Isnin, 24 November 2014

PEMBANGKANG DI SELANGOR DAPAT KEISTIMEWAAN


Kerajaan Selangor memperuntukkan sebanyak RM2.4 juta bagi memberi peruntukan sebanyak RM200,000 setahun kepada setiap 12 orang wakil rakyat BN mulai tahun depan. MB Selangor, Azmin Ali berkata di sini, peruntukan kerajaan negeri kepada wakil rakyat BN itu pertama kali dilaksanakan di Selangor. Semasa membentangkan belanjawan 2015 hari ini, Menteri Besar itu berkata, peruntukan itu diberi bagi tujuan Program Mesra Rakyat serta meningkatkan khidmat wakil rakyat kepada rakyat dan menjamin prinsip demokrasi.

YANG JADI MANGSANYA ADALAH RAKYAT..?

Putrajaya terus lupus hutang, ‘bail out’ syarikat, kata Rafizi Ahli Parlimen Pandan itu berkata, terbaru Putrajaya cuba memasukkan dua usul oleh Kementerian Kewangan dalam urusan kerajaan persekutuan di Parlimen hari ini dengan menukarkan hutang dua anak syarikat Menteri Kewangan Diperbadankan bernilai RM876 juta kepada ekuiti.
"Ini bermakna, hutang anak-anak syarikat milik kerajaan itu dihapuskan begitu sahaja dengan menukarkannya kepada pegangan saham atau ekuiti," kata setiausaha agung PKR itu DI SINI.
Tindakan menghapus hutang secara sembunyi mengakibatkan rakyat terus dibebankan dengan kos sara hidup, 

Malaysia oh Malaysiaku


RAKYAT YANG BERHAK MENERIMA PEMBANGUNAN