Selasa, 30 Mac 2010

'KERAJAAN GANU KITA' DAH TERKENA SUMPAHAN


Entah apa bala apa yang menimpa Terengganu, perkataan RUNTUH seperti dah sinonim dengan negeri yang terkenal dengan lagu ULIK MAYANG Ini.
Bermula dengan bumbung sekolah runtuh, Stadium Sultan Mizan, masjid, garaj runtuh menghempap kereta dan yang terbaru lantai UMT setinggi tiga tingkat pula runtuh seperti pembuka TIRAI SESI RUNTUHAN untuk 2010 ini.
Entah SUMPAHAN siapa yang dah betul2 melekat pada kerajaan BN Terengganu ni tidak ada siapa yang boleh menjawabnya. Hanya TOK PAWANG dari SPRM saja yang boleh menjawab dan merungkaikan SUMPAHAN dan BALA yang dah betul2 melekat pada kerajaan negeri Terengganu ni. Wallahuaalam.

Selasa, 23 Mac 2010

PEJUANG BANGSA, AGAMA DAN TANAHAIR MILIKI SAHAM JUDI??

KHABARNYA MP Pasir Mas yang juga Presiden PEKASAM yang mendakwa memperjuangkan serta MEMPERKASA hak-hak BANGSA MELAYU, AGAMA DAN TANAH AIR rupanya mempunyai saham judi?? Beliau dikatakan ada miliki saham dalam syarikat yang dinamakan Ascot Sports yang diberikan ruang sehingga 20 tahun untuk menjalankan perniagaan pertaruhan.
Bukan wa cakap hah...! Tapi ini orang yang cakap KAT SINI. Wallahuaalam.

Ahad, 21 Mac 2010

ISU 16 SEPTEMBER: ZAHRAIN BENAR, ANWAR TIDAK BERBOHONG?


Isu 16 September yang telanjangkan oleh MP BEBAS yang kini menjadi pujaan dan sanjungan MP UMNO itu memang ada kebenarannya. Manakala DSAI memang tidak berbohong dalam perkara ini. Kesilapan beliau cuma meninggalkan dewan dan tidak pula menafikannya semasa Zahrain membalunnya pada Sidang Parlimen tempoh hari.
Pembongkaran Zahrain itu pula bertempias ke MP UMNO yang tertelan air liurnya bila disebut nama2 mereka yang turut terlibat dalam komplot 16 September yang dirancangkan itu.
Isu 16 september yang dibongkarkan oleh Zahrain kini menjadi semakin kompleks. Pembongkaran Zahrain sebenarnya ADA CERITA DISEBALIK CERITA dan membabitkan banyak pihak yang berkepentingan dalam kerajaan.
Justeru, apa yang dirancangkan DSAI itu memang ada kebenaranya dan cuma Zahrain tidak menceritakan ISI CERITA keseluruhan. Nak tahu, sila klik DISINI untuk story selanjutnya. Wallahuaalam.

Jumaat, 19 Mac 2010

PERKASA SEBENARNYA MEMPERLEKEHKAN UMNO??


Pertubuhan PERKASA ke PERKASAM. Pertubuhan yang diklasfisikasi sebuah NGO ni yang tak sampai setahun jagung penubuhannya telah mendakwa berjaya mengumpul hampir 8000 ahli. Pehhh.. memang hebat betul pertubuhan NGO ni. Penubuhan PEKASAM ni kata Presidennya adalah untuk memperjuangkan Bangsa Melayu Bumiputera, Agama dan Tanahair.
Khabarnya hampir 99.9 peratus mereka yang menyertai Perkasa adalah ahli Umno, bekas ahli dan termasuk juga mereka yang dipecat ataupun yang sudah monopous dan tidak laku digadai lagi dan kualiti ahlinya boleh dipertikai atau sebagai kelas 'ayam raga' je. Jadi, keputusan Sultan Selangor untuk tidak berangkat merasmikan mesyuarat agung tahunan PEKASAM DI SINI adalah tepat.
Kalau begitu rupanya PERKASAM ni secara tidak langsung memperlekehkah parti dominan bangsa Melayu DI SINI yang telah bertapak sejak 52 tahun yang lalu. Sejak penjajah telah lama ‘berambus’, Barisan Nasional/UMNO tidak pernah hilang kuasa memerintah sehingga kini di mana orang Melayu sudah pun berkuasa, berkedudukan, berpengalaman dan menjadi bangsa yang bermartabat, apa lagi yang mereka mahu? Apa perlunya suatu pertubuhan seperti PERKASAM ni sedangkan BANGSA MELAYU telahpun menikmati segala keistimewaan untuk menjuarai hak yang sudahpun wujud?

