Khamis, 30 Oktober 2008

1 ZULKAEDAH BERMULANYA LAMBAIAN KAABAH..

Hari ini 1 Zulkaedah 1429 Hijrah, maka bermulalah perjalanan umat Islam mengunjungi rumah suci Allah 'Kaabah' di Kota Makkah. Seluruh umat Islam tanpa mengira darjat dan pangkat akan berkumpul untuk menunaikan satu tujuan hanya untuk Allah SWT.


"لَبَّيْكَ اللّهُمَّ لَبَّيْكَ، لَبَّيْكَ لاَشَرِيْكَ لَكَ لَبَّيْكَ، إِنَّ الْحَمْدَ وَالنِّعْمَةَ لَكَ وَالْمُلْكَ، لاَشَرَيْكَ لَكَ."
“Wahai Tuhan kami, kami datang semata-mata dengan ikrar setia dan taat kepada perintah-Mu, wahai Tuhan kami yang tiada sekutu bagi-Mu kami sahut seruan-Mu, sesungguhnya segala puji nikmat dan kekuasaan, kesemuanya adalah bagimu, wahai Tuhan kami yang tiada sekutu bagi-Mu.”

Begitulah seruan ibadah haji ini merupakan galakkan kepada umat Islam untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT dan dalam masa yang sama ia mengajak supaya bekerja dan mengumpul keperluan perbelanjaan untuk ke Baitullah serta untuk keperluan harian yang lain. Kepada semua kaum muslimin dan muslimat di negara ini diucapkan 'Selamat Jalan dan Selamat Menjalani Ibadah Haji'. Bagi yang belum mempunyai kemampuan seperti Kulat, kita masih ada lagi masa untuk mengumpulkan perbelanjaan bagi menunaikan fardhu haji dan yang penting mesti ada niat yang tersemat dihati. Wallahualam.

Kulat: Masih lagi mengumpul duit. Kekadang rasa irihati juga kepada rakan2 yang seusia telahpun dapat melaksanakan rukun Islam yang ke Lima itu. Apapun ku pohon jua kepadaNya semoga aku, isteri dan anak-anakku di anugerahkan kesihatan yang baik serta permudahkan kami sekeluarga untuk menyahut panggilan Kaabah pada suatu hari nanti. Insyaallah.

Rabu, 29 Oktober 2008

EH...APA 'KJ' BUAT DISEBALIK KELAMBU TU....??



Eh.. KJ ke tu..?? Rupa macam KJ je . ..?? Apa yang dia buat di sebalik kelambu tu..?? Eh..tak caya lah... setahu aku KJ sekarang sedang sibuk berkempen pemilihan UMNO ni. Perhimpunan Agung dah tak lama lagi, tak kan KJ ni gi enjoy lak dengan kekawannya. Kata nak prepair berdebat dengan Mukhriz, tapi apa dia buat kat sini..?? Mmmm...Betulah KJ lah, hai KJ, KJ rupanya kat sini kau enjoy ngan kekawan kau sedang minum-minum. Tapi pelik lak minuman atas meja tu macam musykil je bentuknya..?? Kalau nak tahu juga... jom klik kat 'perisikrakyat'... (apa kata 'perisikrakyat' makna 'KJ' itu sendiri..??)

Gambar botol....?? Gambar botol disebelah kanan ni lebih kurang sama dengan botol minuman dalam gambar sebelah kiri ni bersama dengan botol minuman yang ada dekat depan KJ dalam gambar dekat atas tu.... Minuman apa tu ya..??? Tak kan buat hiasan je atas meja tu ..?? Wallahualam.
Kulat: Kata orang kalau kita berkawan dengan orang yang berkerja angkat tahi, badan kita turut sama ada bau tahi, awas elakkan diri anda dari difitnah.

Isnin, 27 Oktober 2008

TUHAN ITU ESA...AWAS BLOG RAKAN SISWA.COM

AWAS! AWAS! AWAS! AWAS! AWAS! AWAS!
Tuhan itu Esa
Enam alasan yang kukuh untuk membuktikan kewujudan Tuhan.
Mengapa Pilih Tuhan dalam Alkitab?
Siapakah atau apakah yang kita pilih untuk disembah...
Siapakah Tuhan?
Bagaimana sebenarnya Tuhan itu? Satu muka surat huraian
DI ATAS BEBERAPA PERSOALAN YG CUBA DIRUNGKAIKAN OLEH SEBUAH BLOG CIPTAAN PELAJAR2 KRISTIAN YG MUNGKIN BOLEH MEMERANGKAP TERUTAMA PELAJAR2 MUSLIMIN DAN MUSLIMAT AGAR BERHATI-HATI DENGAN BLOG TERSEBUT SUPAYA TIDAK TERPERDAYA DAN TEPERANGKAP DENGAN BLOG RAKANSISWA.COM (SILA LIHAT DISINI..) TERSEBUT.
Kulat: Rakan2 blogger muslimin dan muslimat, cantaslah mereka sepantas kilat, semoga Allah melindungi umat Islam seluruhnya, ”Hai orang-orang yang beriman, jika kamu menolong (agama) Allah nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu.” Surah Muhammad : Ayat 7 . Wallahualam.

