Isnin, 30 Mac 2009

TERKINI: NAJIB TERKEJUT BILA AGONG MINTA PAK LAH TERUS JADI PM


Presiden UMNO yang baru Dato Sri Najib Tun Razak hari ini tergamam dan terkejut bilamana Yang Di-Pertuan Agong menghulurkan dua sampul surat yang mana sampul surat pertama benar2 mengejutkan Pak Lah apatah lagi kepada Presiden UMNO yang baru. Surat tersebut sebenarnya adalah WATIKAH dari Istana Negara dengan jelas menyatakan hasrat Baginda meminta Pak Lah meneruskan memegang jawatan PM sehingga PRU13 akan datang. Pak Lah juga merasa agak terkejut dan tidak menyangka Baginda telah membuat keputusan tersebut dan seterusnya menafikan hasrat beliau yang mahu peralihan kuasa diserahkan secepat yang mungkin kepada Presiden UMNO yang baru tidak menjadi. Perkara ini seperti ada persamaan apa yang berlaku dengan perintah Sultan Perak terhadap perlantikan MB Perak yang lalu. Jelas di sini Agong telah menggunakan hak mutlak kuasanya untuk menentukan siapakah pemimpin negera yang benar2 layak dan mesti diperkenankan terlebih dahulu oleh Baginda.

Peristiwa yang tidak diduga ini belaku semasa kedua-dua pemimpin UMNO ini dipanggil secara mengejut mengadap Duli Yang Maha Mulia Yang Di-pertuan Agong di Istana Negara petang tadi dalam satu upacara khas penyerahan surat watikah kuasa tersebut . Turut hadir menyaksikan majlis penyerahan surat ini ialah beberapa barisan menteri kabinet yang disertai para pemimpin2 kanan UMNO, barisan parti kompenan BN serta pemimpin2 Parti Pembangkang.

Justeru hasrat Najib yang sudahpun berangan2 berada ditampuk kuasa negara terpaksa dilupakan sekurang2nya untuk 3 ke 4 tahun akan datang. Hal ini mungkin mengecewakan ramai penyokongnya yang begitu semangat menyatakan sokongan serta harapan yang tidak berbelah bagi semasa dalam perhimpunan UMNO baru2 ini. Selepas pengumuman yang memeranjatkan itu, suasana di istana kembali kecoh apabila Dato Sri Najib pula menerima sekeping sampul surat kedua yang disampaikan sendiri oleh Yang Dipertuan Agong. Dato Sri Najib Tun Razak sekali lagi merasa tergamam dan menerima satu lagi kejutan buat dirinya apabila sampul surat yang bercop SULIT itu dibuka dan tertulis satu perkataan "a p r i l f o o l". Jangan marah hah.....!!!!

Ahad, 29 Mac 2009

KETUA PEMUDA UMNO PERMATANG PAUH BIMBANG KEHEBATAN ANWAR.



Ketua Pergerakan Pemuda Umno Permatang Pauh, Mohd Zaidi Mohd Said mendakwa kerajaan telah membuat satu kesilapan besar dengan membebaskan Dato Seri Anwar Ibrahim. Ini bermakna seolah-olah kesilapan kerajaan itu secara tidak langsung mengheret sama menteri yang bertanggung jawab yang menjawat jawatan Menteri Dalam Negeri ketika itu. Siapa menteri itu? sudah tentulah seorang pemimpin paling kanan dalam UMNO yang menjawat jawatan penting itu. Tak payahlah nak sebut namanya siapa dia...