JUSTERU, Penubuhan Majlis Perunding Melayu (MPM) yang dilakukan oleh 76 NGO Melayu termasuk GPMS, Mubarak dan Perkasa rupanya mereka semua masih bermimpi dan berkhayal kerana mahu perjuangkan hak Melayu dan juga seolah-olah mereka seperti memperlekehkan UMNO yang telahpun berjuang dan mempertahankan pelbagai keistimewaan sejak 52 tahun yang lalu.

'Satu Malaysia' heii..!! Aku pun terikut2lak depa. Lupalah aku ni MP BEBAS. Tapi takpalah, pi lantaklah dengan depa, janji aku dah ada pengikut ramai dalam PERKASAM. Harap UMNO pun bangsa Melayu makin ramai lagi tertinggal. Begitulah agaknya apa yang ada dalam pemikiran Presiden PERKASAM ni.

Khamis, 18 Mac 2010

SYABAS & TAHNIAH ZAHRIN KINI DISANJUNG OLEH BN/UMNO

Syabas dan tahniah mereka bertiga kini telah mencipta sejarah parlimen Malaya. Ketiga-tiga mereka kini telah menjadi pemimpin sanjungan BN/UMNO terutama kepada Zahrain yang mendapat peluang membalun DSAI dalam parlimen sampai terkeluar gelanggang DSAI dibuatnya (katanya).
Peluang dalam parlimen adalah yang ditunggu-tunggu oleh Zahrain kerna tidak dapat berbuat demikian jika berada diluar parlimen. Bimbang nanti tersalah fakta terpaksa pulak nanti berdepan dengan tindakan saman dari DSAI.
Khabarnya Zahrain langsung tidak memberi peluang kepada DSAI untuk mempertahankan dirinya sehingga DSAI mengambil keputusan untuk keluar dari Dewan. Maka bertepuklah tangan dan bertempik macam orang dah hilang akal para penyanjung2 Zahrain tanda kegembiraan seteru mereka dikatakan pengecut meninggalkan dewan.
Zahrain dengan perasaan bangga yg tidak terhingga dengan kembang kuncup hidungnya menahan kegembiraan apabila terjahannya terhadap DSAI disulam dengan sorak sorai dari pemimpin BN/UMNO yang lain. Rasanya inilah hari paling bermakna selama dia menjadi MP yg tidak pernah dia menerima setinggi-tinggi sanjungan bahawa orang yang bernama Zahrain rupanya selama ini dialah panglima, dialah perjuang, dialah sebenarnya penegak kebenaran dan dialah yang paling berani sekali membalun DSAI di dalam Dewan setakat ini.
Para pemimpin BN/UMNO langsung terus terpegun dan selama ini rupanya inilah orang yang mereka cari-cari selama ini. (Nak harapkan pemimpin UMNO yg lain, baru panggil debat di Penang baru2 ini, satu batang hidung pun tak datang). Beliau patut menjadi kuda tunggangan UMNO untuk melancar serangan seterusnya kepada DSAI dan PKR khususnya. Kini beliau telah menjadi MP BEBAS yang sebebas-bebasnya yang dia mahu untuk membalun lagi DSAI dan PKR sehinggalah semboyan PRU13 akan datang dibunyikan.
Justeru, diharapkan pihak BN/UMNO janganlah mensia-siakan mereka bertiga ini pada PRU13 nanti. Ramai yang mahu melihat mereka betiga dan lain-lian yang telahpun BEBAS dari PKR akan kembali lagi sebagai calon pada PRU13 nanti. Pada masa itu, BN/UMNO diharapkan janganlah kacau daun dan biarkan mereka bertanding atas nama tiket BEBAS yang mereka agung-agungkan itu.
Ramai para pemerhari khususnya pengundi-pengundi mereka ini mahu membuktikan MP BEBAS ini akan mendapat kepercayaan dan dipilih semula oleh pengundi-pengundi yang telah mereka tipu selama ini. Semoga kita semua akan dapat berjumpa lagi mereka ini pada sidang Parlimen selepas PRU13 nanti. Wallahualam.

