkap dari kurniaan Illahi.
Semoga Allah swt akan menerima Taubatnya dan Mengampunkan dosa-dosanya dan dosa dosa kita juga. Jika dia masih ada ibu, mesti ibunya menangis tiap tiap malam.
Dadah memang musuh kita nombor satu, terlalu banyak rangkaian keluarga yang musnah kerana najis dadah ini tak termasuk kehidupan muda mudi Melayu yang punah seperti yang kita semua maklum dan Mak Cik setuju dengan saranan Gagak Hitam itu.
Catat Ulasan