Dakwaan ketua Pemuda itu dikesan semasa menyampaikan ucapannya pada perhimpunan UMNO baru-baru ini. Beliau mendakwa Anwar seorang pengkianat kepada bangsa dan negara dan kerajaan telah melakukan kesilapan yang besar menyebabkan negara menjadi huru-hara angkara kebijaksanaan Anwar Ibrahim yang bertanggungjawab merencanakan strategi politik Pakatan Rakyat setelah dibebaskan dan menyebabkan BN/UMNO hampir-hampir tersungkur dilanda gelombang 'kuasa rakyat'.
Begitulah dangkalnya pemikiran seorang Ketua Pemuda UMNO Bahagian yang secara tidak langsungnya mentejermahkan Anwar seorang pemimpin yang hebat dalam politik yang boleh mengoncangkan senario politik negara khususnya strategi untuk menjatuhkan kerajaan BN. Kenyataan Ketua Pemuda UMNO itu pula seolah-olah begitu gerun dengan kebijaksanaan politik Anwar. Belum lagi berjuang sudah menyalahkan pihak lain. Ibarat bimbang dengan gelombang jangan berumah ditepi pantai. UMNO baru sahaja direformkan yang jelas mahukan UMNO itu sendiri mesti berubah kalau tidak mahu 'rebah'. Kesimpulannya dakwaan ketua Pemuda UMNO Permatang Pauh itu jelas berniat mahukan Anwar sepatutnya berada lebih lama di dalam penjara dan ucapannya pada perhimpunan UMNO lalu cuba mempengaruhi kepimpinan baru agar lebih tegas menggunakan kuasa yang ada (ISA). Wallahua'alam

Sabtu, 28 Mac 2009

PERWAKILAN PEMUDA UMNO PERCAYA ISU 'BALQIS'..??

Calon Ketua Pemuda UMNO, Dato Mohd Khir Toyo mendakwa kekalahannya dalam perebutan jawatan tersebut ada kaitan isu 'Balqis'. Mantan MB Selangor itu seperti menyalahkan pihak pembangkang yang sengaja memainkan isu tersebut yang terpaksa menerima kekalahan yang tidak dijangkanya itu kerana pada peringkat awal pengundian, beliau mengatasi calon2 lain namun keputusan yang memeranjatkan itu seperti ada 'sesuatu' disebaliknya.

Beliau mendakwa isu Balqis sengaja dibangkit oleh pihak pembangkang bagi mengagalkan hasrat beliau untuk terus 'bernyawa' dalam politik. Khir Toyo mendakwa beliau menjadi mangsa isu tersebut yang menyebabkan para perwakilan telah hilang keyakinan di atas kewibawaannya untuk meneraju kepimpinan Pemuda. Justeru jika itu kesimpulan yang dibuat oleh Wak Khir ini sahlah bahawa ahli UMNO itu sendiri telah 'percaya' akan isu Balqis tersebut benar2 ada penyelewengan yang dilakukan oleh isterinya yang sudah tentu mengheret beliau sama. Begitulah senario politik Wak Khir yang akhirnya menerima hukuman yang bukan di tentukan oleh pihak pembangkang tetapi dari ahli perwakilan Pemuda itu sendiri. Harap Wak Khir kenalah percaya kepada Qada dan Qadar. Apa boleh buat Wak.. itulah rezeki namanya.
Kulat: Harap Wak Khir kena menerima kekalahannya serta berbanyak muhasabah diri sendiri daripada menyalahkan orang lain sebagai penyebab kekalahannya. Wallahua'alam.

Khamis, 26 Mac 2009

SAAT GETIR SHARIZAT DAN KJ BERAKHIR

Dato Seri Sharizat Abd. Jalil kini boleh menarik nafas lega setelah rasa cemasnya yang sebelum ini menyokong Tan Sri Rafidah Aziz tetapi tersentak dengan keputusan yang dibuat oleh timbalannya, Dato Kamiliah Ibrahim yang tetap mahu meneruskan bertanding jawatan no. 2 dalam wanita. Keputusan itu membuatkan beliau berbelah bagi dan terpaksa berpatah balik meneruskan untuk menentang bekas ketuanya. Namun saat getirnya berbaloi jua apabila beliau berjaya menewaskan Tan Sri Rafidah Aziz dengan memperolehi 507 undi berbanding pencabarnya yang memperoleh 280 undi.
Manakala ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin atau KJ dipilih sebagai Ketua Pemuda Umno yang baru. Beliau yang memperolehi 304 undi menewaskan bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo dan ahli Parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz Mahathir. Khir Toyo menerima, 254 undi, manakala Mukhriz pula 232 undi. Biarpun sebelum ini beliau menerima kritikan dan kecaman dari berbagai pihak dari luar dan dalam UMNO itu sendiri yang mendakwa gaya kekepimpinannya yang mempengaruhi bapa mertuanya . Malah disaat2 akhir sebelum bermulanya perhimpunan UMNO beliau di heret ke muka Lembaga Disiplin berhubung kes politik wang. Namun situasi yang genting itu hampir2 mengembirakan dua calon lain yang akhirnya berjaya membuktikan bahawa kepimpinannya diperlukan dalam sayap UMNO itu.
Kulat: Syabas dan tahniah buat kedua-dua pemimpin sayap UMNO itu dan parti Melayu itu kini sedang bermula proses transformasi kepimpinan dari semua sudut. Bangsa Melayu mahu melihat penukaran baju baru ini akan memberi impak yang besar kepada survival bangsa Melayu di negara ini. Jika UMNO masih lagi tidak berubah, nescaya UMNO akan berubah pada PRU13 nanti sebagai sebuah parti yang 'rebah'.

