Selasa, 24 Jun 2014

ISU KALIMAH ALLAH: EHH..APADAH..?? YANG NI KATA TAK BOLEH, YANG ITU KATA BOLEH....


Kerajaan mengumumkan bahawa penganut Kristian masih boleh menggunakan kalimah 'Allah' dalam upacara keagamaan kerana keputusan Mahkamah Persekutuan semalam hanya melibatkan penerbitan mingguan Katolik, The Herald saja.

Kerajaan menghormati keputusan mahkamah dan menggesa semua pihak mematuhinya tetapi pada masa yang sama membenarkan warganegara Malaysia beragama Kristian masih boleh menggunakan kalimah 'Allah' di dalam gereja  di sini. 

Rakyat semakin keliru...??

Selasa, 17 Jun 2014

KG. CHUBADAK: "LANGIT TIDAK SELALUNYA CERAH"

Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Seri Ahmad Phesal Talib berkata kesemua "rumah haram" penduduk Kampung Chubadak Tambahan akan dirobohkan di sini walaupun penduduk memfailkan injuksi di Mahkamah Rayuan. Katanya, tindakan itu diteruskan kerana penduduk di kawasan itu didakwa sudah menetap "secara haram” sejak lebih 20 tahun lalu. Kesian penduduk Kg. Chubadak, selama 20 tahun dalam penempatan haram.. benarlah kata hukum alam......."Langit tidak selalunya cerah"

Rabu, 11 Jun 2014

MARI KITA TENGOK SIAPA YANG KENAA..??

Selepas selesai saja membaling buah 'dadu'... Ibrahim Pendekpun berkata. "mari kita tengok saper yang kenaa..."  Buah dadu tak boleh dibuka lebih dari sekali pusingan. Dalam filem arahan dan lakoran Tan Sri P Ramlee itu, terdapat babak popular menunjukkan Ibrahim (yang melakonkan watak Sarjan) menipu wang orang ramai menggunakan dadu. Bagi mengelakkan perkara itu terbongkar dan disedari orang ramai, Sarjan hanya akan membuka perjudiannya itu sebanyak tiga kali sahaja. Lebih dari itu nanti dia kata dia yang kena BEDAL...

Begitulah kerajaan yang ada hari ini diibaratkan BUAH DADU oleh parti pembangkang kerana isu penurunan harga getah dan bantuan RM500 buat kali kedua seperti yang dinyatakan di sini.

Selasa, 10 Jun 2014

ISU LPHJ: KENAPA MESTI SULTAN..??

Majlis Raja-Raja Johor menjelaskan bahawa peruntukan dalam Enakmen Lembaga Perumahan dan Hartanah Johor 2014 tidak memberi kuasa mutlak kepada Sultan Johor. Menurut Presiden Majlis Raja-Raja Johor menyebut ia juga bukan satu bentuk campur tangan Istana dalam bidang pentadbiran negeri.

Namun walaupun MB Johor telah memaklumkan bahawa “LPHJ bertindak atas nasihat menteri besar (atau perdana menteri)” yang digunakan dalam perlembagaan persekutuan atau negeri, akan tetapi rakyat bimbang di sini amalan sebenar yang bakal berlaku sebaliknya nanti.

Campur tangan sultan dalam pentadbiran kerajaan negeri akan menyebabkan institusi beraja tercemar kerana terpaksa berhadapan dengan pelbagai masalah, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, di sini. wallhuaalam

POLITIK ANTARA DUA DARJAT...


Ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) dan NGO pro-Melayu lain tidak melenting walau Umno melalui lidah rasminya Utusan Malaysia mengkritik Enakmen Lembaga Perumahan dan Hartanah Johor 2014.

"Jik Umno dan Utusan buat, tak apa. Jika kita yang buat, mereka akan terus bertindak dan ISMA akan melenting," katanya di sini...

Isnin, 2 Jun 2014

TAK TAHU ASAL USUL BANGSA...

Hanya berani buat statment dalam Dewan jee disini .... budak India ni dah kompius, tak tahu asal usul bangsa dia....

TQ DYANA.... KERANA MENOLAK HUKUM HUDUD

DYANA SOFYA MOHD DAUD, BELUM DICALONKAN, AWAL2 LAGI BELIAU TELAH MENOLAK HUDUD. TERIMA KASIH DI ATAS STATMENT BELIAU ITU YANG MEMBAWA KEPADA PENOLAKAN HASRAT BELIAU UNTUK MENJADI YB... KITA HANYA MAMPU MERANCANG, TAPI PERANCANGAN ALLAH ADALAH YANG TERBAIK... TQ ALLAH.
salam,

dah lama x update blog... sekian lama mencari password yg hilang akhirnya ketemu jua... tq Allah

Malaysia oh Malaysiaku


RAKYAT YANG BERHAK MENERIMA PEMBANGUNAN