TERLEWAT UCAP HARI DEPAVALLI

HALLO..MACHA..!! INI MAKAN KE MENTEKEDAHGAH..??

Kulat rasa agak terlewat untuk mengucapkan Selamat Hari Depavalli kepada semua kaum India seluruh negara walaupun hari ini (Isnin-27 Oktober) jatuhnya perayaan Pesta Cahaya buat kaum India, Kulat baru nak postkan ucapan ini sebentar tadi (sekitar jam 9.00 malam tadi). Apapun semoga perayaan ini memberi lebih makna kepada kaum India di Malaysia semoga mereka semua memahami erti kehidupan majmuk di negara Malaysia tercinta dan tidak terpengaruh dengan mana-mana pertubuhan (terutama......?) yang mengugat keamanan negara ini.

Kulat: Terlewat kerana sama2 menikmati cuti selama 3 hari ni sampai terlupa nak buka laptop.

Jumaat, 24 Oktober 2008

MENUNGGU BANTUAN SEHINGGA AJAL

Apa sudah jadi apabila seorang mangsa kemalangan jalan raya dibiarkan menggelupur atas jalan raya selama satu setengah jam gara-gara kelewatan ambulans yang dipanggil untuk menyelamatkan nyawa lelaki warga emas itu. Lebih menyedihkan mangsa yang cedera parah akibat dirempuh lori hantu, hanya mampu dilihat anggota polis dan media mengalami muntah darah sebelum menghembuskan nafas terakhir tanpa sempat dibawa ke hospital. Kejadian menyayat hati itu yang disaksikan ramai pengguna jalan raya menimbulkan tanda tanya berhubung kelewatan bantuan perubatan walaupun panggilan kecemasan sudah dibuat ke talian 999 berulang kali oleh polis dan petugas lebuh raya. (berita seterusnya, klik sini....)

urutan kejadian

mangsa terbaring cedera parah di kepala

Lebih 1 jam terbaring mengerang kesakitan baru ambulan sampai

Mangsa diperiksa oleh pegawai perubatan

Dua minit kemudian ambulans Jabatan Pertahanan Awam (JPA3) dari Klang pula tiba

Lima minit kemudian sebuah lagi ambulans dari Petaling Jaya muncul

Walau sepuluh ambulan pun yang datang, "nasi sudahpun menjadi menjadi bubur", Selepas lebih satu jam bergelut dengan kesakitan, mangsa muntah darah sebelum menghembuskan nafas terakhir pada jam 9.05 pagi.

Kulat: Agak mengejutkan apabila tidak lama selepas kematian mangsa, muncul 3 ambulans hospital yang tiba untuk memberi bantuan kecemasan. Kelewatan itu menimbulkan tanda tanya orang ramai yang tidak pasti berhubung masalah dihadapi petugas pusat panggilan kecemasan terbabit dalam memberi bantuan dalam tempoh sepatutnya. Wallahualam.

Khamis, 23 Oktober 2008

PA TERBARU DATO' SERI ANWAR IBRAHIM?








Photo ini diterima dari seorang rakan yang emelkan pada Kulat semalam. Menurut emel tersebut, inilah wajah jambu PA terbaru Dato'Seri Anwar Ibrahim. Namanya Mie. Bertugas selaku Setiausaha Peribadi kepada Dato' Seri Anwar Ibrahim. Pehh...!!! Boleh tahan jugak Mie ni, kalah Saiful Bukhari...... auwwww !!

Kulat: Memang tidak dinafikan, boleh dikatakan semua pembantu DSAI handsome2 belaka. Apa pun kita semua janganlah pulak memanipulasikan pembantu2 peribadinya. Namun memang ada juga timbul persoalan, Adakah semua perwatakan dan ketrampilan pembantu2 DSAI ini suatu 'kebetulan atau suratan'? Wallahualam.


Rabu, 22 Oktober 2008

MAHATHIR ADA 'LOCUS STANDI', WAJARKAH BELIAU UNTUK MENGHENTAM UMNO?

Ketua Umno Bahagian Jelebu Datuk Seri Dr Rais Yatim telah membidas mereka yang mengkritik bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad kerana membuat kenyataan tentang Umno. Rais berkata Dr.Mahathir berhak buat kenyataan tentang Umno kerana beliau ada locus standi (kedudukan) untuk membuat apa jua kenyataan tentang Umno kerana beliau juga telah menerajui parti itu selama 23 tahun. Kata Menteri Luar itu lagi, Dr Mahathir berhak untuk menyatakan apa saja yang beliau mahu tentang Umno. (berita selanjutnya...)

Kulat: Kenyataan Menteri Luar itu seolah-olah menempelak Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang membuat kenyataan menuduh Dr Mahathir menjadi punca perpecahan yang berlaku dalam parti itu. Apakah dengan kedudukan 'locus standi' itu, Mahathir boleh menghentam kepimpinan UMNO sesuka hatinya, apatah lagi beliau kini bukan lagi ahli UMNO. Dengan pengalaman menerajui parti selama 23 tahun, sepatutnya Mahathir lebih banyak membantu menasihat bukan banyak menghentam. Tindakan Mahathir ini dilihat mempengaruhi ahli2 UMNO yang lain untuk turut sama mengambil peluang menghentam presidennya sendiri. Ini dapat dilihat sejak akhir2 ini setelah pengumuman peralihan kuasa yang pasti berlaku pada Mac depan, ramai pemimpin UMNO yang mula menunjukan taringnya menekan dan membidas PM secara terbuka. Apa yang pastinya kini Pak Lah mungkin sudah terlewat dan tersedar dari lamunan untuk memilih yang mana sebenarnya rakan politiknya. Wallahualam.