Isnin, 23 Mac 2009

RANCANGAN 999 MELAPORKAN........



sebelah kiri gambar yg disiarkan dari sebuah akhbar manakala kanan gambar asal kiriman emel dari rakan

Gambar seorang selebriti terkenal Malaya yang cantik dan jelita sedang posing berkemban di dalam bilik sebuah hotel. Gambar di sebelah kiri yang disiarkan dari sebuah akhbar semalam pihak media sengaja mengelapkan wajahnya namun gambar yang disebelah kanan pula ialah gambar yang dikirimkan oleh seorang rakan melalui emel. Namun aku juga seperti merasa malu menatap wajahnya yang ayu itu dan terpaksa sengaja kututupkan matanya. Rasanya ramai yang sudahpun mengetahui siapa selebriti tersebut yang kini tersebar luas dan telahpun ditatapi ribuan rakyat negara ini. Selebriti yang kini sedang dalam krisis rumah tangga itu nampaknya begitu berani membenarkan gambarnya dirakamkan oleh seseorang. Begitulah kalau dah jadi artis untuk mendapatkan publisiti rasanya tak cukup dengan apa yang ada terpaksa membuat sesuatu yang rasanya ada boom..!! Dengan aksi sedemikian, dapatkah kita bayangkan apakah yang mereka sedang lakukan di dalam bilik tersebut?? Jauhilah daripada fitnah..!!

Kulat: Walaupun kita semua tahu tidak semua artis Malaya berkelakuan demikian, namun sejak akhir2 ini artis bergambar tidak senonoh bukanlah menjadi rahsiah lagi. Teringat aku pada seorang penceramah agama pernah berkata bahawa artis adalah golongan yang tidak boleh dipercayai. Benarkah begitu?? Wallhaua'alam.

Ahad, 22 Mac 2009

PERLETAKAN JAWATAN AHLI PKR LEBIH BERMARUAH..?


Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, Mohamad Fairus Khairuddin meletakkan jawatan kerana beliau didakwa tidak melaksanakan tanggungjawab dengan amanah dan berkesan dalam kerajaan negeri Pulau Pinang selain daripada seorang pemimpin pemuda AMK membuat laporan salahlaku TKM Pulau Pinang itu kepada SPRM berkaitan isu sebuah 'kuari'. Perletakan jawatan Mohamad Fairus dilihat para pemerhati politik sebagai wajar dan bertanggungjawab walaupun belum terbukti kesalahannya. Pengunduran beberapa pemimpin ahli PKR yang memegang jawatan penting sebagai wakil rakyat 'terpilih' dianggap lebih bermoral jika dilihat dari sudut positif, kerana mereka lebih berani menggambil tanggungjawab demi kepentingan kerajaan negeri dan masyarakat jika dibandingkan pemimpin BN khususnya UMNO di mana kesalahan yang dilakukan pemimpin mereka dibuktikan sendiri oleh jawatankuasa khas mereka namun dengan bangganya masih mempertahankan jawatannya di sini. Wallahua'alam.

Selasa, 17 Mac 2009

HUKUMAN 'ANEH' LEMBAGA DISIPLIN UMNO

Tengku Ahmad Rithauddeen berkata: "Apa yang ada, itu sahaja, nak siasat apa lagi?"

Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam hari ini sah dilucutkan kelayakannya bertanding bagi jawatan Timbalan Presiden Umno pada pemilihan parti minggu depan. Pengerusi Lembaga Disiplin, Tan Sri Tengku Ahmad Rithauddeen Tengku Ismail dalam satu sidang media khas di ibu pejabat Umno mengumumkan kesalahan yang dilakukan oleh Ketua Menteri Melaka itu kerana melanggar peraturan kempen pemilihan parti.

Bagaimanapun, perlucutan hak kelayakan bertanding itu tidak memberi kesan kepada kedudukannya sebagai Ketua Menteri kerana Mohd Ali seperti mendapat perlindugan dan 'amat bernasib' baik kerana hanya diberi amaran keras dan terlepas dari hukuman pergantungan ahli. Hukuman 'aneh' ini menjadi tandatanya kepada banyak pihak kerana kesalahan yang dilakukannya tidak ada bezanya yang pernah dikenakan ke atas bekas Mentari Besar Negeri Sembilan, Tan sri Isa Samad.

Hukuman yang dikenakan ke atas Ketua Menteri Melaka itu dilihat cuba menyelamatkannya untuk terus memegang jawatan ekskutif itu. Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dalam satu kenyataan sidang akhbarnya mengesahkan Mohd Ali kekal menjawat jawatan itu. Mohd Najib cuba mengalihkan soalan wartawan tentang moral pemimpin kanan UMNO itu dengan menyalahkan pula para penyokong yang terlalu ghairah berkempen menyebabkan Ketua Menteri Melaka itu menjadi mangsa.

Kulat: Penafian yang menjadi kebenaran. Suatu hukuman yang aneh dari Lembaga Disiplin UMNO dan suatu jawapan yang pelik dari Najib. Namun logiknya, kalau tiada 'arahan', masa kan tidak penjuaknya bertindak. Pemberi arahan 'bebas' manakala gurka pula yang dihukum. Mungkin terkilan benar Isa Samad di atas hukuman yang disifatkan 'pilih bulu' ini. Yang jadi tanda tanya pula ialah Datuk Norza Zakariah yang disebut2 akan dikenakan tindakan langsung tidak dipangil oleh Lembaga Disiplin UMNO. Manakala Tan Sri Muhyiddin sudah boleh tersenyum sampai telinga manakala Tan Sri Muhammad Taib sedang mengira untung sabut timbul, untung batu tengelam. Wallahua'alam.

Isnin, 16 Mac 2009

DATUK ALI BAKAL DIGUGURKAN..??


Jawatankuasa Disiplin Umno dijangka akan membuat pengumuman esok calon-calon yang akan gugur kelayakan bertanding dalam pemilihan pada 25-26 March ini. Lembaga disipilin UMNO mendakwa hampir 20 calon yang bertanding termasuk kerusi no.2 UMNO terlibat dengan politik wang. Angin yang bertiup kencang antara yang disebut-sebut terlibat dengan gejala tersebut ialah Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam iaitu calon Timbalan Presiden Umno. Difahamkan calon-calon yang terlibat hanya menunggu masa untuk mendapatkan surat makluman untuk disiasat oleh Lembaga Disiplin.
Sebelum itu beberapa desakan dari pemimpin UMNO yang mahukan pemilihan UMNO pada penghunjung Mac ini ditangguhkan ekoran gejala 'politik wang' yang belum dihapuskan sepenuhnya oleh Lembaga Disipilin UMNO terutama bila mereka mendakwa ada bukti kukuh yang melibatkan pemimpin kanan UMNO . Tidak hairanlah topik tersebut dikatakan menjadi berita paling hangat yang dibualkan di kalangan orang politik kebelakangan ini walaupun ada 'angin' yang membawa khabar nama2 calon yang terlibat namun ianya belum lagi pasti dan masing-masing tertanya-tanya siapakah pemimpin yang dimaksudkan itu . Adakah Datuk Ali dan beberapa pemimpin kanan lain seperti Dato Seri Khir Toyo dan Khary Jamaludin terlibat?? Sama2lah kita saksikan lakonan dan sandiwara politik Malaysia yang semakin hangat mendidih. Wallahua'alam.

