Hanya tinggal setahun saja lagi negeri Melaka akan melangkah ke arah matlamat mencapai status negeri maju menjelang tahun 2010. Rakyat negeri ini dan semua pelbagai lapisan masyarakat yang tinggal di Melaka harus bersyukur dengan limpahan kemakmuran serta pembangunan yang dilaksanakan di negeri ini. Kemajuan yang dicapai setakat ini perlu seiring dengan pencapaian kerajaan negeri bagi menjadikan sasaran "KEMISKINAN SIFAR" menjadi realiti. Itulah kata-kata Datuk Seri Mohd Ali Rustam, Ketua Menteri Melaka yang mendambakan Melaka sebuah negeri maju.
Mohd Kamdar Hassan, hanya ditemani 'lampu karbaid' selama 7 tahun.
Namun dalam kegairahan itu, nampaknya masih ada lagi pegawai-pegawai kerajaan negeri Melaka tidak peka bahawa rakyatnya ada lagi yang masih tertinggal dari segi kemudaham asas. Begitulah yang dihadapi oleh seorang rakyatnya, Mohd Kamdar Hassan, 48 tahun seorang penoreh getah yang tinggal di Kampung Hutan Perca, Alor Gajah. Mohd Kamdar tidak pernah merasa menikmati cahaya letrik selama 7 tahun dan selama itulah beliau hanya ditemani lampu karbaid sahaja untuk kegunaannya sekeluarga termasuklah kesukaran anak-anaknya untuk menelaah pelajaran pada waktu malam. Hal ini tidak sepatut berlakunya berlaku apatah lagi usia kemerdekaan yang telah dicapai yang sepatut dimilikinya serta memandangkan negari Melaka juga hampir mencapai status "Negeri Maju 2010".
KULAT: Isu ini tidak sepatutnya berlaku sekiranya semua pemimpin agensi dan masyarakat terutama JKKK yang diamanahkan agar memainkan peranan masing-masing serta lebih bertanggungjawab dalam menjalankan tugas. Diharapkan Datuk Ali perlu kerap memantau pegawai-pegawainya yang malas bagi membantu hasrat kerajaan dalam proses ke arah negeri maju. Difahamkan masalah Mohd Kamdar ini telah disiarkan dalam media dan telahpun mendapat respon segera dari kerajaan negeri yang berjanji untuk menyelesaikan masalah beliau secepat yang mungkin. Moga En. Kamdar sekeluarga akan lebih selesa selepas ini.
2 ulasan:
Jawapan di blog ali rustam
http://www.mohdalirustam.com/?p=432
RUJUKAN KISAH ENCIK KAMDAR
January 10, 2009. 0 Comments
Saya merujuk kisah Encik Mohd Kamdar dalam Utusan Malaysia semalam 9 Januari 2009 ( 7 TAHUN HIDUP TANPA ELEKTRIK, AIR).
Saya fikir elok Encik Kamdar sewa rumah awam RM 150-00 sebulan daripada beli kabaid dan petrol berharga RM 350-00 sebulan untuk bekalan elektrik guna generator. Ini boleh selamatkan RM 200-00 sebulan serta boleh bayar bil elektrik termasuk bil air dan ada baki lagi.
Oleh itu, Mohd Ali Rustam hilang kelayakan bercakap isu Palestin kerana isu sendiri pun tak boleh selesai.
Catat Ulasan