Ahad, 19 Oktober 2008

NASIB 2 LAGI CALON TIM PRESIDEN UMNO DI JANGKA SAMAR?

Gambar terbaru yang dikirimkan oleh seorang teman ketika kedua-dua pemimpin veteran ini yang juga calon Timbalan Presiden UMNO bertemu dalam satu majlis Anugerah Desa Cemerlang (ADC) di Kampung Paya Rumput Jaya, Sungai Udang, Melaka pada 18 Oktober lalu. Kemampuan kedua-dua calon ini merai sokongan dari akar umbi sehingga kini dilihat masih lagi samar dan belum mencapai tahap sebenar berbanding dengan calon favourite, Tan Sri Muhyiddin Yasin yang kini selesa dan semakin hampir layak (sekarang 38 pencalonan) bertanding Timbalan Presiden. Sehingga setakat hari ini (19 Oktober), Menteri KKLW itu menerima 4 pencalonan berbanding Datuk Seri Ali Rustam yang masih kekal 3. Kedudukan Ketua Menteri Melaka itu dijangka berubah apabila beberapa bahagian di Melaka telah bersidang mulai hari ini. Namun kedua-dua calon ini mendakwa tetap optimis layak untuk bertanding memandangkan masih ada seratus lebih bahagian lagi belum bersidang. Berikut beberapa petikan dan hasrat calon-calon yg bertanding di awal pencalonan:
1. TAN SRI MUHYIDDIN YASIN : "Jangan Ragui Saya"
Petikan: "Jika saya diberi peluang ertinya kedudukan saya adalah orang nombor dua dan sebagai orang nombor dua kena bersikap orang nombor dua lah.."
2. DATUK SERI MOHD ALI RUSTAM : "Bantu kukuhkan parti"
Petikan: "Saya berharap ahli-ahli UMNO akan membuat pertimbangan berasaskan kepada rekod perkhidmatan dan sumbangan calon yang menawarkan diri, pilih yang terbaik. Siapa sahaja yang dipilih harus disokong"
3. TAN SRI MUHAMMAD MOHD TAIB: "Utamakan sikap setia"
Petikan: " Kalau pemimpin nombor satu tidak percaya kepada timbalannya sudah pastilah beliau tidak boleh menumpukan perhatian kepada tugasnya"
Kulat: Dari segi apakah sebenarnya ketiga2 calon ini yang patut dipilih dan yang paling layak memegang jawatan orang no. 2 negara? Yang pastinya salah seorang calon iaitu Menteri KKLW sudah hilang kepercayaan dari ahli2 UMNO bahagiannya sendiri. Wallahualam.

Jumaat, 17 Oktober 2008

MELAYU DIGANYANG, BANGSA ASING DITATANG

SITUASI 1:

Penduduk kampung membuat benteng manusia yg akhirnya rumah mereka terus dirogohkan

Pada 11 Ogos lalu, jawatankuasa bertindak Kampung Baru Plentong, Johor Bahru telah menyerahkan memorandum kepada Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman agar kerja-kerja merobohkan kampung mereka ditangguhkan sehingga penempatan baru di Bukit Dagang siap sepenuhnya. Namun Ketua Polis Daerah Seri Alam, Supritendan Roslan Zainuddin menjelaskan, pihaknya terpaksa bertindak selepas penduduk mengingkari arahan untuk bersurai dan Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) bertindak merempuh penduduk yang menghalang (berita seterusnya....)


SITUASI 2:

Para penguatkuasa MPAJ dengan segala kekuatan jentera yg dibawanya berjaya juga akhirnya merobohkan.....

Rakyat masih mengingati sejarah hitam yang terukir pada 20 November 2006 apabila benteng manusia di Berembang telah dirempuh dengan ganas oleh pihak FRU dan penguatkuasa MPAJ. Mereka dipukul, ditendang dan dihambat dengan kayu. Pergelutan berlaku kerana para penduduk dan sukarelawan enggan membiarkan surau berkenaan dirobohkan. Setelah berjaya, meleraikan benteng manusia yang didirikan oleh penduduk, beberapa orang penguatkuasa MPAJ dilihat meluru ke dalam surau dengan memakai kasut but dan menendang barang-barang yang ada disamping memecahkan semua tingkap surau. Pada masa yang sama mereka menemui sekumpulan kanak-kanak dan orang dewasa yang turut berkubu didalam surau. (berita seterusnya........)

SITUASI 3:

Pahlawan BABI, mereka akhirnya berjaya menghalang pihak kerajaan bertindak ke atas mereka dan sehingga kini BABI tersebut dapat hidup aman dan damai di Paya Menkuang...