Ahad, 15 Mac 2009

UMNO CUBA BUKTIKAN KEPUTUSAN ISTANA PADA PRK PARLIMEN BUKIT GANTANG


BN (UMNO) awal2 lagi telah pun mengumumkan ayam tambatannya bagi menghadapi ketiga2 pilihanraya kecil pada awal April ini. Antara yang paling menarik ialah keputusan Parlimen Bukit Gantang nanti bakal menyaksikan apakah krisis politik di Perak, akan dapat membuktikan kepada rakyat Malaysia yang keputusan pahit pihak Istana itu benar2 menyebelahi Kerajaan Lompat BN yang baru.
Di antara ketiga2 Pilihan Raya Kecil (PRK) ini, Bukit Gantang menjadi fokus rakyat Malaysia dan ramai para pemerhati politik meramalkan PAS dijangka akan mengekalkan penguasaanya. Menurut Profesor sains politik dari Fakulti Kajian Asia Tenggara, Universiti Johns Hopkins di Washington DC, Bridget Welsh meramalkan Pakatan Rakyat akan menang di dua pilihan raya kecil, Bukit Gantang di Perak dan Bukit Selambau di Kedah. Welsh sebelum ini pernah meramalkan dalam pilihan raya kecil Kuala Terengganu, PAS akan menang 2,000 undi tetapi PAS mendapat 2,613 undi.
Dijangkakan 40 peratus pengundi tegar Melayu tidak akan berubah dan selebihnya pengundi atas pagar Umno dan beberapa pengundi bukan Melayu yang mungkin meningkat dengan perkembangan kerajaan negeri di Perak di mana kaum Cina dan kaum India akan memberi sokongan simpati kepada kerajaan Pakatan Rakyat yang bagi mereka hanya masalah teknikal Undang2 Tubuh Negeri Perak dan mainan politik BN yang menyebabkan kerajaan PR Perak tumbang dan bukan masalah dan pilihan kehendak rakyat Perak sendiri.
Menurut tinjauan, hampir dua pertiga pengundi Perak iaitu kira2 74 peratus mahukan DUN dibubarkan manakala 76 peratus pengundi juga ingin melihat "pilihan raya menerusi rakyat" diadakan untuk menentukan kerajaan pilihan mereka. Justeru perbalahan politik di Perak sejak penghujung bulan lalu yang dilihat ramai pemerhati politik bahawa peranan istana dalam kes ini (perubahan kerajaan) tidak mencerminkan kehendak rakyat negeri Perak dijangka akan mempengaruhi PRK Parlimen Bukit Gantang . BN pula dijangka akan menyiapkan bala tenteranya dan menggunakan segala kekuatan yang ada bagi mengembalikan keyakinan rakyat Perak serta cuba membuktikan yang keputusan Istana itu adalah tepat. Wallahua'alam.

Isnin, 9 Mac 2009

NASIB RAKYAT DI BAWAH CALON NAIB PRESIDEN UMNO

MOHD. SULAIMAN menunjukkan keadaan struktur rumahnya yang uzur di Kampung Teluk Jeri Luar, Tanjung Sedeli, Kota Tinggi.

Hidup dalam kedaifan. Akibat tidak mempunyai bilik yang mencukupi, tiga anaknya terpaksa tidur di sini. Begitulah kepayahan yang dilalui oleh Mohd. Sulaiman Abd. Rahman, 56, seorang penduduk dari Kampung Teluk Jeri Luar, Tanjung Sedili yang terpaksa menjalani kehidupan sukar bagi membesarkan lapan anaknya.

Ahli Parlimen K. Tinggi & ADUN Sedili

Begitulah nasib Mohd. Sulaiman yang terpaksa memperjuangkan nasibnya sendiri di bawah naungan payong pemerintahan BN selama 40 tahun manakala Ahli Parlimennya pula bakal berjuang untuk menempatkan diri sebagai pemimpin tertinggi UMNO pada penghujung Mac ini. Hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi nasib Ahli Parlimen Kota Tinggi itu jika untung sabut timbul... akan merubahkan kedudukannya namun ianya belum menjamin kedudukan yang lebih selesa untuk Mohd Sulaiman dan keluarganya. Mungkin juga ADUN Sedili begitu sibuk dengan tugas sebagai YB sehingga nasib pengundinya tidak mendapat pembelaan sewajarnya. Ataupun mungkin juga mereka pasti bahawa Mohd Sulaiman bukanlah pengundi setia BN. Wallahua'alam.

