Ketua jurulatih skuad bolasepak negara, B.Sathianathan berkata, Malaysia sebenarnya TIDAK PERNAH GAGAL dalam semua kejohanan antarabangsa yang disertai selama ini. "APA ITU GAGAL"... Bagi saya Malaysia tidak pernah GAGAL tapi tidak pernah BERJAYA, kata jurulatih yang nyaris disingkir oleh FAM pada tahun lalu. Memang tidak dinafikan Malaysia suatu ketika dahalu GAH di arena antarabangsa khususnya di Asia Tenggara. Namun selepas FAM berubah ke era profesional, mutu bolasepak negara terus menerus merosot sehinggakan ke kejohanan Sukan Sea pun kita tidak mampu untuk menjadi pesaing terutama kepada negara2 yang baru membangun seperti Laos, Myanmar dan Vietnam.
Nampaknya Sathia tidak memahami apa itu makna GAGAL dalam erti kata sebenar. Dalam bahasa kamus, GAGAL memberi maksud - TIDAK BERJAYA, TIDAK JADI, TIDAK BERJAYA. Manakala JAYA, BERJAYA - ialah MENANG, BERHASIL iaitu memberi maksud untuk mencapai matlamat dalam erti perjuangan sebenar. Nampaknya kenyataan ketua jurulatih negara ini cuba menyorok sesuatu KELEMAHAN yang tidak berjaya diatasi samada di pihak jurulatih mahupun pengurusan FAM itu sendiri. Atas alasan itu jugalah perjuangan Malaysia akhirnya berakhir dengan wajah duka yang terus menghimpit skuad bimbingan B Sathianathan apabila tersungkur di tangan Emiriyah Arab Bersatu (UAE) 0-5 dalam aksi sulung Kumpulan C pusingan kelayakan Piala Asia 2011 di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, malam tadi. Begitulah Malaysia yang TIDAK GAGAL, namun TIDAK PERNAH BERJAYA, itulah erti bahasa dalam kamus bolasepak yang dimaksudkan oleh B. Sathianathan.
2 ulasan:
salam sdra
nak menyedapkan hati jurulatihlah tu. malaysia boleh.
Assalamualaikum anakku Cendawan,
Macam Mak Cik komen pada blog Saudara kita Harimau Menaip mungkin UAE menang sebab Pemain UAE makan seekor kambing seorang.
Tapi pemain kita 'share' seekor kambing untuk sebelas orang.
Tak cukup makan kot. (Pemain2 kita).
Sampai 0-5 kena, malunya!!
Catat Ulasan