Rabu, 17 Mac 2010

AKHIRNYA MEREKA KINI TELAH BERANI 'BERSUARA'



Sebahagian orang Asli daripada Persatuan Orang Asli Semenanjung Malaysia (POASM) dan Gabungan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) berkumpul di Dataran Perdana berhadapan Jabatan Perdana Menteri bagi menyerahkan memorandum mengenai bantahan dasar pemberimilikan tanah orang Asli.
Dilaporkan lebih 3,000 Orang Asli telah berhimpun di Putrajaya hari ini untuk membantah dasar pemerintah yang dakwa MENINDAS HAK tanah adat mereka. 44 buah bas dari segenap negara berhimpun di Masjid Putrajaya awal hari ini, bagi menyerahkan memorandum bantahan kepada Perdana Menteri Najib Abdul Razak. Antara bantahan mereka iaitu peraturan kerajaan bahawa hanya enam hingga lapan ekar tanah diperuntukkan kepada setiap ketua rumah.

"Dasar pemberimilikan tanah Orang Asli yang diluluskan Majlis Tanah Negara pada 4 Disember 2009 tidak mencakupi suara dan kepentingan masyarakat kami," kata Pengerusi Task Force Hal Ehwal Orang Asli Selangor Tok Batin Simpan Suda. Memorandum terebut telah ditandatangani 12,000 orang Asli dari Semenanjung tanahair. Masyarakat Orang Asli berpendapat mereka berhak kepada setiap inci tanah yang diteroka oleh nenek moyang mereka. Mereka berkata Dasar yang digubal dan dilulus oleh kerajaan tanpa berunding dengan pihak mereka terlebih dahulu. Mereka bimbang Tanah Adat dan kebudayaan orang Asli akan lupus sama-sekali.
SEKIAN LAMA MEREKA MENJADI TULANG BELAKANG SEBAGAI PENGUNDI TEGAR BN, AKHIRNYA KINI 'MEREKA TELAH BERSUARA'. HIDUNG MEREKA TIDAK BOLEH DICUCUK LAGI.
p/s: Sepatutnya demontrasi ini perlu juga diketuai oleh Ketua PEKASAM yang bukan sahaja membela nasib Orang Melayu malah nasib Masyarakat Orang Asli juga harus dimasukkan dalam agenda perjuangan PEKASAM.

Selasa, 16 Mac 2010

WARKAH 'SA' KHAS UNTUK YB BEBAS KULIM BANDAR BAHARU

Ini nukilan SA khas untuk YB BEBAS Kulim Bandar Baharu diN3kan disini tanpa edit untuk tatapan blogger semua.

ZUL, Setelah PKR hilang 3 kerusi,dan ia masih berpegang pada prinsip dan memecat kamu: menjadikan ia tinggal 27 kerusi. DSAI telah sedia serahkan jawatan Ketua Pembangkang kepada DAP. DAP atas dasar setiakawan telah memberi MANDAT supaya DSAI terus kekal sebagai Ketua Pembangkang.

Disini ada 2 perkara yang perlu diambil perhatian:
1. Prinsip: Kalau PKR atau DSAI pentingkan jawatan, tidak mungkin PKR pecat kamu.Pemecatan kamu sudah pasti akan mengurangkan bilangan kerusi PKR.tetapi PKR tetap berpegang pada prinsip. Syabas PKR.
2. Setiakawan: DAP, walaupun diklasifasikan sebagai kafir oleh anda, mereka telah menunjukkan semangat setiakawan yang tinggi.
Malangnya, dan kononnya atas nama perjuangan Islam, ada yang sanggup menikam kawan sesama Islam. Mungkin pada pendapat anda, anda seorang yang mulia dan tinggi darjatnya tetapi bak kata orng, "ACTION SPEAKS LOUDER THAN WORDS," Siapakah yang lebih tinggi darjatnya? Seorang yang setia pada kawan semasa senang dan susah atau yang menikamnya dari belakang? Zul, DSAI telah mendapat mandat dari DAP dan para pemimpin PAS untuk kekal sebagai Ketua Pembangkang.