Khamis, 5 Mac 2009

LUAHAN HATI SEORANG AHLI UMNO..


Nampaknya Najib kini sedang mengira waktu untuk menanti saat2 manis bakal menyandang jawatan no. wahid negara selepas saja tamat perhimpunan Agung UMNO Mac ini. Namun begitu jika dilihat hikayat politik terkini negara dan beberapa tindakan Pak Lah melantik penasihat Agama di saat2 akhir ini serta ulasan salah seorang pemimpin kanan UMNO berkaitan dengan kuasa mutlak Sultan atau Agong, ianya seperti ada aral bakal berlaku ke atas Najib untuk menduduki takhta kepimpinan negara.
Peralihan kuasa yg bakal berlaku bukan sahaja tidak disenangi oleh pihak pembangkang namun ianya turut di sertai dikalangan ahli UMNO itu sendiri. Semasa menyelongkar blog MSO di sini, satu ulasan menarik dari salah seorang ahli UMNO turut aku cungkilkan di sini untuk ku panjangkan kepada rakyat dan khususnya ahli2 UMNO yang lain untuk direnung2kan:-


Assalamualaikum tuan,

Mungkin tuan terkejut, nama saya mathew. Saya sebenarnya seorang mualaf. Saya memang ahli UMNO tetapi bukan kerana saya ahli UMNO, maka saya menyokong segala tindakan pemimpin UMNO yang menyalahi dari segi nilai dan moral. Saya ingin berkongsi pendapat bahawa ramai juga dalam kalangan ahli UMNO yang tidak suka dengan tindak-tanduk pemimpin UMNO. Kalaulah teori ini benar dan Najib tidak menjadi perdana Menteri, kamilah orang yang paling gembira. Ahli UMNO biasa yang tidak ada nilai projek, kedudukan atau pangkat. Bila masuk UMNO pada tahun 1993, kami cuma mahu UMNO mentadbir negara dengan baik. Peranan DSAI pada masa itu, menjadikan saya dan rakan-rakan melihat UMNO sebuah parti yang hebat. Tapi hari ini nampak sangat pemimpin-pemimpin UMNO ni terlalu kotor, rasuah dan kurang bermoral. Kalau Parti PAS ada cawangan di daerah Tenom ini, sudah lama saya menyertai pas kerana tidak mahu bersengkongkol dengan dosa-doas pemimpin-pemimpin UMMNO.- MATHEW
Lagi ulasan menarik dari seorang ahli umno yang dikenali dari UMNO Caw. Bunian yang membuat post komen ke ruangan ini. 9 Mac 2009 06:38
salam sdr. aku adalah ahli umno. aku tak paegang apa2 jawatan dalam umno. aku cuma ahli biasa. aku merantau jauh dari kg. maksudnya aku masih ali mno di kg aku. bila pilihanraya aku mesti balik mengundi dikawasan aku. aku menjadi ahli umno bagi mereka tidak begitru penting yg penting jadi ahli umno saja. TAPI AKU MENJADI BEGITU PENTING BILA TIBA WAKTUNYA IAITU"-
1. PEMILIHAN UMNO CAWANGAN
2. PILIHAN RAYA.
WAKTU INI KADANGKALANYA MEREKA SANGGUP MENGAMBIL AKU BALIK WALAU AKU DUDUK JAUH DARI KG AKU. ITULAH PARTI YG BERNAMA U.M.N.O. DULU KINI DAN SELAMA2NYA MACAM ITULAH GAMAKNYA...

Rabu, 4 Mac 2009

MANA PEGUAM NEGARA..?? KATA RAIS & NASIB NAJIB JADI PM..??

