Khamis, 29 April 2010

INI MACAM SIKAP PUN ADA YANG 'IRIHATI'..


Alahaii kesiannya MB Kelantan ni, makan seorang diri je kat warong. Tanpa pengawal peribadi dan protokol. Kalu pemimpin BN ni, rasanya dia punya pengawal peribadinya je penuh keliling gerai. Itu tak masuk lagi para pembodek yang nak tolongkan bayar. Mana tahu kalau tolong bayarkan nanti dapat habuannya projek atas angin.
Gambar ni aku cilok KAT SINI. Kata penulisnya, MB Negeri sendiri pun susah nak jumpa.. kecuali ada majlis rasmi yang ada publisiti sahaja.. kesiaannn..!! Bukan kata MB, YB kat kg. pun susah nak jumpa. Lagaknya juga adakala mengalahkan MB. (tapi....takle semua, ada juga YB karat yg sesekali tengok macam bukan YB, tapi Yang Berkhidmat)

Selasa, 20 April 2010

'GAP' BLOG PENIPU, BIAR MERAPU TAPI JANGAN MENIPU




INI KERATAN AKHBAR PENJUAK
YANG MENYATAKAN DENGAN BANGGANYA BLOG 'GAGAP' YANG MENYAHUT CABARAN AZMIN UNTUK MENDEDAHKAN BUKTI YANG ZAHID KAKI MINUM.








INILAH GAMBAR YANG DIKELUARKAN DALAM BLOG 'GAP', KONON BUKTINYA YANG MENUNJUKKAN BAHAWA ZAHID SEORANG KAKI MINUM. GAMBARNYA KELIHATAN ZAHID SEDANG MEMEGANG BOTOL ARAK YANG SAMA JENISNYA DENGAN BOTOL YANG PERNAH ADA DALAM GAMBAR 'KJ' KALAU KITA SEMUA INGAT.








TAPI CUBA PULA LIHAT GAMBAR YANG TELAH WA COPY DALAM BLOG KAWAN WA, (HARIMAU MENAIP). GAMBARNYA TERANG DAN JELAS, ZAHID TIDAK MEMEGANG SEBARANG BOTOL. JUSTERU DENGAN JELAS BLOGGER GAP RUPANYA SELAMA INI BLOGGER 'KAKI PEMBOHONG'
BIAR KITA 'MERAPU' BEB DALAM BERBLOGGER TAPI JANGAN 'MENIPU'

Isnin, 19 April 2010

RAMAI AHLI PKR JADI HERO DALAM PILIHANRAYA KECIL




Memang benar bagai dikata dan telah dijangka, bila ada sahaja PRK, seperti ada suatu kemestian ramai ahli pembangkang yang keluar dan buat statment khusunya dari kalangan ahli PKR. Terbaru bekas Dr peribadi DSAI pula membuat statement kat TV3 iaitu slot yang memang ditunggu2kan oleh media TV3suku untuk mereka turut sama berkempen.

Dr. Halili Rahmat, bekas Bendahari PKR Hulu Selangor yang juga bekas Dr. Peribadi DSAI telah mengumumkan keluar parti PKR kerana kecewa dengan kepimpinan parti PKR. Dengan nada yang tergagap-gagap seperti membaca sebuah skrip, Dr. Halili terus mengumumkan dengan rasminya MEMASUKI UMNO.

Kkah kah kah... memang statment yang ditunggu-tunggu tepat pada masanya. Akhirnya Halili dengan lapang dada dapat juga masuk parti UMNO yang selama ini dinantikannya. Syabas Halili,syabas. Tapi beliau tidak pula menyatakan UMNO cawangan mana yang menerimanya.

Memang orang2 UMNO akan menerima sesiapa saja disaat2 genting seperti ini. Tapi untuk pengetahuan Halili, beliau perlu menjadi ahli biasa dahulu dalam mana2 cawangan. Kalau nak jawatan..tunggguuu duluuu. Yang dah dok ada lahni semuanya dah penuh. Tapi untuk kali ini, nama Halili mungkin menjadi sebutan dan hero bagi BN kerana berani meninggalkan perjuangan dalam PKR yang beliau dakwa selama ini hanya angan2 kosong.

Tapi Dr. Halili perlu ingat, sudah berapa ramai ahli2 PKR yang telah menjadi hero semasa dalam beberapa siri PRK yang lalu, kini telah HILANG entah kemana. Mereka (BN) semua telah melupakannya. Lebih2 lagi semua jawatan penting dalam UMNO telah penuh diisi dan mereka semua sedang memperjuangankan nasib bersama jawatan mereka untuk dijadikan sandaran sebagai CALON PRU13 nanti.
Selepas itu, nama Dr. Halili Rahmat dan beberapa lagi bekas ahli2 PKR yang menjadi wira pada PRK ini entah berapa lama akan dingat semula atau lenyap terus bersama kemegahan menghiasi hamparan dada media. Wallahuaalam.