Bagaimana dengan kamu sendiri? Adakah kamu sanggup berdepan dengan pengundi KBB untuk mendapat mandat mereka kerana kamu ZULKIFLI NORDIN? Bukan kerana PKR? Bacalah komen saya dalam scripe budak hingusan: tiada satu pun yang berani anda jawab. Tak mungkin, anda berani berdebat dengan pemimpin PAS seperti Khalid Samad, TGNA, malahan Haron Din dikatakan telah menerangkan pendirian awalnya. Sanggupkah anda berdebat? BERANI KERANA BENAR, bukankah begitu. Khalid telah cabar kerana dia kata dia benar. Kalau dia benar, sudah pasti anda salah. Sahutlah cabaran tersebut. Biarlah Haron Din jadi orang tengah.
15 March, 2010 20:36

Isnin, 15 Mac 2010

KALAU PRU13 NANTI, HARAP BN JANGAN KACAU MP BEBAS NI


Kah kah kah..... macam nak tercirit rasanya menahan ketawa bila terbaca sebuah akhbar yang TAKBERSINAR gamak namanya. Memanglah tak mustahil, kalau dilantik seoranag lagi ketua bagi wakil MP yang melompat-lompat. Khabarnya bakal ketuanya yang akan dilantik ialah KATAK EMAS. Akhbar TAKBERSINAR mengatakan satu KUASA BARU akan mewarnai sidang parlimen esok.
He he he he.... bila baca akhbar TAKBERSINAR tu, macam nak terkentut pun ada. Elok bebenorlah kalau wakil MP Bebas ni dah ada ketuanya sendiri. Setahu rakyat yg betul2 wakil BEBAS ialah si KATAK EMAS tu je. Itupun tipu orang juga pasal pakai lambang orang. Yang lain2 tu jadi BEBAS memang betul terlompat2 macam katak.
Apapun rakyat Malaya mengucapkan syabas dan tahniah kepada KATAK EMAS kerana betul2 jadi wakil BEBAS yang dah ada pangkat di Parlimen. Jika ini terjadi, bermakna terciptanya satu lagi sejarah dalam Parlimen Malaya.
Rasanya rakyatpun ada juga yang setuju dan sokong dengan kehadiran ramai wakil BEBAS di parlimen, sekurang-kurangnya mereka akan menjadi PENIMBANGCARA antara Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional bila berbahas. Kalau takpun ramai yang dah tahu kehadiran mereka ini tidak lebih sebagai penyokong tetap kepada BN walaupun BEBAS.
Justeru, ramai berpendapat, mereka ini patut kekal dalam parlimen sehingga PRU 13 akan datang sepertimana kata akhbar TAKBERSINAR ini merupakan suatu KUASA BARU di parlimen. Untuk itu BN dinasihatkan janganlah kacau MP2 BEBAS ini jika mereka berminat untuk bertanding semula pada PRU13 nanti. Biarkanlah mereka bertanding one by one dengan bekas parti yang telah menjadi seteru mereka.
Masa itu barulah rakyat tahu dimana sebenarnya kekuatan politik mereka yang mereka dakwa selama ini mereka adalah yang dipilih oleh rakyat. Mereka juga mendakwa berhak menjadi wakil BEBAS asalkan dapat memberi perkhidmatan kepada pengundi2 yang telah tertipu mengundi mereka. Wallahuaalam.