Menteri Luar, Dato' Dr. Rais Yatim mempersoalkan kenapa 'pihak berkenaan' tidak memainkan peranan yang sepatutnya berhubung dengan krisis yang berlaku di Perak. Menurutnya pihak berkenaan iaitu merujuk kepada 'peguam negara' yang mempunyai autoriti sepatutnya harus tampil untuk menerangkan hal2 yang berkaitan dengan undang2 perlembagaan kepada rakyat. Namun sehingga ke hari ini tidak ada satu kenyataan pun dikeluarkan oleh bukan sahaja dari pihak peguam negara malah menteri di Jabatan Perdana Menteri pun terus sepi membiarkan pihak2 tertentu membuat dan berhujah dengan pandangan yang berbeza2 mengenai undang2 perlembagaan negeri dan sidang DUN. Beliau berkata semasa menyampaikan penerangan berhubung isu-isu semasa di Angkasapuri hari ini.

Selain daripada itu, Dr. Rais yang juga seorang pakar undang2 memberi penerangan hal2 isu di Perak dan berkaitan 3 perkara penting iaitu:

1) Kuasa Perlantikan Menteri Besar oleh Sultan dan kuasa perlantikan Perdana Menteri oleh Yang di-Pertuan Agong.

2)Berhubung pembubaran Dewan Undangan Negeri oleh Sultan dan pembubaran Dewan Rakyat oleh Yang di-Pertuan Agong.

3) Berkaitan dengan mesyuarat Majlis Raja-Raja Melayu dan juga hal2 berkaitan adat istiadat Melayu dan Agama Islam.

Justeru, menurut Dr. Rais dalam penerangannya, tidak ada mana-mana pihak yang boleh mempersoal ke atas ketiga perkara tersebut kerana ianya adalah hak mutlak Sultan/Raja-Raja dan Yang di-Pertuan Agong yang dilantik.

KULAT: Dalam hal ini, majlis penerangan Dr. Rais dilihat seperti memberi 2 maksud iaitu:
1. Membidas peranan Menteri JPM yang sehingga kini tidak langsung memberi kenyataan atau penerangan yang sejelas2nya berkaitan isu di Perak.
2. Seolah2 PM yang baru juga tidak semestinya yang telah diaturkan oleh Pak Lah. Justeru Agong mempunyai hak yang tidak boleh dipertikaikan untuk memilih PM yang benar2 sesuai dari pandangan dan pemikirannya untuk mentadbir negara.
Jadi harap jangan ada pemimpin atau rakyat yang bakal sakit jantung sekiranya Najib tidak akan jadi PM. Wallahuaalam.

NASIB BAIK DAPAT HADIAH LEMBU KALAU TIDAK.....

baguslah dapat hadiah lembu, boleh buat kenduri....

Ahmad Said mempertikaikan tindakan AMK menghantar seekor lembu kepada SPRM sebagai tindakan yang 'bodoh dan kebudak-budakan'. Menurut Ahmad Said, tindakan AMK menghadiahkan lembu sebagai simbolik berhubung isu siasatan penyalahgunaan kuasa Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim merupakan penghinaan kepada pihak kerajaan. Beliau yang kini sedang berhadapan pula dengan siasatan Polis Pulau Pinang berikutan lebih 20 laporan polis yang dibuat terhadapnya di seluruh negara.
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) itu bernasib baik dihadiahkan seekor lembu yang halal disembelih dan boleh dibuat kenduri serta halal juga kalau disedekahkan kepada orang2 miskin atau anak2 yatim. Selain daripada dapat sumbangan hadiah, dapat juga buat pahala amalan sedekah. Bagaimana pulak agaknya isu masalah ternakan khinzir yang suatu ketika dulu menjadi isu nasional yang gagal diatasi oleh dikalangan pemimpin negeri? Apakah agaknya hadiah yang sesuai untuk disembahkan? Adakah AMK akan menghadiahkanya juga seekor khinzir..?? Harap AMK jangan sampai kesitu, haraammm.....