ALOR GAJAH: Operasi bersepadu bagi mengurangkan ternakan khinzir daripada lebih 100,000 ekor kepada 48,000 ekor di kawasan Bukit Beruang, Paya Mengkuang dan Man Lok di Melaka ditangguhkan petang ini apabila berlaku ketegangan diantara penternak dengan pihak berkuasa. Operasi hari ini yang membabitkan beberapa jabatan dan agensi kerajaan termasuk polis, Jabatan Perkhidmatan Haiwan, Jabatan Alam Sekitar dan Majlis Perbandaran Alor Gajah. Namun pada kali ini, pihak berkuasa terpaksa pulang dengan hampa apabila enam jentera pengorek yang dibawa untuk menggali lubang bagi menghapuskan babi di ladang tersebut serta enam trak polis, termasuk yang dilengkapkan dengan meriam air tidak dapat menyempurnakan tugas untuk membunuh babi-babi sepertimana yang dirancang. (baca seterusnya....)
Kulat: Terserlahnya sikap double standard pihak kerajaan BN yang masih terus berlaku zalim dan kejam terhadap rakyat. Ketiga tiga situasi ini membuktikan UMNO sanggup menganyang bangsanya sendiri demi menjaga kepentingan politiknya. Tahniah kepada penternak-pemnternak babi di Melaka yang mencatatkan satu sejarah menarik di mana kuasa rakyat adalah lebih tinggi dan bermakna dari kuasa meriam, cota, pistol, perisai dan senapang pihak berkuasa. Sekarang jelas juga kepada kita, pihak berkuasa milik kerajaan BN ini lebih gentar kepada tuntutan penternak babi dari rayuan dan rintihan rakyat marhain di Kampung Berembang dan Kampung Baru Plentong.

Khamis, 16 Oktober 2008

PENGAMPU YANG MELAMPAU 2.- KULAT DAH KATA DAH.....

Ini statement Kulat pada posting "PENGAMPU YANG MELAMPAU" yang telag dipostingkan pada 11 Oktober 2008:

"Kulat: Sependapat dengan SUKJ. Kita lihat dimana rasionalnya anugerah ini diberikan kepada pelakon bolywood ini. Apa jasa-jasanya yang telah dicurahkan untuk pembangunan dan kemajuan negeri Melaka? Apa cabang seni yang telah dia 'martabatkan'? Dondang sayang? Nazam? Joget? Ghazal? Adalah lebih baik ianya diberikan kepada artis2 di negara kita yang telah berjasa dan menaikan imej negara. Apapun kita tunggu dan lihat apa kenyataan dari pemimpin2 UMNO. . Kalau di Melaka sudah tentu menyokong tanpa berbelah bagi."

Telah Kulat katakan, pemimpin2 di Melaka akan menyokong tanpa berbelah bagi. Bulat kata pemimpinnya bulatlah kata pengikutnya. Putih, hitam, biru dan apa jua kata pemimpinnya begitulah kata pengikutnya. Jelas telahan Kulat ini ada kebenarannya apabila sebuah akhbar rasmi kerajaan negeri "Melaka Hari Ini" yang dihantar oleh kawan Kulat memaparkan berita utamanya iaitu "Gerakan Belia 4B Membidas Persatuan Seniman" (klik sini).


YB. En. Hassan Abd Rahman, ADUN Sg. Rambai & Pengerusi MIC Melaka, Datuk R Raghavan

Ahli Majlis Kerja Tertinggi GB4B Malaysia, YB. En. Hassan Abdul Rahman yang juga ADUN Sg. Rambai dalam sidang medianya hari ini berkata, pertubuhan belia yang dianggotai kira-kira 300,000 ahli seluruh negara ini turut membuat pendirian menyokong penuh keputusan Kerajaan Negeri menganugerahkan DMSM kepada Shah Rukh Khan dan keputusan Kerajaan Negeri itu adalah relevan serta mempersoalkan kenapa rakyat tidak mempertikaikan apabila CEO Ferrari, John Tort menerima anugerah Dato dari kerajaan negeri Terengganu?

Kenyataan beliau itu juga disokong oleh Pengurus Bahagian Promosi Pelancongan Negeri Melaka, En. Abdullah Bakar bahawa anugerah ini membolehkan Malaysia dan Melaka dipromosikan dengan lebih meluas dalam filem Bollywood secara percuma tanpa perlu belanja berjuta-juta ringgit untuk promosi. Katanya untuk mempromosi negeri melaka, kerajaan negeri perlu memperuntukan kewangan yang banyak sedangkan peruntukan itu boleh digunakan kepada yang lebih berfaedah seperti membantu rakyat miskin di negeri Melaka. Malah kata pengurus ini lagi, penduduk India berjumlah lebih 1 billion dan dengan penganugerahan ini akan memberikan promosi percuma dalam media India yang mana Pengurus Pelancongan Negeri mMelaka ini lupa India ini adalah merupakan negara yang paling miskin di dunia.

Sokongan yang dikuatkan dan disahihkan lagi ialah dari Pengerusi MIC Melaka, Datuk R Raghavan (klik sini) yang menyatakan anugerah ini perlu dilihat daripada sudut yang lebih positif dan bukannya dari aspek negatif kerana ianya adalah selaras dengan usaha kerajaan negeri menarik pelabur dan pelancong ke negeri ini.