Ahad, 14 Mac 2010

MEREKA KINI TERLALU ISTIMEWA UNTUK UTUSAN


Akhirnya kini, LAWAN TELAH MENJADI KAWAN. Akhbar penjuak terutama milik UMNO seperti mendapat 'bonus'. Telahan aku sepertimana dalam entri aku disini kini menjadi kenyataan. Hari ini dua mantan ahli PKR telah menjadi tetamu istimewa akhbar penjuak yang suatu ketika dahulu pernah menjadi musuh mereka. Selepas ini kemungkinan giliran YB yang baru sedar dalam lamunan PKR, iaitu YB. Mohsin pula. Selamat berwawancara.

BAHANGANG BIN BAHALOL??

"Ahli PKR harus tahu bahawa saya bukan Ahli Parlimen untuk parti itu tetapi untuk rakyat. Mereka tidak boleh menghalang saya di sini daripada memberi khidmat kepada penduduk Bayan Baru," katanya.
TAPI...PERSOALANNYA, MASA TU KALAU DIANI BETANDING ATAS TIKET BN, RASA2NYA BOLEH KE DIANI MENANG PADA PRU12?? ENTAH2 SAMPAI SEKARANG PUN RAKYAT MALAYA TAK KENAL DIANI... cakap tak serupa bikin.... tapi bikin hampehhhhh.

Isnin, 8 Mac 2010

PANGLIMA UMNO PENANG DOK NYOROK DLM TONG?



Sebagaimana yang telah dijadualkan 07 Mac 2010, di tapak Ekspo Seberang Jaya, Seberang Perai tepat jam 8.45 malam majlis ‘DEBAT PERDANA RAKYAT 2010’ yang dianjurkan oleh Sekretariat Muafakat Pemuda Pakatan Rakyat Pulau Pinang telahpun berlangsung tanpa kelibat seorang pun PANGLIMA UMNO PULAU PINANG yang dicabar turut sama ke majlis tersebut. Yang dicabar mereka iaitu Ketua Pemuda UMNO Pulau Pinang Norman Zahalan, Rizal Faris Mohideen Yang DiPertua DPMM Pulau Pinang dan Jais Abdul Karim Presiden Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung.
Ribuan hadirin yang telah hadir di sini memang tidak sabar untuk mendengar sendiri hujah-hujah dari PANGLIMA UMNO PULAU PINANG yang dinanti-nantikan bersama dengan fakta yang mengatakan bahawa Melayu dan Islam di Pulau Pinang ditindas dibawah pentadbiran Kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang.

Namun buah yang ditunggu tidak juga gugurnya. Kelibat ketiga-tiga batang hidung panglima tersebut tidak juga kelihatan. Khabarnya mereka bertiga lari sehingga kehujung dunia tanpa meninggalkan khabar entah dimana gerangannya. Ayam yang berkokok nyaring sebelum ini rupanya ditangan mereka penuh berbau tahi.

Ahad, 7 Mac 2010

PROGRAM RAJA LAWAK YANG 'TIDAK LAWAK'



Program realiti Raja Lawak musim keempat telahpun berakhir malam tadi (7 Mac 2010) di Dewan MPSA. Entah dimana silapnya program realiti musim keempat ini seolah-olah langsung tidak mempunyai aura lawaknya berbanding dengan musim lalu.
Walaupun suasana final malam tadi agak grand sambutannya namun kesemua finalis tidak cukup untuk menunjukan kehebatan lawak yang diperlukan. Cuma Alex sahaja yang agak confident dengan gayanya serta boleh dikatakan dapat juga menyeringaikan gusi penonton.
Untuk musim kelima, diharapkan Astro jangan hanya tangkap muat dan perlu berhati2 memilih calon yang benar-benar berbakat dalam lawak untuk program musim hadapan. Jika tidak Program RAJA LAWAK untuk musim Kelima tahun hadapan mungkin menjadi BADUT LAWAK.
p/s: Kesian pada MAMU, ada bakat lawak malangnya menjadi mangsa SMS.

