Sabtu, 17 Januari 2009

TERIMA KASIH EZAM, TERIMA KASIH MEDIA PENJUAK



Syabas kepada PAS yang telah berkerja keras untuk mencapai matlamatnya dan pada post aku yg sebelum ini menyatakan "PAS Mendapat Kemenangan Moral Pusingan Pertama" berikutan perletakan jawatan Pengurus Pilihanraya menepati telahan aku bahawa PAS dijangka akan memenangi pilihanraya P36. Ini dibantu lagi dengan laporan2 berat sebelah dari penjuak2 media BN termasuklah blog2 yg menyebelahinya yang melaporkan maklumat yang salah sehingga terlalu meyakinkan kepada calonnya bahawa BN mempunyai kekuatan tersendiri terutama daripada pengundi minoriti Cina. Ini dikusutkan lagi dengan membawa panglima yg bersenjatakan keris tumpul bilamana Ezam cuba membuat provokasi yg salah bila asyik menyerang isu Anwar Ibrahim tetapi kurang menyerang kepincangan PAS.

Hukum HUDUD pula dilihat masih lagi relevan untuk dijadikan ISU NASIONAL. Isu ini menarik perhatian kepada pengundi baru golongan pelajar bilamana UMNO sendiri sebuah parti dominan Melayu Islam seperti lepas tangan kerana TIDAK MEMBERI PENJELASAN sebenar hukum HUDUD kepada kaum bukan Islam. Sehingga kini ianya menjadi persoalan kepada pengundi baru kenapa UMNO membisu soal hukum yang melibatkan tauhid dan keimanan orang2 Islam. Malah isu hudud seperti diperkotak- katikan oleh sesetengah pemimpin UMNO dan cuba mengelirukan kefahaman orang bukan Islam.

Akhirnya P36 telah menafikan segala serangan yg dibuat oleh BN yang telah menggunakan kesemua kekuatan jentera kempennya dari berbagai sudut namun ianya masih lagi gagal membuahkan hasil malah jumlah pengundi PAS dilihat semakin meningkat berbanding pada PRU12 8 Mac lalu. Mohd. Abdul Wahid, 52, memperoleh 32,883 undi berbanding calon BN, Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh yang mendapat 30,252 undi.Ketua PAS Kuala Terengganu itu menang dengan majoriti 2,631 undi. Undi rosak direkodkan ialah 665 undi. Syabas dan tahniah kepada PAS dan Pakatan Rakyat yang kini menamabahlagi jumlah kerusi MP di Parlimen.

3 ulasan:

Harimau-Menaip berkata...

Ezam? :letih nak nasihat mamat ni...
Tak paham2.

Tanpa Nama berkata...

SALAM.....
PULUN PAS MENJADI..TSUNAMI BELUM REDA..TAHNIAH EZAM KERANA TELAH MELAKUKAN YG TERBAIK BUAT PR...TV 3SETENGAH MASAK JUGA MESTI TERUS MELAKUKAN TUGAS YG TELAH DIAMANAHKAN UNTUK CUCUK-MENYUCUK SEHINGGALAH PR MENAWAN PARLIMEN.

AKUOKU berkata...

terima kasih ALLAH!!!!!!!!!!! ALLAH HU AKHBAR!!!!!!!!!!!!!!

Malaysia oh Malaysiaku


RAKYAT YANG BERHAK MENERIMA PEMBANGUNAN