Kulat:
1. Sebenarnya Kulat tidak mempertikaikan apa yang telah dibuat oleh kerajaan negeri Melaka itu kerana kuasa ditangan mereka. Kalau orang lain yg bakal memimpin, belum tahu juga apa hal pulak yg akan berlaku selepas ini.
2. Logiknya anugerah ini sepatutnya diberikan kepada penerbitnya atau pengarah2 produksinya yang bertanggungjawab memilih lokasi untuk filem. SRK ini hanya menerima skrip dan melakonkan watak je serta hanya menerima arahan kat mana lokasinya berlakon. Bukan dia yang tentukan lokasi berlakon.
3. Kepada mereka yang menyokong secara terbuka (terutama seperti yang dia atas itu) maklumlah kedua-duanya belum lagi dianugerahkan Datuk, Insyaallah dengan sokongan dan kenyataan terbuka ini mereka bakal di anugerahkan Datuk. Harap bersabar.
4. Kepada Pengurus Bahagian Promosi Pelancongan Negeri Melaka, harap berhati2 membuat kenyataan yang membabi buta, kerana ianya dapat menunjukan bahawa beliau tidak membuat kerja untuk mempromosikan negeri Melaka. Nak chance free nak kerja goyang kaki je baik jangan pegang jawatan tersebut buat 'peghabis bogheh' je bayar gaji.
5. Promosi kat penduduk India yang berjumlah 1 billion supaya pelancong India datang beramai kat negara ini sedangkan dia lupa India sebuah negara yang paling miskin didunia dan rakyatnya yang datang ke negara ini pun dah ramai. Tak caya gi kat restoran2 mamak.
6. Kalau anugerah itu untuk tujuan promosi percuma lagi menjimatkan seperti yang didakwa selepas ini setiap tahun mesti diperuntukan untuk seorang pelakon dari seluruh dunia termasuk pelakon2 'Playboy'.

Selasa, 14 Oktober 2008

MUHD TAIB KENA 'BLANKSPOT'

"Saya dah ambil SPM empat kali dah, kempat2nya lulus, kali ni bagilah saya ambil STPM pulak" kata Tan Sri Mohamad Mohd Taib ketika membuat pengumuman menawarkan diri untuk jawatan no. 2 tertinggi UMNO disambut dengan tepukan oleh AJK Bahagiannya. Namun Ahad lalu calon Timbalan Presiden Umno ini yang dianggap antara calon ‘heavyweight’ ini mengalami mimpi ngeri yang tidak disangka-sangka apabila menerima satu kejutan besar apabila tewas kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin, dengan undi 181-88, dalam pemilihan peringkat Umno Bahagian Shah Alam. Kejutan buat pemimpin veteran ini seolah-olah terkena 'blankspot' ketika memandu melihat cermain pandang belakang yang mana sebelum ini Badan Perhubungan Umno Selangor telah sebulat suara bersetuju iaitu semua bahagian di Selangor mencadangkan Muhammad sebagai calon Timbalan Presiden. Nampaknya 'bulat air kerana pembentong' tidak menjadi kenyataan apabila pembentong yang disangka bulat rupanya pecah di sana sini.
Kejutan ini juga seolah-olah seperti satu isyarat bahawa peralihan kuasa bukan sahaja mesti berlaku di peringkat tertinggi malah bahagian juga memerlukan suatu kepimpinan baru. Ini bermakna kepimpinan Mohd Taib telah mula dipersoalkan bilamana beliau hilang separuh sokongan daripada perwakilannya sendiri yang mewakili seluruh cawangan Bahagian Shah Alam. Tidak mustahil Bahagian Shah Alam akan berlaku pertukaran kepimpinan pada masa hadapan. Justeru proses perubahan kepemimpinan ini dilihat wajar kerana peralihan kuasa membuktikan peremajaan parti, tetapi pada masa sama amalan dan budaya parti yang merosak dan melemahkan Umno perlu digantikan dengan perkara yang boleh menguatkan Umno. Kepada pemimpin2 UMNO Selangor, "tepuk dada tanya selera". Wallahualam

Ahad, 12 Oktober 2008

9 JENIS ANAK SETAN...

Peringatan untuk kita setiap hari dimana syaitan2 kurang ajar ini mengganggu hidup harian yang mungkin selama ini kita tidar sedar hasutan mereka. Umar al-Khattab r. a berkata, terdapat 9 jenis anak syaitan:-

1. Zalituun - Duduk di pasar/kedai supaya manusia hilang sifat jimat cermat. Menggoda supaya manusia berbelanja lebih! dan membeli barang-barang yangtidak perlu.

2. Wathiin - Pergi kepada orang yang mendapat musibah supaya bersangka buruk terhadap Allah.

3. A'awan - Menghasut sultan/raja/ pemerintah supaya tidak mendekati rakyat. Seronok dengan kedudukan/kekayaan hingga terabai kebajikan rakyat dan tidak mahu mendengar nasihat para ulama.

4. Haffaf - Berkawan baik dengan kaki botol. Suka menghampiri orang yang berada di tempat-tempat maksiat (cth : disko, kelab mlm & tempat yg ada minuman keras).

5. Murrah - Merosakkan dan melalaikan ahli dan orang yg sukakan muzik sehingga lupa kepada Allah. Mereka ini tenggelam dalam keseronokan dan glamour etcdan lain-lain.

6. Masuud - Duduk di bibir mulut manusia supaya melahirkan fitnah, gosip, umpatan dan apa sahaja penyakit yg mula dari kata-kata mulut.

