Sabtu, 24 Januari 2009

KHIR TOYO BARU SEDAR 'DEB' KETINGGALAN ZAMAN

KETUA PEMBANGKANG Selangor, Dato Khir Toyo yang sekarang ini semakin rancak menelanjangkan pentadbiran Tan Sri Khalid Ibrahim telah mula mengorak langkah untuk membuat reform dalam BN terutama pembaharuan dalam kerajaan yang dikuasai oleh BN. Selain perubahan itu beliau juga menyentuh isu Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang begitu sensintif bagi penjuak ketuanan bangsa Melayu. Bagi sesetengah pihak, DEB adalah 'nadi' kesinambungan bangsa Melayu untuk terus dibela dan menjadi tuan dalam ini negara. Namun setelah berpuluh mendambakan dasar tersebut kini pemimpin UMNO mulai sedar bahawa DEB juga perlukan perubahan disini mengikut kesesuaian yang boleh merapatkan hubungan kaum antara Melayu dengan bukan Melayu. Kata Khir Toyo, Dasar Ekonomi Baru harus dikaji semula dan diberi nafas baru atau diwujudkan formula pentadbiran baru negara yang merangkumi ekonomi, hubungan antara kaum dan agama yang boleh memuaskan hati orang Melayu dan bukan Melayu.
KULAT: Selepas mengalami gelombang Tsunami PRU12, dan dua PRK Permatang Pauh dan K.Terengganu, kini UMNO mula mencari kelemahan dalaman dan mengurangkan menyalahi pihak lain. Mereka telah mulai sedar, slogan keramatnya 'TRADISI MEMBELA RAKYAT' sudah ketinggalan zaman.

4 ulasan:

Harimau-Menaip berkata...

Orang baru dapat hidayah...dah layak terima zakat lah tu...hehehe..

Unknown berkata...

Dia ni jenis tidur cepat bangun lambat!

kulupSakah berkata...

org jawa malu dgn dia ni..

kulatlapok berkata...

salam blogger:

1. Tuan Harimau:
2. Tuan Mountdweller:
3. Tuan Kulup:

Khir Toyo kini sedang cuba mencipta sejarah antara pembangkang negeri terbaik buat masa kini.

Malaysia oh Malaysiaku


RAKYAT YANG BERHAK MENERIMA PEMBANGUNAN