Pilihanraya kecil parlimen Kuala Teengganu (P36) telahpun berakhir dan pengundi telah meletakkan PAS sebagai wakil parlimennya yang sah. Keputusan itu meletakkan Umno menerima satu lagi kejutan bilamana pengundi melayu seolah-olah telah hilang keyakinan terhadap sebuah parti dominan melayu yang tertua di negara ini. Berbagai analisis dibuat terutama penganalisa2 politik tanahair seperti tidak percaya analisa mereka tentang pengundi di Kuala Terengganu tersasar dari jangkaan. Tak kurang juga komen2 yg masih tidak mahu mengalah dari pemimpin Umno itu sendiri dan ada juga yang mengakui sudah hilang daya penariknya.
Apa sebenarnya yang sudah berlaku pada BN/Umno?? Adakah jentera BN tidak kuat di Terengganu berbanding di Permatang Pauh? Kali ini UMNO sebenarnya berhempas pulas dan lebih bersedia berbanding Permatang Pauh bagi memastikan mereka tidak akan kehilangan ahli MPnya di parlimen. Malah P36 ini juga penting sebagai ujian pertama kebolehan Najib yg bakal menduduki takhta Umno Mac depan . Justeru ramailah penjuak2 Umno terutama ketua2 bahagian yg sudah pun mencalonkan Najib cuba membantunya dan boleh dikatakan ramai menteri dan jentera UMNO yang diwakili semua negeri telah berkampung di KT sejak awal lagi.
Tapi sayang seribu kali sayang, pemergian mereka ke KT dengar khabarnya....masing2 rupanya ada mempunyai misi khas untuk digunakan menjelang perhimpunan Umno pada Mac depan. Dengar khbarnya lagi....mereka ke sana berkempen secara serampang dua mata atau sambil menyelam minum air. Akhirnya mereka pulang dengan mengumpul senjata penting untuk dipergunakan pada perhimpunan Umno Mac depan dengan membiarkan PAS dengan visinya di Kuala Terengganu. Dengar khabarnya........... Wallahua'alam.
1 ulasan:
Tuan Kulat,
Pernah Tuan dengar pemimpin UMNO berkempen dengan ikhlas?
Saya pun tak pernah.
Catat Ulasan