7. Daasim - (BERILAH SALAM SEBELUM MASUK KE RUMAH...) Duduk di pintu rumah kita. Jika tidak memberi salam ketika masuk ke rumah, Daasim akan bertindak agar berlaku keruntuhan rumahtangga (suami isteri bercerai-berai, suami bertindak ganas, memukul isteri, isteri hilang pertimbangan menuntut cerai, anak-anak didera dan pelbagai bentuk kemusnahan rumah tangga lagi).

8. Walahaan - Menimbulkan rasa was-was dalam diri manusia khususnya ketika berwuduk dan solat dan menjejaskan ibadat-ibadat kita yg lain.

9. Lakhuus - Merupakan sahabat orang Majusi yang menyembah api/matahari.

Dan yang akhir-akhir ni yang paling teruk........
10. Isetan - Sebuah pasaraya yg terkemuka di seluruh duniawi. Terdapat di sekitar Lembah Klang, Singapore, Beijing &.....Kebaikan : Memberi potongan harga pada Karnival jualan. Keburukan : Melalaikan manusia bershopping sehingga lupa waktu sembahyang dan lupe yg lakinya dah tunggu kat kereta. Pesanan : Shopping tu agak2 sikit, jangan sampai berlebih2an pulak. Membazir itulah sebenarnya amalan Syaitan.

11. Hindusetan - Nie mereka2 yg menonton cerita hindustan, sampai masuk waktu sembahyang, maseh menyonggol depan tv.....kepala sampai keluar tanduk, (setan ni yang dapat Pingat 'Datuk' dari kerajaan negeri Melaka baru-baru ni.....)

12. Santan - Yang ini aje nampaknya ramai manusia mencarinya.... memang berguna untuk masak kari dan masak lemak...
Kulat: -Agak-agaknya setan yang mana satu yang selalu menghampiri kita setiap hari atau sememangnya kesemua sekali?...... Wallahualam.

kiriman:
Abdul Jalaini Abdul Jalil
Tokyo, JAPAN

Sabtu, 11 Oktober 2008

PENGAMPU YANG MELAMPAU

Boleh dikatakan kebanyakan blog yang aku terokai pagi ini semua mengisahkan kemurahan kerajaan negeri Melaka menganugerahkan 'Datuk' kepada pelakon bolywood terkenal. Dahulu isu penganugerahan ini menjadi topik panas bilamana Melaka merupakan negeri yang melambakan anugerah Datuk paling banyak selepas Datuk Ali dipilih menjadi Naib Presiden UMNO. Kali ini seperti ada 'udang disebalik batu' apabila anugerah kepada pelakon tersebut ada kaitannya dengan jawatan yang bakal ditandinginya pada pemilihan UMNO Mac depan.

Alasan pengiktirafan tersebut, menurut kenyataan Setiausaha Politik Ketua Menteri Melaka, En. Saadun Basirun (Akhbar Sinar Harian - 11 oktober - N13) : "IALAH KERANA KEMASYHURAN NAMA DAN POPULARITINYA DI KALANGAN PEMINAT DI NEGARA INI DAN USAHA KOMITEDNYA MEMARTABATKAN SENI DI MATA DUNIA"

Sila baca kenyataan dari SUKJ di bawah ini mungkin ada kebenaranya:
Alasan yang diberikan oleh pemerintah kerajaan negeri Melaka diatas penganugerahan Datuk ini tentunya berbeza dengan persepsi rakyat kebanyakan. Manakala bagi seorang 'Blogger 3rd Class' seperti saya ini sudah tentu mempunyai penilaian dan persepsi yang lebih kehadapan dari rakyat biasa. Persepsi dan penilaian saya adalah seperti berikut:
1) Melaka memang telah dikenali sebagai negeri 'pemurah dan pemudah' untuk anugerah Datuk. Ini kerana Gabnornya terdiri dari pemimpin-pemimpin UMNO.
2) Walaupun Shah Rukh dikurniakan Datuk tetapi beliau tidak hadir pada hari ini. Ini bermakna sudah tentu satu tarikh khas dan satu majlis khas akan diatur untuk anugerah kepada Shah Rukh Khan. Bila agaknya..?
3) Bila agaknya mungkin Datuk Ali Rustam lebih tahu tarikh tersebut.
4) Tidak dinafikan Datin Seri Rosmah Mansor isteri Najib memang minat sangat dengan pelakon-pelakon Hindi yang terkenal.
5) Jadi kehadiran Shah Rukh memang dirancang khas dimana akan ada majlis khas tertentu yang akan dihadiri oleh Datin Seri Rosmah Mansor.
6) Kesimpulannya, jika pemimpin dan bekas pemimpin UMNO di Melaka mahu 'membodek' Datuk Najib yang bakal menjadi Perdana Menteri, maka UMNO Melaka perlulah menjaga hati Datin Seri Rosmah Mansor.

Kulat: Sependapat dengan SUKJ. Kita lihat dimana rasionalnya anugerah ini diberikan kepada pelakon bolywood ini. Apa jasa-jasanya yang telah dicurahkan untuk pembangunan dan kemajuan negeri Melaka? Apa cabang seni yang telah dia 'martabatkan'? Dondang sayang? Nazam? Joget? Ghazal? Adalah lebih baik ianya diberikan kepada artis2 di negara kita yang telah berjasa dan menaikan imej negara. Apapun kita tunggu dan lihat apa kenyataan dari pemimpin2 UMNO. Kalau di Melaka sudah tentu menyokong tanpa berbelah bagi.