Ahad, 18 April 2010

LEPAS SHAH ALAM, BEBERAPA LAGI CABANG PKR AKAN BUBAR...

Setiap kali ada PRK, seperti macam suatu kemestian, pasti adaa sahaja ahli yang keluar parti terutama dari pihak pembangkang khususnya dari PKR. Pagi tadi, Ketua Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat (PKR) cabang Shah Alam, Nor'isham Manap dan timbalannya, Muhamad Ali Mukhtar hari ini mengumumkan keluar dari parti itu berkuat kuasa serta merta. Turut sama seorang lagi anggota Jawatankuasa (AJK) cabang itu, Mohd. Nazri Mukhtar.

Selain daripada itu, empat anggota Angkatan Muda cawangan Padang Jawa turut mengumumkan keluar parti. Mereka semua mengambil tindakan itu kerana dikatakan kecewa dengan kepimpinan PKR yang memilih Datuk Zaid Ibrahim sebagai calon pakatan pembangkang pada PRK P094 Parlimen Hulu Selangor.
Berikutan beberapa keputusan yang mengejutkan itu, khabarnya lebih ramai lagi ahli PKR dari beberapa cabang akan keluar beramai-ramai mengikut jejak Ketua AMK Shah Alam dan lain-lain cabang tersebut.
Berikut beberapa cabang yang dikatakan akan keluar beramai2 ialah CABANG JAWA BARAT, CABANG JAWA TIMUR, CABANG BANDUNG, CABANG SURABAYA, CABANG YOGHJAKARTA dan yang paling ramai sekali khabarnya yang akan keluar ialah CABANG LOMBOK yang tidak berpuashati dengan kekurangan jumlah anak dara negara ini untuk di bawa keluar balik ke Lombok.

Sabtu, 17 April 2010

3 ANAK BEGHAIM DI HULU SELANGOR. BN BAKAL TERIMA UNDI PROTES

Semasa penamaan calon pagi tadi ramai yang tak perasan rupanya ada tiga anak Beghaim yang menjadi tonggak parti PKR bagi menghadapi PRK P094 Hulu Selangor.
Tiga tonggak tersebut iaitu Anwar Ibrahim, Khalid Ibrahim dan calon PKR iaitu Zahid Ibrahim. Mereka bertiga dijangka merancang beberapa strategi bagi memastikan Parlimen Hulu Selangor kekal di tangan PKR.
Sementara itu penamaan calon hari ini juga memeranjatkan ramai pemerhati apabila dua calon BEBAS yang muncul adalah merupakan dari penyokong kuat BN sendiri iaitu dari UMNO dan MIC. Kemunculan mereka menunjukan ada petanda awal bahawa BN menghadapi krisis dalamannya di Hulu Selangor. Situasi ini memberi persepsi awal bahawa BN bakal menerima undi protes di kalangan penyokongnya sendiri.

HULU SELANGOR PERNAH DIIKTIRAF KAWASAN 'PENYAPU'



MASIH INGATKAH KITA SEMUA?? Suatu ketika dulu pada suatu majlis yang indah yang dihadiri oleh mantan MB Selangor iaitu anak Wak Toyo. Majlis yang mengiktirafkan Daerah Hulu Selangor adalah KAWASAN PENYAPU.
Ini termasuklah tiga kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang mana ketiga-tiganya dimenangi BN iaitu Hulu Bernam(Umno), Batang Kali (Umno) dan Kuala Kubu Bahru (MCA) Di bawah Parlimen Hulu Selangor.
Pengiktirafan itu membuktikan Pentadbiran Hulu Selangor semasa pemerintahan anak Wak Toyo dahulu tidak secekap yang diharapkan dan peeratus nilai cukai tahunannya adalah yang paling rendah. Akhirnya sebuah PENYAPU DHADIAHKAN kepada pegawai daerahnya yang akhir kalamnya juga MENYAPU terus pemerintahan BN di kawasan tersebut.

Ahad, 11 April 2010

ZAHID HAMIDI RUPANYA PAKAR INJEN JET SUKHOI



Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi telah dikatakan menguji sendiri terbang bersama jet pejuang negara, Sukhoi 30MKM selama 50 minit. Hasilnya beliau telah mengesahkan bahawa pesawat canggih itu masih lagi boleh dipakai dan selamat digunakan.

Hebat betul Dr Ahmad Zaid ni, hanya dengan mengambil masa 50 minit sahaja beliau boleh memberi jaminan keselamatan juruterbang negara tidak akan mengalami masalah untuk terus menggunakan jet tersebut. Selepas pengesahan ini kita harapkan tidak ada berita kemalangan yang melibatkan pesawat tersebut.
Dengan bakat yang ada. selepas ini Dr Ahmad Zahid juga bolehlah menguji pula pelbagai peralatan canggih tentera termasuklah kapal selam kita yang juga dikatakan mengalami masalah teknikal.

Malaysia oh Malaysiaku


RAKYAT YANG BERHAK MENERIMA PEMBANGUNAN