Makhluk ciptaan Allah ini untuk siapa agaknya??
Kulat: Tindakan AMK menghadiahkan seekor lembu itu tidak lebih daripada mencabar Ahmad Said untuk mendedahkan hasil siasatan kes-kes yang melibatkan pimpinan Umno-BN seperti pendedahan laporan Ketua Audit Negara serta puluhan kes rasuah yang membabitkan bekas beberapa pemimpin negeri dan kabinet kerajaan yang dilihat senyap dan sepi begitu sahaja. Wallahualam.

Selasa, 3 Mac 2009

'KERAJAAN LOMPAT' PERAK NAK DAPATKAN SPEAKER BARU??

Bakal Speaker baru DUN Negeri Perak??


Kini baru masyarakat tahu betapa pentingnya jawatan speaker Dewan Undangan Negeri. Kalau dulu seingat aku, bila selepas aje pilihanraya, antara yang episod yang ditunggu2 oleh YB ialah apakah bakal jawatan yang mereka sandang. Kalau dilantik jadi exco, itu dah kira seseorang YB tu dah boleh bangga dan tersenyum lebar kerana dah dianggap 'YB kanan' daripada YB yang tidak dilantik yang hanya pegang DUN aje. Manakala kalau YB tu pulak dilantik memegang jawatan speaker, orang kampung atau para pengundi tak berapa nak pandang kerana dianggap tidak ada kuasa apatah lagi nak mempengerusikan mesyuarat2 penting berkaitan portfolio2 yang memberi impak kepada pengundinya. Tidak dinafikan ramai yang beranggapan speaker kuasanya tidak lebih daripada hanya menguasai Dewan Undangan Negeri.

Sekarang ini, seperti krisis politik di Perak, jawatan itu kini seperti menjadi 'rebutan' apabila kuasanya mengatasi jawatan seorang Menteri Besar. Walaupun jawatan MB hanya memerlukan perkenan Sultan akan tetapi jawatan speaker pula tidak boleh disingkir sesuka hati. Dalam hal ini, penubuhan 'Kerajaan Lompat' di Perak, BN seperti teperangkap dengan perancangannya sendiri. BN dan PR dilihat cuba mempertahankan hujah masing berdasarkan kuasa speaker dan perlembagaan negeri. Walaupun pakar perundangan telah menyatakan sidang tergempar Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dipanggil Speakernya, V. Sivakumar adalah sah, namun pelbagai usaha dan taktik sedang dilakukan oleh 'Kerajaan Lompat' bagi menghalang ianya daripada berlangsung. Begitulah pentingnya jawatan Speaker bagi sesebuah DUN dan Perak kini seperti disumpah 'Sangkelembai' dan V.Sivakumar pula semakin popular yang tetap dengan ketegasannya berdasarkan undang2 DUN Perak.

Kulat: Krisis di Perak boleh diselesaikan sekiranya Sultan memainkan perananya dengan mencari jalan penyelesaian yang terbaik mengikut undang2 serta aspirasi rakyat Perak sendiri. Walaupun jawatan MB adalah perkenan dari Istana, tetapi kerajaan yang ditubuhkan bukan ditentukan oleh pihak istana. Justeru jalan terbaiknya adalah dengan membubarkan DUN negeri Perak. Seperti petikan kata2 dari 'Kerajaan Rakyat', Sekarang RAKYAT ingin melihat 'kebijaksanaan' sultan mengendalikan hasrat RAKYAT. Adil atau tidaknya Sultan Perak akan dihakimi oleh RAKYAT. Tidak bergunalah punyai sultan jika tidak memahami hasrat RAKYAT. Wallahualam.

Isnin, 2 Mac 2009

PENUNGGANG MOTOSIKAL YG TERLAMPAU..

Hallo..!! Bro.. Mana mahu pegi hah..?? Mahu pergi Dewan Undangan Negeri Perak kah ??

Dah agak lama aku tak baca emel yahoo aku, satu persatu emel aku buka tiba2 ada satu lagi emel baru masuk, peh..! bila aku buka je, gambar ni betul2 mencuit hati. Kalau benarlah bagai dikata seperti dalam gambar ni, rasanya tak sampai 10 minit, mahu terkoyak ketiak dibuatnya.

Malaysia oh Malaysiaku


RAKYAT YANG BERHAK MENERIMA PEMBANGUNAN