Khamis, 9 Oktober 2008

ADAKAH KULAT DAH MELAMPAU....??.

Kulat bukan segaja nak cari publisiti. Rasanya publisiti diruangan blog ini sudah memadai. Kulat tak perlu nak heboh2kan seluruh negara supaya pembaca tahu dan kenal siapa Kulat. Sejak Kulat terkhilaf buat posting tempoh hari berkaitan dengan seorang Speaker Undangan Negeri, ramai yang SMS kat Kulat ada yang menyokong malah ada yang menghentam buat cerita sukahati "pak hang" katanya. Mereka kata Kulat ni dah melampau...!!

Tapi kali ini berlainan sedikit. Kulat benar2 teruja bilamana orang lain pulak yang publishkan nama Kulat kat sebuah akhbar yang dikatakan tidak kurang popularnya. Kulat dah katakan bukan Kulat yang nak heboh2kan nama Kulat untuk cari publisiti. Tapi..... entahlah. Macam tak percaya aje nama Kulat dah pun tersebar di seluruh negara. Tapi yang merungsingkannya ialah nama Kulat dah dicemarkan dan mendakwa Kulat memang sengaja buat pasal. Kisah ni dah mula kecoh dikatakan berlaku di Melaka. Mereka mendakwa kekecohan ini semuanya disebabkan oleh perbuatan Kulat. Kulat yang memulakan dulu...... Astagfirullah, sampai begitu sekali fitnah yang dilemparkan terhadap Kulat. Kini Kulat dikatakan sedang disiasat oleh pihak berkaitan. Namun sebagai manusia dan hamba yang hina disisiNya, aku reda dengan segala apa yang berlaku. Berita selanjutnya (klik disini). ......... Wallahualam.

Rabu, 8 Oktober 2008

PAK LAH BERUNDUR - PEMIMPIN UMNO SENYUM TERSIMPUL

Perdana Menteri, Dato'Seri Abdullah Badawi sah tidak akan mempertahankan jawatannya sebagai presiden Umno pada Mac tahun depan. Abdullah berkata, beliau akan menyerahkan jawatan perdana menteri selepas Datuk Seri Najib Tun Razak menjadi presiden Umno. Keputusannya itu adalah muktamad dan juga mengakui bahawa beliau "tidak membuat cukup baik dalam pilihanraya umum lalu" setelah kehilangan empat negeri - Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor - kepada barisan pembangkang - Pakatan Rakyat.
Justeru inilah sebenarnya saat2 yang dinantikan oleh pemimpin UMNO lain yang sebelum ini dilihat yang terlalu mendesak supaya perlalihan kuasa dipercepatkan. Nah bermula dari pengumuman Pak Lah ini, maka mereka yang asyik berkokok telah mula untuk mengembangkan sayap masing2 dan seperti satu perlumbaan, persidangan UMNO kali ini adalah yang paling 'luar biasa' (klik sini) sejak ianya ditubuhkan sedekad yang lalu.

Dalam pemlihan kali ini, suatu senario yang tidak pernah berlaku sebelum ini dimana begitu ramai pemimpin UMNO seperti 'kelaparan' dengan 'rakus' menawarkan diri untuk bertanding jawatan utama Umno. Apa yang lebih menarik lagi, ada kalangan pemimpin yang tidak popular juga turut tampil menawarkan diri. Dahulu, ketika Datuk Najib Razak mengumumkan bertanding timbalan presiden Umno, tiada seorangpun yang mahu bertanding, tetapi sebaliknya, kali ini mereka berlumba-lumba mahu bertanding.

Sehubungan itu, ramai pemimpin UMNO menyuarakan kebimbangannya kerana pelbagai kemungkinan boleh berlaku, termasuk perpecahan dalam parti. Apa gunanya kalau memegang jawatan tinggi tetapi mereka tidak boleh menyatukan Umno dan orang Melayu. Ini dapat dilihat apabila orang yang tidak mempunyai jawatan yang sepatutnya dalam parti, turut menawarkan bertanding jawatan utama Umno. Ini menggambarkan Umno kini dalam keadaan kritikal. Ramai yang menawar diri seolah-olah dilihat penyakit Umno telah mencapai tahap yang cukup kronik.

Pengunduran Pak Lah juga dilihat memang dialu-alukan. Pengundurannya diibarat 'orang mengantuk disorongkan bantal' oleh ramai pemimpin tertinggi UMNO yang berkepentingan. Siapa pemimpin tertinggi UMNO yang bermati-matian mempertahankan Pak Lah? Hanya kecuali mungkin menantu kesayangannya, Khairi Jamaludin sahaja. Cuba kita imbas dan perhatikan, sejak PRU12, Pak Lah dihentam kiri, kanan, atas, bawah oleh ahli2 UMNO sendiri. Samada kita semua perasan atau tidak? Semua orang2 kanan PakLah ni tak ada seorang pun yg cuba sedaya upaya cuba membantu mempertahankan. Mempertahankan hanya sekadar 'melepaskan batuk ditangga' sebaliknya mereka hanya menunggu masa untuk meninjau kerusi yang lebih empok walaupun Presiden masih lagi belum membuat keputusan muktamadnya.