DULU DIKECAM KINI DISANJUNG OLEH MEDIA PENJUAK

Gambar di atas adalah merupakan MP/Adun dari Pakatan Rakyat yang mendakwa perjuangan mereka disia-siakan oleh pemimpin mereka sendiri. Episod drama keluar parti atau lompat parti bermula dari dua YB PKR dari Perak dan kemudiannya terus merebak ke Utara. Terbaru MP Kulim, Zulkifli Nordin dipecat dari PKR kerana melanggar disiplin parti. Mereka ini suatu ketika dulu lantang mengecam polisi dan dasar2 kerajaan dan tidak kurang juga mereka juga menjadi mangsa kecaman dari pihak UMNO sendiri.
Akhirnya kini, LAWAN TELAH MENJADI KAWAN istilah yang sesuatunya lumrah dalam kancah politik. Akhbar penjuak terutama milik UMNO seperti mendapat 'bonus' dengan memperbesarkan krisis yg berlaku dalam Pakatan Pembangkang yang seolah-olah sedang menuju ke jalan kehancuran. Ada dikalangan mereka ini seperti sedang menunggu giliran untuk diwawancara dan akan dimuatkan dalam akhbar penjuak UMNO. Manakala RTM pula sekarang ini seperti tidak sabar untuk menjemput mereka menadi tetamu istimewa mereka dalam ruangan khas RTM yang sebelum ini tidak pernah dinikmati oleh pihak pembangkang sepertimana yang dinikmati oleh Zulkifli Nordin baru-baru ini dalam program TV3/4.
Terbaru, Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang yang telah kembali ke pangkal jalan dengan menyertai UMNO baru-baru ini juga telah menjadi tetamu istimewa dalam sebuah tv penjuak. Selepas ini beberapa lagi ahli serpihan PKR (yang juga kebanyakan bekas-bekas ahli UMNo juga) dijangka sedang menunggu giliran untuk dipromotkan alkisah mereka bersama PKR dahulu dalam akhbar penjuak mereka atau menjadi tetamu istimewa pihak RTM dan TV3/4.

AKHIRNYA FIRAUN KECIL DIPECAT



Syabas dan tahniah.!! Firaun ini akhirnya tersingkir dari barisan alternatif Pakatan Rakyat setelah kapal yang ditumpanginya beroleng-oleng dan tidak dapat diselamatkan lagi. Akhirnya seorang lagi yang dikatakan pembawa kudis kepada PKR ini telah diminta mengosongkan kedudukannya sebagai MP Kulim.
Zulkifli sebenarnya tidak sesuai berada dalam PKR, kalau benar2 beliau mahu memperjuangkan Islam. Hanya alasan kalimah Allah yg menyebabkan beliau cuba hendak menjadi perjuangan Islam dalam PKR sedangkan sebagai seorang yg terpelajar beliau sendiri terkolot dalam akedeminya sendiri. Kalimah Allah tetap milik Allah dan untuk umat sejagat.
Sejarah tidak boleh ditipu. Zulkifli pernah melalui beberapa parti seperti UMNO dan PAS sebelum menyertai PKR. Namun kesemuanya beliau mengalami beberapa masalah dalaman. Elok sajalah beliau meninggalkan PKR sebelum ianya merebak kepada yang lain. "Kalau Takut Dilambung Ombak, Jangan Berumah Ditepi Pantai" Slogan keramat parti perjuangan PKR. Wallahuaalam.

