Azharudin Mamat @ Adam calon bebas pilihanraya kecil Parlimen Kuala Terengganu pada 17 Januari depan telah menyatakan 'niat' pertamanya untuk bertanding kernana mahu membantu rakyat miskin. Beliau akan menggunakan elaunnya sebagai ahli Parlimen untuk membantu mereka, tanpa mengira bangsa dan parti. Itulah matlamat utamanya ketika ditemuramah oleh pemberita walaupun dalam keadaan 'sepatah-sepatah' jawapan yang keluar dari mulutnya. Beliau hanya memperuntukkan sebanyak RM15,000 sahaja untuk tujuan berkempen menjelang hari pengundian pada 17 Januari depan dan mendakwa tidak dibiayai oleh mana-mana pihak untuk bertanding dalam pilihanraya kecil tersebut. Namun hasrat murni Azharudin itu mungkin tidak kesampaian memandangkan peluangnya untuk menang dilihat sukar kerana terpaksa berdepan dengan dua calon yang telahpun mempunyai rekod pilihan pengundi serta memiliki persaingan paling sengit.
Biar kurang bercakap asalkan kuat berkerja, itulah agaknya karektor calon Bebas Pilihanraya Kecil Parlimen Kuala Terengganu ini yang seperti agak pemalu dan bercakap sepatah-sepatah semasa ditemuramah oleh pemberita.
3 ulasan:
Salam Tok Cendawan,
Salam perjuangan tuk calon AKIM tue...
Tuan Kulat,
Berani gak dia ni. Baik dia sumbangkan RM15k tu kat Palestin...banyak pahala yang dapat.
Apapun, Selamat Berjuang buat beliau.
Assalamaualaikum anakku Cendawan Malaya,
Apa khabar sekarang dan apa khabar Puteri Nabilah kita? Mak Cik doakan semuanya sihat dan ceria selalu.
Alangkan baiknyakan kalau SEMUA orang Melayu tak kira UMNO atau PAS bersatu dalam satu Parti yang memperjuangkan Orang Melayu dan Islam di Negara kecil kita ini.
Kita mengaku kita semua bersaudara.
Atau pengakuan kita hanya dibibir sahaja.
Mengenai Azharudin ini, kalau ada rezeki, tengok tengok nanti dia yang menang. Semua ditangan Allah swt.
Catat Ulasan