Akhirnya Datuk Sri Abdullah Ahmad Badawi, Perdana Menteri Malaysia ke 5 itu terpaksa akur dengan kehendak ahlinya sendiri dan berundur pada Mac tahun hadapan. Ini ibarat sebagai satu sumpahan dimana Pak Lah dilantik mengikut terlunjuk, akhirnya terbukti pengundurannya juga mengikut telunjuk juga tanpa proses sebenar (pemilihan oleh ahli sendiri). Beliau berundur dengan membawa misinya 'cemerlang, gemilang dan terbilang' yang belum tercapai. Wallahualam.

Selasa, 7 Oktober 2008

KULAT MINTA MAAF PADA SPEAKER MELAKA

Sehingga kini akhbar ini belum lagi membuat 'ralat'.


Selepas aku psotkan artikel yang lalu, aku menerima beberapa SMS dan panggilan telefon dari para sahabat yang menyatakan 'petikan' (klik sini) headline dari akhbar Sinar Harian, Edisi Melaka (Ahad-5 Oktober 2008) oleh Speaker Dewan Undangan Negeri Melaka ternyata tersilap cetak. Petikan tersebut sepatutnya berbunyi PRU11 bukan PRU12. Kenyataannya di halaman dalam muka 2 memang ada menyebut PRU11. Justeru memang sah bukan silap Datuk Othman Muhamad tetapi dari pihak akhbar Sinar Harian. Betul juga seperti jangkaan dari sahabat, Harimau-menaip, Akhbar Sinar Harian sejak akhir2 ni kerap tersalah cetaknya.

Sehubungan dengan itu, sebagai bertanggungjawab atas 'etika penulisan', aku dengan hati terbuka memohon maaf kepada Speaker Dewan Undangan Negeri Melaka itu di atas 'kekhilafan' tersebut. Walau bagaimanapun aku tetap mempertahankan artikel yang telah disiarkan berdasarkan 'apa yang dipandang, dilihat' dan 'apa yang ditulis, dibaca'.

Kulat - Kalau iapun Datuk Speaker nak menjaga kedudukan, tak payahlah panggil press buat statement nak menyokong. Rakyat semua tahu pemimpin2 UMNO ni semua orang yang kuat buat kerja untuk rakyat. Janganlah buat perbandingan PRU11 yang dah sepuluh tahun berlalu. Kita perlu lihat cabaran hari ini. Kekuatan Ketua Menteri Melaka itu sendiri tergugat semasa PRU12 dimana beliau sendiri hilang sokongan pengundi merosot kepada -54% iaitu daripada 5,992 undi pada PRU11 jatuh terus 2,708 undi pada PRU12. Manakala di parlimennya (Bukit Katil), merosot begitu teruk sehingga -94% iaitu hampir2 membuka satu lembaran baru bagi parti PKR di Melaka. Harap Speaker Dewan Undangan Negeri Melaka itu perlu lihat kepada kenyataan bukannya khayalan. Jangan terlalu menyokong yang membawa rebah. Wallahualam.

PS*Orang tua-tua kata, nasib baik tak dapat 'dosa kering'.

Ahad, 5 Oktober 2008

NAK MENGAMPU, FAKTA PULAK TERSILAP..

Datuk Othman Muhamad, Speaker Dewan Undangan Negeri Melaka

"Sikap beliau yang selalu turun padang dan mendengar permasalahan kaum Cina telah membuatkan beliau disenangi masyarakat Cina dan hasilnya Barisan Nasional (BN) berjaya merampas kerusi Palimen Kota Melaka dalam PRU12"

Inilah petikan kata-kata dari Speaker Dewan Undangan Negeri Melaka, Datuk Othman Muhamad yang disiarkan muka hadapan dengan tajuk utama "Mohd. Ali Paling Layak" dalam Sinar Harian, Edisi Melaka (Ahad-5 Oktober 2008). Sungguh pelik dan menghairankan bagaimana Kerajaan Negeri Melaka melantik seorang speaker yang tidak tahu Ahli Parlimennya dari parti mana? Setahu Kulat, Kerusi Parlimen Kota Melaka (P138) dalam PRU12 adalah milik DAP. (sila klik disini) Bila masa pulak BN dapat merampas P138 dari DAP dalam PRU12?

Petikannya itu adalah sebagai menyokong cadangan Ketua Menteri Melaka untuk menawarkan diri jawatan No. 2 dalam kepimpinan UMNO dan menyatakan bahawa Datuk Mohd. Ali Rustam adalah orang yang "paling layak" diantara yang layak sebagai calon Timbalan Presiden UMNO Malaysia.

Kulat - Kalau iapun nak menyokong Tok Ketuanya, janganlah sampai "tak ketahuan" kata orang Utara. Nak mengampupun biarlah bertempat dan betul faktanya kerana yang bercakap tu bukan calang-calang pangkatnya iaitu orang yang berkuasa dalam Dewan Undangan Kerajaan Negeri. Wallahualam

Malaysia oh Malaysiaku


RAKYAT YANG BERHAK MENERIMA PEMBANGUNAN