Jumaat, 5 Mac 2010

KRISIS MCA: STRATEGI ONG TEE KIAT MEMAKAN DIRI


Strateginya selama ini yang digunakan oleh Presiden MCA, Datuk Seri Ong Tee Kiat seolah-olah memakan diri sendiri apabila 21 daripada 31 anggota Jawatankuasa Pusat (CC), termasuk timbalannya, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek akhirnya meletakan jawatan.
Berikutan itu, mengikut perlembagaan MCA, CC perlu mengadakan mesyuarat dalam tempoh tiga hari bagi menetapkan tarikh pemilihan kepimpinan baru. Sekiranya berlaku pemilihan kempimpinan baru, kedudukannya Ong Tee Kiat agak tercabar dan beliau dijangka sukar untuk mempertahankan jawatannya sekiranya dua kumpulan dari Chua Soi Lek dan Liow Tiong Lai bergabung.
Krisis kepimpinan MCA meletus apabila Dr Chua dipecat daripada jawatannya tetapi CC kemudian mengubah keputusan untuk hanya menggantung kedudukannya. Kemelut parti itu bagaimanapun semakin meruncing selepas EGM 10 Oktober tahun lalu yang menyaksikan kemunculan kumpulan ketiga diketuai Liow apabila Ong dan Dr Chua menyokong pelan damai. Liow serta 12 penyokongnya dalam CC membantah pelan damai itu dan berkempen keras supaya pemilihan baru diadakan.
Mereka turut mengemukakan surat peletakan jawatan tetapi tidak mencukupi kuota dua pertiga bagi memaksa pemilihan baru diadakan. Keadaan bertambah buruk apabila Ong memecat Ketua Wanita, Datin Paduka Chew Mei Fun dan Ketua Pemuda, Datuk Wee Ka Siong daripada Majlis Presiden MCA. Dr Chua berkata, kini terpulang kepada Setiausaha Agung MCA, Senator Datuk Wong Foon Meng, untuk menentukan tindakan seterusnya kerana Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) ditetapkan pada Sabtu dan Ahad ini.

Rabu, 3 Mac 2010

BARU KENA GERTAK, TERUS TAK JADI BOIKOT

Mula-mula bukan main garang lagi. Apa nak jadi, jadilah. Mereka ahli-ahli persatuan pengimport ikan segar tetap dengan pendirian dengan mengugut akan memboikot mengimport ikan dari negara jiran. Berikutan itu, kesannya harga ikan dijangka naik mendadak di seluruh negara.
Namun begitu, Menteri Pertanian Asas Tani, Dato Noh Omar, telah mengertak kepada persatuan tersebut, jika enggan, lesen mereka akan ditarik balik dan diberikan kepada syarikat lain yg berminat.
Kemudian tetiba je, semua pengimport dan pemborong ikan hari ini dah berubah angin pulak menarik balik boikotnya tu dan bersetuju untuk menggunakan Kotak Ikan Berinsulasi Bergred Makanan (KIBFG) secara berperingkat sehingga November ini. Persatuan pun dah mula ikut macam angin politik. Nasib baik tak ada insiden lompat melompat. Apapun yang pastinya syarikat pembekal tong KIBFG juga yg untung.

Selasa, 2 Mac 2010

SYABAS, FAIRUS MUNGKIN JADI CALON YB BN PADA PRU13


Bekas Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Mohammad Fairus Khairuddin kini secara rasmi telah diterima menjadi ahli UMNO di sebuah cawangan. Kepulangan beliau kepangkuan UMNO bukanlah sesuatu yg mengejutkan. Ini termasuklah beberapa lagi ahli PKR yg berbangsa Melayu, kerana mereka semua bukanlah asing lagi dengan parti Keramat tu. Ini kerana mereka sebenarnya adalah bekas2 ahli UMNO juga dulu.
Kepulangan beramai2 ahli PKR yang diramalkan ni bak orang tua2 kata ibarat "Sireh Pulang Kegagang", "Ikan Pulang Ke Lubok" dan macam2 lagi kiasan yg menjurus kepada tempat jatuh lagi dikenang. Ramai yg kata, PKR sekarang telah menunggu masa untuk rebah. Partinya dikatakan dah reput dari dalam. Sekarang ni dengar kata, ramai ahli2 PKR yg bermasalah terutama yg dah berjawatan YB. dah mula cari tempat baru.
Kalau dah bermasalah apa lagi tunggu, PRU13 sudah tentu nama dah tak naik. Lebih baik cabut, dan buat2lah isu. Pas tu, dapat pulak sokongan dari geng2 lama dalam UMNO. Buatlah statment keluar parti ramai2. Untung2 ada yg simpati, PRU13 bolehlah jadi YB dari UMNO pulak. Harap2 pemimpin2 yg keluar dari PKR seperti si Fairuz ni nanti akan menjadi YB pilihan BN pada PRU13 nanti. Tapi pemimpin lama dalam UMNO yg dah lama berangan jadi YB, macamana pulak??

Malaysia oh Malaysiaku


RAKYAT YANG BERHAK MENERIMA PEMBANGUNAN